Khalid gagap dan kamera ajaibnya….

Oleh Che wan

Selain dari saiz kamera pengintip yang dikatakan dijumpai dalam bilik MB Selangor Khalid Ibrahim semakin mengecut, kini muncul pula kenyataan dari Setpol Khalid bahawa terdapat beberapa wajah serta suara yang terakam didalam kamera tersebut.

Walaupun mereka bertegas untuk tak mendedahkan butiran yang lebih lanjut mengenai siapa yang terbabit, namun pihak PKR terutamanya AMK Selangor secara terang-terangan menuduh ia adalah hasil kerja desperado politik UMNO/BN.

Ini dapat dilihat menerusi kenyataan media Ketua Penerangan AMK Selangor, Mohd Ezli Mashut didalam akhbar yang diharamkan iaitu Suara Keadilan.

http://suara-keadilan.com/news-section?t=3727

Manakala persepsi telah mula bermain dikalangan blog-blog serta portal pembangkang yang menuduh Dr Khir terlibat secara langsung didalam perkara ini. Selain Dr Khir, nama Datuk Noh dan Senator Ezam pun turut diheret oleh penyokong Pakatan yang percaya cerita karut ini.

Amat melucukan jika inilah cara permainan politik yang cuba dilakukan oleh Khalid Ibrahim serta para konco-konconya. Hanya mereka yang kurang waras dan kurang kemampuan berfikir sahaja yang akan mempercayai cerita dongeng Khalid bersama kamera ajaibnya ini.

Pendapat saya, kamera pengintip yang besar gedabak ini dipasang sendiri oleh geng Khalid Ibrahim bagi menyimpangkan perhatian masyarakat terhadap isu pasir dan juga pelbagai penyelewengan lagi didalam kerajaan negeri Selangor.

Takkanlah pihak UMNO/BN amat bodoh mahu memasang kamera yang sebesar itu dan merakamkan wajah dan suara mereka sendiri pula?

Dipasaran sekarang terdapat pelbagai “spy gadget” yang boleh digunakan bagi mengantikan kamera besar “zaman british” tersebut. Lagipun, siapalah yang bebal sangat nak letakkan kamera bersaiz tersebut ditempat yang senang dijumpai oleh orang?

Lagi satu, perbuatan menuduh Dr Khir terlibat didalam isu ini oleh pengikut Pakatan telah cukup membuktikan bahawa mereka memang kurang berakal.

Sebelum ini pencacai-pencacai ini sibuk mewar-warkan tentang kekayaan Dr Khir dan juga rumah beliau yang bernilai mencecah jutaan ringgit. Jadi, jika betullah Dr Khir nak buat perkara sebegini, apakah Dr Khir tak mampu membeli alat yang lebih canggih dan terkini?

Nampak sangat semua ini hanya bertujuan menjatuhkan imej Dr Khir yang telah mendedahkan penyelewengan isu pasir oleh kerajaan pimpinan Khalid Ibrahim di Selangor. Mungkin mereka berdendam maka sebab itulah idea bongok kamera besar gedabak ini digunakan.

Sedikit nasihat untuk Khalid and the geng…, lain kali kalau nak bohong tu biarlah real sikit. Spy Cam yang canggih-canggih pun dah banyak dalam pasaran. Kalau agak kedekut sangat nak beli yang mahal, just ambik je yang “made in China”.

Buat malu kat Anwar saja Khalid gagap nih!

16 thoughts on “Khalid gagap dan kamera ajaibnya….

  • September 4, 2010 at 8:25 AM
    Permalink

    kamera super canggih macam digunakan bukan utk shooting aktiviti spy biasa tapi mungkin sesuai utk shooting adegan terlampau je….hehehe

    Reply
  • September 4, 2010 at 9:35 AM
    Permalink

    Sudah berbulan selepas kamera tersebut dijumpai. Apa yang menariknya, walaupun saiz kamera tersebut agak besar dan dilengkapi dengan sebuah UPS, Khalid hanya menyedari kewujudannya selepas seminggu kamera tersebut berada di pejabatnya.

    Reply
    • September 4, 2010 at 1:06 PM
      Permalink

      nak lagi best.. macam mana dia tau dah seminggu kamera tu ada kat situ?
      orang yang pasang tu siap tulis tarikh dia letak agaknya pada kamera tu

      hahahahahahahaha

      Reply
  • September 4, 2010 at 2:33 PM
    Permalink

    Kalau yang gedabak macam ni, nampak macam bodoh. Kalau bodoh tu, mesti keluar muka al jub sebagai tukang yang pasangnya. hahahahahahaha

    Reply
  • September 4, 2010 at 2:39 PM
    Permalink

    Puak sana la BODOH….
    Nak Mengintip tak Cerdik….
    UMNO…
    dulu, kini, selamanya…
    BEBAL…

    Reply
    • September 5, 2010 at 12:54 AM
      Permalink

      Betul kah UMNO BODOH? Kalau bodoh, mustahil dapat menangkap perbuatan liwat Al JUBURI dan mendedahkannya.

      UMNO pecat peliwat, PAS jadikan peliwat jadi pemimpin….. Siapa yang BODOH sebenarnya? hahahahahahaha

      Reply
    • September 5, 2010 at 9:02 PM
      Permalink

      agak2 la nak kata org bodo, kau lg bodo .. caya sangat kat si gagap tu, tengoik muka pun tau muka orang tak cukup akal.. si gagap pembuat cerita bodoh… kah kah kah
      SI KHALID GAGAP IALAH si bodoh yang nak belajar buat cerita seram! cayalah khalid dan penyokong PKR amnya tongong selamanya.

      Reply
  • September 4, 2010 at 4:32 PM
    Permalink

    depa tau orang bodoh saja yg akan percaya…tapi kena ingat bodoh ke, apa ke…yang penting undi…Umno bangunla…bangun,bangun….ni sebelah Kedah umno dok mandom lagi…

    Reply
  • September 4, 2010 at 5:38 PM
    Permalink

    nie pun satu lagi orang gila hahahahah…. publi cik sti murahan hjsdbhjhjcdb hahahahah

    Reply
  • September 5, 2010 at 2:51 AM
    Permalink

    aku pun tak paham apa motif cerita kamera gedabak tu dikecohkan khalid? dia nak tutup cerita pasal bini baru ke, affair baru ke atau skandal pasir? lepas tu taknak pulak report polis, betul aku tak pahamla

    Reply
  • September 5, 2010 at 10:51 AM
    Permalink

    PERSOALAN UTAMA ADALAH……. KENAPA TAK NAK REPORT POLIS. KALAU TAK PERCAYA PDRM, LANTIK POLIS DARI THAILAND. LE[AS TU UMUMKANLAH …….

    Reply
    • September 5, 2010 at 1:22 PM
      Permalink

      siasat sendiri dulu la..dapat data mana2 yg patut…

      Reply
    • September 5, 2010 at 1:48 PM
      Permalink

      siasat dulu mne2 patut

      Reply
  • September 5, 2010 at 9:06 PM
    Permalink

    kemera besa macam gitu anak aku pun tak nak. macam kemera atuk2 aje.. besa.. tapi sebesar macam tu pun tak nampak agak nya pejabat si gagap tak pernah buat pembersihan ke? pengotor agaknya si gagap ni

    Reply

Leave a Reply to zumazorey Cancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.