Mazlan Aliman… Apakah Pegangan Kamu Sekarang?

Saya masih ingat bila bertanya dengan rakan-rakan yang menjadi penyokong kuat PAS, apakah matlamat kamu? Mereka akan menjawab dengan bangganya bahawa mereka berjuang untuk menegakkan sebuah Negara Islam dan melaksanakan Hukum Hudud. Mereka akan mengeluarkan bermacam-macam hadith dan ayat Al Quran untuk menyokong apa yang mereka perjuangkan. Sekarang, sekiranya saya bertemu mereka, saya tidak pasti apakah reaksi mereka bila melihat berita mengenai PAS dan segelintir pemimpinnya telah menolak Hudud.

Ternyata apa yang mereka perjuangkan selama ini adalah sia-sia. Saya juga yakin, saudara Mazlan Aliman juga mesti mempunyai pegangan beliau sendiri semasa menyertai PAS. Kita lihat sahajalah, apa yang telah berlaku kepada PAS sejak kebelakangan ini :-

1) Tolak perlaksanaan Hukum Hudud
2) Membenarkan orang bukan Islam masuk Surau dan Masjid
3) Mahu membuka dan bersetuju membesarkan kilang arak
4) Bersetuju dengan pembukaan ladang babi

Beberapa hari yang lepas dilaporkan 756 ahli PAS dari Parlimen Larut telah bertindak keluar dari parti PAS dan masuk UMNO. Dikatakan mereka sudah hilang keyakinan kepada PAS kerana PAS telah menjadi pak turut kepada DAP dan PKR. Semakin lama, PAS telah ditekan dan diperkotak-katikkan oleh pemimpin DAP dan PKR. PAS semakin tersepit di dalam Pakatan Rakyat yang mana akhirnya mereka terpaksa lepaskan apa yang telah mereka perjuangkan selama ini.

Disini saya hendak bertanya kepada saudara Mazlan Aliman…. apakah pegangan dia sekarang dengan PAS? Manalah tahu…takut tengah cari borang UMNO ke….

PAS – Hudud Tak Semestinya Dilaksanakan.jpg (20 KB)

2 thoughts on “Mazlan Aliman… Apakah Pegangan Kamu Sekarang?

  • September 9, 2010 at 8:20 AM
    Permalink

    Skang ni semua tengah merancang macam mana nak tukar lidah masing-masing kepada yag lebih liberal..maklum dah berpuluh tahun hudud hudud hudud..aku sakit hati dengan anak Aliman ni sebab dia sanggup jadi boneka DAP untuk pecah belahkan melayu di kawasan Felda…

    Reply
  • September 17, 2010 at 10:24 PM
    Permalink

    ada qaum ansar dan ada qaum muhajirin mereka semua boleh bersatu di bawah panji-panji Islam dan bukan di bawah panji-panji kebangsaan!!!

    Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.