Kedah – Pendapatan Naik 205%, Ekonomi Tak Naik!

Bangga Azizan mengumumkan hasil Negeri Kedah meningkat sebanyak 205%, konon sejarah tercipta sebab tak pernah berlaku zaman BN dulu.  Respon segera Ketua Pembangkang Negeri, Daruk Seri Mahadzir Khalid pula beliau tidak nampak dimana bukti yang menunjukkan pencapaian 205% itu sebab tiada projek-projek pembangunan baru dan kegiatan ekonomi melainkan apa yang dirangka dahulu (zaman kerajaan BN) dan dijalankan sekarang.  Terdesak bila disuruh tunjuk bukti, Azizan suruh Khalid tengok lapuran audit pula – standard biasa PAS bila didesak tunjuk bukti, soalan dijawab dengan soalan.

Ahad, 19 September, Azizan rujuk peningkatan hasil balak dari RM 8 juta ke R 38 juta setahun sebagai bukti peningkatan hasil kerajaan Negeri.  Oooo, rupanya hasil balak yang naik, ingatkan bidang ekonomi lain yang jana lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat, sesuai dengan slogan Kedah Sejahtera, Nikmat Untuk Semua.  Kalau balak saja yang kena sapu, nikmat untuk tokeh balak sajalah, bukanlah untuk semua hamba rakyat. Senang betul kerja, tak payah susah cari sumber pendapatan lain terutama melalui pelaburan.

Tingginya nilai penghasilan balak, bermaksud tinggi jugalah jumlah pokok balak yang terang ditebang.  Kalau kerajaan BN dulu nak tumpukan pada balak semata-mata untuk tunjuk kepada rakyat bahawa kerajaan negeri bagus sebab hasil naik, penulis rasa bila-bila pun perkara tersebut boleh dilakukan, bukanya susah mana, hanya arah pejabat tanah dan pejabat hutan keluar permit kepada syarikat-syarikat tertentu.

Ada sebab kenapa kerajaan BN sebelum ini tumpukan kepada memajukan kawasan perindustrian seperti Kulim Hi-Tech.  Sebab pelaburan macam inilah yang mencipta peluang pekerjaan kepada rakyat, bukan setakat kepada pengusaha balak dan culai-culainya sahaja.  Kalau hasil balak ini benar-benar membawa kesejateraan kepada rakyat Kedah, haruslah gamaknya berpuluh peratus rakyat Kedah hari ini berkhidmat dalam sektor pembalakan, tetapi tak pulak.

Apa guna hasil kerajaan meningkat beratus peratus sekalipun kalau tak nampak hasilnya kepada rakyat?

Kerakusan melahap hasil balak ini sebenarnya dah mendatangkan impact kepada alam sekitar dan mendatang kesan kepada kesejahteraan rakyat.  Banjir besar yang melanda daerah Sik bulan lepas membuktikan bahawa memang kegiatan penebangan balak di Kedah sudah memasuki zon tidak terkawal.  Pendedahan Azizan bahawa pendapatan kerajaan negeri daripada hasil balak yang meningkat, sekadar menunjukkan kebenaran kenyataan itu.

Agaknya sampai bila kerajaan PAS Kedah nak mengekalkan momentum kenaikan ‘luar biasa’ pendapatan negeri ini dengan bergantung kepada balak semata-mata?  Tebang balak memang senang, nak tunggu tumbuh balik itu yang makan masa berpuluh tahun.  Bukan tahun ini tebang, tahun depan boleh tebang balik.

Kita harap rakyat jangan terpedaya dengan angka-angka yang diumumkan kerajaan pembangkang ini.  Anwar pun dulu gebang, kalau PR memerintah I trillion USD pelaburan menunggu masa untuk masuk.  Kalau benar ada, apa Selangor tak boleh dapat 10 ke 15 billion USD pelaburan, dari I trillion yang dijanjikan Anwar kalau kerajaan persekutuan berjaya dijajahnya?  Mereka mana tahu mentadbir seperti mana kerajaan BN mentadbir, mereka hanya tahu lahap hasil bumi sampai terang, kemudiannya rakyat yang main selut dengan lumpur banjir.

Dimana-mana pembangkang memerintah pun begitu,  Di Selangor pasir, di Pulau Pinang, kuari, di Kelantan dan Kedah, balak – semua pun hasil bumi yang habis dilahap puak-puak ini semua.  Takdelah akal tu nak panjang sikit untuk mencari sumber ekonomi lain yang boleh mendatangkan peluang ekonomi kepada rakyat.

Undilah BN.

Adamyan

Hidup mesti berprinsip

33 thoughts on “Kedah – Pendapatan Naik 205%, Ekonomi Tak Naik!

  • September 21, 2010 at 3:42 PM
    Permalink

    pulun kedah pulun….kerajaan negri bodoh dan mentality MB hampas…rakyat diperbodohkan…teriak ‘Take Beer” 3x

    Reply
  • September 21, 2010 at 4:34 PM
    Permalink

    Pimpinan Pas MB kedah,kelantan dan semua Penganut Pas tidak pandai mentadbir ekonomi negeri….kita dpt lihat sejak Pas mentadbir kelantan tiada yg boleh di banggakan oleh org islam sendiri….malah kelantan dikatakan serambi mekah “konon kononnya” tiada kemajuan dan tidak boleh dijadikan negeri contoh atas hasil tangan org islam sendiri…..bukalah mata wahai penganut penganut Pas….kebenaran pasti akan dtg,yg bathil pasti akan hapus…sama sama kita renungkan dan selamat berubah..

    Reply
    • September 22, 2010 at 2:17 PM
      Permalink

      Kelantan dan Kedah dah berubah…negeri lain bila lagi….tunggu PRU13. Jom pakat sokong PR kasi BN gila talak seperti yang terjadi keatas KEDAH, P.PINANG dan KELANTAN.

      Reply
      • September 22, 2010 at 3:45 PM
        Permalink

        hahaha..kelaka la akar tongkat ali oooiii..klau bagus sgt memerintah x payah le rakyat2 nye merempat ke negeri luar..contoh terbaik kelantan..lepas tu dok hentam BN..x de akal ke apa? abes negeri yg dia cari makan tu sapa perintah..klau bg perintah kat pas mcm negeri dia..negeri tu nak jadi apa? lepas ni baik2 merempat kat negeri lain jadi merempat ke luar negara plak..baru tau tinggi rendah langit.

        Reply
  • September 21, 2010 at 4:56 PM
    Permalink

    tapi paling aku tak tahan bila Azizan bagi alasan nak memajukan ekonomi tu perlu masa…wah, masa dia janji, dia tak sebut pasal perlu masa ka tidaknya…

    hampeh punya azizan..

    p/s aku idakla orang kedah, tapi mana tau bini no 2 asal kedah, sekalilah aku terseksa dibawah Azizan..

    Reply
    • September 22, 2010 at 2:23 PM
      Permalink

      Kalau masa yang dia mintak munasabah apa salah nye. Itu normal la beb… buat keje mesti ada timeline. Kalau tak da time line… macam mana nak tau bila boleh siap keje.

      Reply
      • September 22, 2010 at 3:49 PM
        Permalink

        timeline nak jahanamkan negeri ada la..x yah tgk jauh2..sbb nak cepat kaya..habis balak ditarahnya…oohhh sgt hebat..smpai jadi banjir lumpur kat kmpg2..nasib baik x de yg mati.

        Reply
  • September 21, 2010 at 5:31 PM
    Permalink

    jangan lupa azizan…CEO KHTP tu pun banyak menyumbang jugak..tapi jadi sumbing sebab tiap tiap bulan pi oversea perabih duit …masuk dalam akaun jugak tu..

    Reply
  • September 21, 2010 at 5:45 PM
    Permalink

    salah satu sikap orang munafik apabila ia bercakap ia berbohong. terbukti utsaz azizan telah berbohong kepada satu malaysia dengan kata ekenomi kedah naik mencacak macam roket DAP. macam tukah pemimpin dari parti yang kononnya Islam. Ustaz azizan kena minta maaf kepada rakyat kedah kerana telah berhohong dan pohon juga kemaafan kerana gagal tunaikan janji dalam manifesto pilihanraya…bukankah tidak menunaikan janji itu juga perangai orang munafik

    Reply
    • September 21, 2010 at 7:59 PM
      Permalink

      sesadap ati je ko tuduh Ustaz Azizan berbohong…
      ko dah semak ke laporan audit..
      ni lah jenis orang yang main balun je cakap ikut sedap jari menaip

      Reply
      • September 22, 2010 at 8:49 PM
        Permalink

        bila semak audit,,hanya balak penyumbang utama!!! apa punya pemimpin nih? nak maju dengai gadai harta benda bukan dengan mencipta dan menjana ekonomi..

        azizan boleh tipu rakyat dengan audit pasar malam dia tuu…rakyat marhein dah terasa dan tersiksa dengan pelbagai masalah seperti kualiti air yg.makin hancur dan peluang kerja yg.semakin sempit.

        Reply
  • September 21, 2010 at 5:51 PM
    Permalink

    janganla dok menfitnah sesuka hati> Bila MB kata p check laporan audit, p jela check. apa susah. kalau MB salah, hentam jelah dia.

    Reply
  • September 21, 2010 at 9:06 PM
    Permalink

    lapuran audit pas kedah ??? hahahahah…..azizan..azizan…hang ni buat malu orang kedah oii…pendapatan apa yang naik sampai 200% tu azizan oii….sampai terang benderang bukit hangpa tarah….aku pun reti !!….macam selalu….bebudak pas hidup-hidup kena juai dengan azizan…hehe

    Reply
  • September 21, 2010 at 11:35 PM
    Permalink

    Bodoh PAS..habehhh pelaburan nak mai KHTP pi senai…

    Reply
  • September 22, 2010 at 2:36 AM
    Permalink

    TAK ADA PA YANG PERLU DIBANGGAKAN DENGAN KERAJAAN PAS DI KEDAH. USTAZ AZIZAN DENGAN NIK AZIZ LEBIHKURANG SAMA BENGONG NYA. CUMA YANG KETARA SANGAT PADA NIK AZIZ YANG SEMAKIN NYAYUK DAN DAIF SEBAB DAH TUA BANGKAPUN MASIH TAMAKKAN KUASA POLITIK..

    Reply
    • September 22, 2010 at 4:13 PM
      Permalink

      kah kah meroyan lak kau ye

      Reply
  • September 22, 2010 at 12:51 PM
    Permalink

    Apa la… pasai kerajaan kedah pi tebang pokok balak sesuka hati pun nak gaduh ka…. Kalau kerajaan kedah.. salah guna kuasa pi tebang pokok balak sesuka hati. Tentu kerajaan malaysia atau NGO NGO yang perihatin bab hutan (khususnye tongkat ali) akan melenting. Ni tak da sambutan pun. Jangan nak putar belit fakta la. Kalau tak da rungutan dari rakyat atau NGO pasal hutan balak di tebang bermakna isu balak selesai. Laporan odit membuktikan hasil balak meningkat… korang nak bukti apa lagi. Odit tu kerajaan BN yang odit bukan MB kedah yang odit. Masa odit mesti depa check ada penyalahgunaan kuasa ke tak. Nasihat saya pi check laporan odit tu dulu… baru nak melenting. Pasal banjir tu… dah hujan tak henti henti… nak buat camna. Bukan kat Kedah je banjir… kat pahang ngan johor pun banjir… korang tak nak paste kan banjir kat pahang ngan johor.

    Reply
    • September 22, 2010 at 8:54 PM
      Permalink

      ‘Laporan odit membuktikan hasil balak meningkat’…wakakakakakaaa…sah lah memang balak dan hutan negeri sedang dilupus secara express..

      banir di johor dan pahang air dia kuning biasa je…kat kedah siap bawak lumpur tanah bukit…itu bukti balak dah lesap

      Reply
  • September 22, 2010 at 12:54 PM
    Permalink

    INI LAH AKIBAT NYA MEMILIH MENTERI BESAR YANG BERMENTALITI SERBA TAK TAHU

    Reply
    • September 22, 2010 at 2:27 PM
      Permalink

      Anak Johor … ari tu..johor banjir…agaknye sebab kerajaan pi tarah hutan balak jugak ke? Saja tanya… jangan marah

      Reply
      • September 22, 2010 at 5:41 PM
        Permalink

        kalau pendapatan balak Johor sama banyak macam Kedah, blehla kondem..Johor tak perlu balak pun untuk jana pendapatan negeri, dia banyak create peluang ekonomi dah pun..

        Reply
  • September 22, 2010 at 1:17 PM
    Permalink

    MB suruh check laporan audit tapi tak nak bagi maklumat yg tepat. Apa sebab?.
    1) MB kayu mana tau baca laporan audit.
    2) Bila dipersoal nanti cakap belum baca laporan audit lagi.
    3) Bila ada soalan nanti ada masa nak spin dan tukar topik.
    4) Bagi PAS soalan tak akan dijawab tapi dijawab dengan fitnah supaya dapat keuntungan politik.
    5) Tunggu DAP tolong jawabkan.
    ……..DAP tukang karut……PAS jadi pakturut……….

    Reply
    • September 22, 2010 at 1:24 PM
      Permalink

      Laporan odit tu sapa yang buat… kan kerajaan BN yang buat. Bukan MB kedah yang buat. Laporan odit kerajaan BN mengiktiraf pencapaian kerajaan negeri Kedah… nak bukti apa lagi. Setakat main senarai sebab agak2 takbai sabai tak leh diterima. Tak da fakta.

      Reply
      • September 22, 2010 at 3:54 PM
        Permalink

        kot ye pon bodoh sgt tu..agak2 le..tgk tu..ada ke..laporan audit negeri BN jugak yg buat? hahaha..mmg dah dasar pembelit mcm tu lah.negeri kedah tu sapa yg pegang?BN jugak ke? bila dah tercekik BN juga lah yg salah..mmg pun mcm tu slalunya kan.

        Reply
      • September 22, 2010 at 8:57 PM
        Permalink

        ko ni asik sebut pasal odit..ko tahu ke apa binatang nya odit tu? naga? biawak? dinasor? ade tak kutipan derma ceramah korang diodit? mana pergi duit tuh?

        Reply
    • September 23, 2010 at 3:50 PM
      Permalink

      ape ke bodoh la kau ni tongkat…audit negeri,kerajaan negeri labuat …dol….tulis tak pakai otak betul…

      Reply
      • September 25, 2010 at 4:01 AM
        Permalink

        Laporan Audit Negeri juga dibawah Ketua Audit Negara..
        memang ada juga positifnya..tahun lepas laporan Ketua Audit Negara
        yang betul tu ada juga..
        tapi sumber ekonomi tu dari mana tktau lah..
        yang duk nampak bukit tepi highway Kokbah tu pun botak sakan dah..
        huhuuhu

        Reply
  • September 22, 2010 at 5:45 PM
    Permalink

    kepada akartongkat ali….kalau bebai tu bebai la…puak2 ni, dah kira tok guru depa mcm mullah kat pakistan ngan afghanistan..tak bleh bangkang..kena ikut ja..

    Reply
  • September 22, 2010 at 9:15 PM
    Permalink

    akar tongkat ali…ko dah baca laporan odit tu ker…
    cuba detail skit…
    ha..ha..ha..
    ko ngan ostad azizan 2 kali 5 gak..kaki spin

    Reply
  • September 23, 2010 at 4:08 PM
    Permalink

    giler ke hapa …. hahahahhahahahahah pooooooooooooorahhhhhhhhhhhhhhhhhhh

    Reply
  • September 23, 2010 at 4:11 PM
    Permalink

    Ketahuilah oleh anda bahawasanya Islam yang dilaung-laungkan oleh Pas hanya sekadar bibir mulut sahaja bagi mendapatkan undi. Tidak kira siapa mereka, tok guru, ustaz, ustazah, pak haji, pak lebai dan sebagainya, apabila mereka bersama Pas maka mereka semua adalah ‘binatang politik’ (political animal), bukannya ikhlas berjuang untuk agama.

    Reply
  • October 17, 2010 at 12:45 AM
    Permalink

    Pendapatan Kedah budget 2010 ia lah RM480 juta lebih sikit.Sementara perbelanjaan rm500 juta.Yang banyak pendapatan ni mai dari hasil tanah,balak,air (RM170juta),entertainment.Itu saja lah sumber yg kedah ada.Kalau balak naik dari RM8 juta ke RM30 juta;belum mampu jadi 205%.Kalau nak kata pendapatan kedah 205%…maka akan jadi RM480 juta x 205%…hampir RM1 billion.mana nak pi korek.USTAZ PENIPU BESAR DI KEDAH DAN MALAYSIA

    Reply
  • October 9, 2011 at 4:28 PM
    Permalink

    penulis…
    tlong bagi reference…
    stakat surat khabar berita harian saye xmau…

    Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.