HUDUD PAS : Kalau Tak Mampu, Jangan Salahkan Orang Lain!

Kita dikejutkan dengan pendedahan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin yang mengatakan bahawa pakatan pembangkang tidak pernah merancang untuk melaksanakan undang-undang Islam termasuk HUDUD jika ditakdirkan berjaya memerintah negara ini.Ini kerana parti-parti dalam pakatan itu, termasuk PAS terikat kepada perjanjian bersama yang akan terus mempertahankan dan mengamalkan perlembagaan sedia ada. Beliau yang mendedahkan perkara itu menjelaskan, dasar itu dipersetujui dan ditandatangani oleh semua pemimpin pembangkang termasuk PAS.

Dan perkara ini turut diakui bersama oleh Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah. Beliau berkata, ” PAS dan parti-parti dalam pakatan pembangkang pada peringkat ini telah bersetuju untuk tidak membincangkan soal pelaksanaan hukum HUDUD yang menjadi agenda perjuangan parti itu selama ini.” Malah PAS mengakui hukum HUDUD tidak semestinya dilaksanakan sekiranya pakatan pembangkang menang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dan memerintah negara.

Manakala Penyelaras Pakatan Pembangkang, Datuk Zaid Ibrahim pula menyatakan bahawa PAS tidak akan dapat melaksanakan hukum HUDUD berdasarkan realiti politik hari ini dan perjanjian antara parti pakatan pembangkang yang berpegang teguh pada Perlembagaan Negara.

Waktu UMNO memerintah mereka mengatakan UMNO menentang hukum ALLAH swt. Sekarang apabila mereka berkuasa, mereka lebih teruk menentang hukum ALLAH swt. Pemimpin kerajaan tidak pula menyatakan hukum Islam tidak akan di wujudkan tetapi kerajaan sedang berusaha kearah itu. Tetapi PAS terus terang menyatakan hukum Islam tiada dalam perjuangan manifesto. Terang lagi jelas, kepentingan politik lebih daripada kepentingan agama. Itulah yang boleh kita lihat apa yang ada pada kebanyakan pemimpin-pemimpin PAS pada hari ini.

Tok Guru Nik Aziz dalam kenyataan untuk ” menegakkan benang yang basah ” berkata, hukum HUDUD yang diperjuangkan PAS sudah tentu mengambil masa untuk dilaksanakan disebabkan ada penentangan daripada pihak tertentu. Dilihat Nik Aziz cuba menyalahkan orang lain kerana kegagalan PAS hendak melaksanakan hukum HUDUD! Beliau menuding jari kepada UMNO yang dikatakannya menjadi penghalang kepada segala usaha-usaha yang dilakukan oleh PAS!

“Biasalah perkara baru apabila orang dengar akan ditentang. Seperti juga parti Islam 50 tahun dahulu orang tentang. Ada pihak kata politik suku agama suku, sekarang parti Islam pula yang jadi kerajaan.

“Begitu juga kewangan Islam, dahulu orang kata mana boleh berniaga tanpa riba, zaman sekarang kewangan Islam, bank Islam jadi rebutan, orang Barat pun pakai.

“Jadi, HUDUD ini biarlah kita sebut-sebut dahulu, lama-kelamaan nanti tentu orang menentang akan tertanya-tanya juga tentang kelebihan HUDUD yang kita cita-citakan ini,” katanya.

Tetapi mungkin umat Islam di negara ini sudah lupa tentang apa yang diucapkan oleh Nik Aziz dalam tahun 1990! Dalam manifesto pilihan raya umum 1990, PAS berikrar akan melaksanakan Hukum HUDUD di Kelantan jika memerintah Negeri Kelantan. ( Manifesto Pilihan Raya PAS bertajuk Program PAS Negeri Kelantan 1990 )

“Hendak melaksanakan hukum HUDUD di negeri ini hanya boleh dibuat jika mendapat perhatian dan kerjasama daripada semua pihak.” (Utusan Malaysia, 11 Februari 1998).

Sebenarnya perkara yang menyentuh tentang hukum HUDUD ini telah berlarutan selama lebih 20 tahun dan sehingga sekarang Nik Aziz masih lagi mengatakan ianya mengambil masa yang lama untuk dilaksanakan! Sehingga kini, walau apapun alasan, hakikatnya PAS belum tertunaikan janjinya untuk melaksanakan hukum HUDUD di Kelantan. Berabad lamanya. Dulunya Kerajaan PAS membayar RM250,000 untuk membuat draf tapi tak boleh laksanakannya kerana belum memenuhi syarat minimum.

Banyak rahsia pembohongan yang sengaja diputar belitkan oleh Tok Guru Nik Aziz Nik Mat, baik dari segi tutur kata, tindak-tanduk, pandangan dan pendapat yang secara terang-terangan tidak mencerminkan keperibadiannya sebagai “Ulama dan Tok Guru”, yang menjadi idola kepada perjuangan menegakkan sebuah pemerintah Islam di Malaysia.

Kerajaan PAS tidak mempunyai kemampuan dan tenaga pakar perundangan yang mencukupi. Hakim Syarie yang ada sekarang pun tidak mampu menepati 15 syarat yang perlu sebelum boleh membicarakan kes-kes HUDUD ala-PAS, bukan HUDUD Allah.

PAS tak boleh pinda hukum HUDUD asal mengikut seleranya sendiri. Kerana tidak mampu, Nik Aziz mula menuduh orang lain, mula-mula beliau menuduh baginda Sultan Kelantan tidak tandatangan sebagai tanda persetujuan, kemudiannya diugut Perdana Menteri . Akhirnya menuduh pula orang Islam Melayu, UMNO. Apa dah jadi dengan Tok Guru ini yang hanya mencari “skapegoat” supaya tuduhan diletak keatas bahu orang lain bertujuan menyuci tangan yang penuh dengan najis.

Pendedahan oleh Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) bahawa baginda Sultan Kelantan telah menandatangani pindaan hukum HUDUD jelas menunjukkan bahawa PAS bukan sahaja berbohong malah apa yang tersirat sebenarnya ialah mereka hanya menjadikan “HUDUD” sebagai propaganda politik – agar PAS dilihat sebagai parti politik yang memperjuangkan Islam.

Selain itu, ” HUDUD ” juga dijadikan umpan oleh PAS – umpan untuk pancing undi, umpan untuk mendapat kuasa lagi dan umpan supaya dengan kuasa itu, mereka boleh hidup mewah dan mengaut kekayaan negeri Kelantan.

“Sejarah hidup” PAS selama ini memang sering berdolak-dalik dalam apa jua perkara yang berkaitan dengan Islam. Oleh sebab kononnya “baju” mereka adalah “baju Islam”, maka hanya mereka sahaja yang layak untuk berkata tentang Islam – dan apa sahaja yang keluar dari mulut pemimpin mereka semuanya adalah “fatwa” yang boleh dipercayai.

Sikap totok kepada perjuangan yang walaupun songsang ini, membuatkan sebilangan penyokong PAS ditipu bulat-bulat tanpa kompromi! Jika bukan kerana pendedahan Ku Li, mungkin ramai yang mempercayai dakwaan pemimpin PAS bahawa tidak adanya perkenan dari Sultan Kelantan adalah antara penyebab kenapa HUDUD masih belum terlaksana di Kelantan.

Apalagi iktibar yang boleh didapati dari pendedahan ini selain dari pembuktian bahawa PAS memang tidak bersedia dengan pelaksanaan hukum HUDUD! Ini semua hanyalah omongan dan nawaitu tidak ikhlas pemimpin PAS untuk menunjukkan kehebatan tidak bertempat kepada rakyat – setelah mabuk kuasa!

Lebih menghairankan, PAS yang mendakwa mereka tidak pernah membazir telah menggunakan dana sejumlah lebih RM200,000 wang rakyat, diperuntukkan kepada sebuah syarikat guaman, semata-mata untuk membuat undang-undang yang masih belum terlaksana ini! PAS terpaksa bersetuju dengan pendirian DAP yang tidak menyukai undang-undang HUDUD walaupun mereka cuba mengatakan kesepakatan dengan rakan kongsi pakatan. Malah bersetuju mempersendakan Al-Quran apabila merelakan Gobalakrishnan dan semua ahli bukan Islam PKR menggunakan ayat Allah iaitu Al-Quran.

Bahawasanya PAS, DAP dan PKR tidak pernah bersatu kerana sudah hakikat mereka ini tidak pernah bernaung dibawah satu ideologi. DAP Lawan Islam manakala PAS memperjuangkan Islam konon-kononnya. Apa akan jadi agaknya kalau ketiga-tiga parti perosak ini menjadi pemerintah kita?

Satu sahaja jawapannya iaitu LINGKUPLAH SEMUA.

Sedarlah rakyat umat Islam-Melayu Malaysia, bahawasanya PAS bukan pejuang Islam sejati. Mereka hanya mengunakan Islam sebagai alat mendapatkan kuasa iaitu berselindung disebalik parti politik. Jika ianya bukan sebuah parti politik nescaya ia ibarat sama sahaja dengan kumpulan-kumpulan ajaran sesat yang wujud di Malaysia. Kumpulan mereka meletakan syurga dibawah tapak kaki ketua-ketua mereka seolah-olah syurga mereka yang punya diakhirat kelak.

Tiada siapa diantara golongan mereka berani menegur perbuatan yang menyalahi ajaran Islam sepertimana ketua ajaran-ajaran sesat yang ada. Ini memberikan satu kuasa sampingan kepada ketua-ketua mereka untuk melakukan apa sahaja untuk mendapat keuntungan politik. Al-Quran, Hadith, hukum-hakam, hal ehwan Islam menjadi mainan politik serta pertaruhan oleh ketua-ketua serta pengikut dan penyokong PAS untuk mengekalkan kuasa.

Demi DAP dan PKR, PAS dibawah pemimpin yang ada kini akan mengorbankan PRINSIP dan Undang-Undang Tubuh parti PAS sendiri. Ahli PAS dan penyokong PAS yang mahukan Islam ala-PAS, sedarlah bahawa tiada lagi perjuangan dan syariat Islam di dalam PAS. Perjuangan Hudud bukan lagi “make-up” buat PAS.

Kepada penyokong PAS yang sangat mentah untuk menilai semua ini kerana berpandukan emosi dan terpengaruh dengan lidah bercabang pemimpin PAS. TOLAK PAS, sebuah parti yang bertopengkan Islam yang sanggup merosakan agama Islam hanya untuk mendapat tempat di dalam Pakatan Rakyat. Janganlah tersesat dan mengadaikan AQIDAH demi kepercayaan tok-tok guru PAS yang berkepentingan. Wallahuallam.

Suara Politik
Taminsari

36438_407679672372_197344137372_5035372_2396743_n[1][1].jpg (26 KB)

www.belantan.blogspot.com

belantan

A blogger

6 thoughts on “HUDUD PAS : Kalau Tak Mampu, Jangan Salahkan Orang Lain!

  • September 8, 2010 at 8:18 AM
    Permalink

    ikut kata nik aziz, hudud ni wajib umpama nak bawak sembahyang..maksudnya, tidak boleh tidak mesti dilaksanakan..sapa tak laksana jatuh hukum kafirrrrrr….

    apa sudahnya, rupa-rupanya hudud ini hanya gimik politik PAS, kita UMNO dah lama sedar, balaci ni la tak sedar sampai sudah…

    Reply
  • September 8, 2010 at 8:34 AM
    Permalink

    abih dah islam di malaysia dicabul dan diperkosa oleh orang PAS…..PAS telah menghancurkan segalannya….hancur ISLAM dan berjayalah agenda yahudi….ISLAM BERPECAH…..

    Reply
  • September 8, 2010 at 10:57 AM
    Permalink

    Inilah parti PAS yang tiada arah tuju perjuangan dan boleh berubah disebabkan kepentingan politik mereka serta menjadi kuda tunggangan DAP,PKR …..

    Demi perjuangan politik PAS yg sempit itu mereka sanggup meletakkan agama islam yg mrk perjuangkan selama ini ‘konon-kononnya’ dibawah tapak kaki para ‘ulama pimpinan PAS’……

    PAS bukan parti islam yg tulen,mrk adalah sebuah parti yg mengajar pengikut-pengikutnya membenci/memusuhi orang islam yg menyokong UMNO,sokong UMNO akan masuk neraka..jangan hitamkan hati anda…sokong PAS masuk surga ‘konon-kononnya’ podahhh!

    Insaflah wahai org PAS surga dan neraka bukan terletak dibawah tapak kaki ulama PAS..
    ulama PAs pun org biasa yg sering membuat salah dan silap,masih belum terlambat kembali kepangkal jalan,sedarlah PAS bukan parti yg memperjuangkan islam,PAS ialah PARTI AJARAN SESAT (PAS)……

    Muhammad…

    Reply
  • September 8, 2010 at 6:08 PM
    Permalink

    Puak ini nak ujud kan Islam ala-PAS bukan dasar Islam yang sebenar.

    Reply
  • September 9, 2010 at 6:46 AM
    Permalink

    Musa3 says:
    September 6, 2010 at 11:27 am
    Izinkan aku bawa ke satu sudut lain pulak dalam menyatakan kerosakan dan kejahatan Pas terhadap agama islam. ( Dipetik untuk pengetahuan dan pengajaran kepada orang Islam yang tidak taksub kepada Pas.)
    MEMPERMAINKAN HUKUM ALLAH DAN MENYELEWENGKAN FAKTA/REALITI
    Hukum PAS ialah haram dan kafir untuk orang dan HARUS sahaja apabila menguntungkan PAS. Bukti yang jelas ialah mengenai memerintah negara secara kongsi kuasa. Amalan politik secara kongsi kuasa antara orang Islam dengan bukan Islam di Malaysia ini telah bermula sejak sebelum merdeka iaitu pada tahun 1955. Ia pula bersesuaian dengan contoh Nabi Muhammad s.a.w mengikat janji dalam pemerintahan Madinah tahun 622 Masehi yang lalu.
    Namun PAS pernah mengkafirkan orang Islam UMNO yang berbuat demikian. Pada bulan Ogos 1963 Dewan Ulamak PAS Kelantan telah membuat keputusan “Orang Islam yang berkongsi dengan orang kafir memerintah negara menjadi kafir atau haram”. (Lihat kertas putih kerajaan Malaysia 8 November 1984).
    Apabila PAS terlibat sama maka hukumnya menjadi HARUS (1973 – Kerajaan campuran di Kelantan; 1974-1977 bersama dalam kerajaan BN seluruh negara).
    Ayat-ayat Al-Quran juga sanggup diselewengkan maksudnya. Satu daripada bukti yang masih tersimpan dalam rakaman kaset ucapan Hj Abd Hadi di Bukit Kulim, Marang pada 24 September 1980. Beliau menyalahtafsirkan maksud ayat 251 surah al-Baqarah “Walaula daf’ullahin nasa ba’dhahum biba’dhil lafasadatil ardh” yang diberikan makna “Dan jikalau Allah tidak menjadikan manusia itu bergaduh, manusia itu berkelahi, manusia itu berperang di antara satu sama lain nescaya rosaklah muka bumi ini. Patutnya bila manusia itu bersatu molek, berpakat belaka, dak kelahi dak berbalah maka jadi molek muka bumi. Tapi Allah Taala kata dalam al-Quran kalu Allah Taala tak jadikan manusia ini bergaduh nescaya muka bumi akan rosak”. Sedang sebenarnya ayat itu ialah ayat cerita Nabi Daud yang berjaya membunuh Jalut dan diberikan kuasa memerintah negeri yang dulunya diperintah oleh Jalut itu. Kesalahan pertama ayat penuh 251 surah al-Baqarah ini tidak dibaca semua dari awal hingga akhir, sebaliknya dibaca tengahnya sahaja. Yang kedua tafsirannya boleh difahami sebagai “Tuhan mahu kita bergaduh” telah bertukar maksud asal daripada ayat cerita menjadi ayat hukum waliazu billah.
    Amanat Hadi menuduh UMNO/BN mengekalkan perlembagaan penjajah sedangkan sebenarnya perlembagaan negara tidak pernah dikekalkan oleh UMNO dan BN kerana ia sentiasa dipinda. Sehingga tahun 1995 sebanyak 39 pindaan telah dibuat. Kerajaan PAS Kelantan sahaja melalui Dewan Undangan Negerinya telah sebulat suara meluluskan usul mempertahankan perlembagaan tubuh negeri Kelantan (Berita Harian 12 April 1993). Kerajaan PAS Terengganu pun nampaknya tidak berusaha hendak meminda perlembagaan tubuh negeri. Warta Darul Iman ke-15 pada 8 Januari 2001 melaporkan pengakuan YB Hj Harun Taib bahawa pelaksanaan Islam di Terengganu sudah berjalan walaupun belum meminda perlembagaan. Kalau sebenarnya hukum haram/kafir kerana mempertahankan perlembagaan, mengapa urusan meminda perlembagaan negeri Terengganu ini tidak diutamakan? Sanggupkah PAS menjadi kafir kerana kecuaian itu?
    Perlembagaan tubuh PAS sendiri juga berikrar mematuhi perlembagaan negara. Lihat fasal 6 ceraian 11 mencatatkan: “Segala tindakan PAS tidak terkeluar daripada batas-batas perlembagaan dan undang-undang negara”. Mengapakah pimpinan PAS tidak menjelaskan kepada umum bahawa PAS juga tunduk kepada perlembagaan negara? Semua calon PAS dalam pilihanraya tidak membantah bayaran wang pertaruhan dan lain-lain syarat yang dikenakan dalam penamaan calon dalam setiap pilihanraya itu berlaku. Begitu juga segala faedah daripada hasil peruntukan perlembagaan negara ditelannya belaka. Mereka bak kata peribahasa “Cakap tak serupa tulis, tak serupa bikin” ataupun pakai hukum “Waharamun kalau makan seorang, wahalalun kalau bagi dua”. Rela berpura-pura dengan hukum Allah.
    Amanat Hadi juga mencipta hukum menjadi kafir mengatakan politik suku agama suku. Amalan dalam sistem pemerintahan dan juga perlembagaan Malaysia tidak pernah memisahkan agama dengan politik. Kedua-dua berjalan serentak dan seiring. Selepas merdeka kerajaan sendiri yang menjalankan usaha dalam segala bidang pembangunan negara dan agama. Perlembagaan negara dengan jelas menyebut raja-raja Melayu selain daripada menjadi ketua agama (Perkara 3); baginda juga menjadi ketua negara/negeri atau kepala utama negara (Perkara 32). Ini membuktikan bahawa agama dan politik di bawah seorang ketua yang sama.
    Konsep pemisahan agama dengan politik juga telah diberikan dalam buku ISLAM & POLITIK kajian ilmiah Dewan Ulamak PAS Pusat keluaran September 1980. Bacalah muka 19 & 23 jelas membawa konsep pisah agama dari politik ialah ketua berlainan orang. Selain daripada itu perlembagaan negara perkara 11(4) mengadakan peruntukan melarang menyebar akidah agama lain di kalangan umat Islam. Perkara 12 (2) pula memperuntukkan bahawa wang negara boleh digunakan untuk kemajuan agama Islam tetapi tidak untuk agama lain.
    Pembohongan terhadap realiti yang jelas mengelirukan ialah mengenai perjuangan menegak negara Islam. Mingguan Malaysia 13 Ogos 2000 menyiarkan temuramah YAB Hj Abd Hadi Awang. Beliau mendakwa kononnya PAS tidak akan bertolak ansur dalam perjuangan menegakkan negara Islam. Apa yang sudah berlaku pada realitinya ialah DAP menolak pembentukan negara Islam, tetapi YAB Datuk Nik Abd Aziz Nik Mat menerimanya dengan segala kesyukuran. (Lihat Utusan Malaysia 22 April 1999 dan Berita Harian 15 Mei 1999).
    Lebih jelas lagi permainan politik PAS menipu ahli dan penyokong-penyokongnya sendiri ialah kempen hendak “Menegakkan Negara Islam” seperti yang dijaja pimpinan mereka sebenarnya tidak pernah ada dalam perlembagaan tubuh PAS semenjak dahulu lagi.
    Mursyidul Am PAS, YAB Datuk Hj Nik Abd Aziz Nik Mat juga pernah memberikan hukum syahid melawan UMNO. Mengikut catatan dalam buku Parti Islam antara Realiti dan Fantasi oleh Omar Khalid edaran pertama terdapat jelas pada muka 26 berbunyi begini:
    “Saya telah mendengar sendiri daripada mulut Ustaz Nik Ab Aziz semasa dia mengajar di Masjid Kampung Pulau Melaka dengan mengatakan JIKALAU MELAWAN UMNO TIBA-TIBA MENINGGAL DUNIA, MAKA KITA DIKIRA MATI SYAHID. Kaset ucapannya itu tidak diizinkan kepada saya untuk mengedar kepada orang ramai kerana kononnya sensitif dan fatwa itu hanya untuk orang dalam semata-mata”.
    Mahu tidak mahu Mursyidul Am PAS, YAB Datuk Hj Nik Abd Aziz Nik Mat terpaksa menerimanya kerana beliau terbukti turut membawa hukum SYAHID yang bersamaan dengan Amanat Hadi. Beliau juga mempermainkan hukum Allah.
    PEMBOHONGAN YANG AMAT NYATA
    Selain daripada mempermainkan hukum Allah dan menyelewengkan fakta/realiti, banyak bukti yang menunjukkan pembohongan yang amat nyata. Pengarah Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Terengganu, En. Zakaria Dagang telah berjanji iaitu beliau akan mengemukakan bukti keputusan Majlis Agama Islam Kebangsaan bahawa Amanat Hadi tidak bercanggah dengan Islam (Laporan Utusan Malaysia 23 Julai 2000) Tetapi sehingga hari ini belum ada apa-apa reaksinya.
    Suatu pembohongan yang tidak boleh dimaafkan ialah penafian sembahyang dua imam. Hj Abd Hadi dalam ceramah umumnya di Kuala Besut, Terengganu yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia 27 Januari 1983 menyebut beliau menafikan berlakunya sembahyang Tarawih dua imam dan Jumaat bergilir dalam sebuah masjid di Kampung Gong Pasir, Besut pada bulan Jun-Julai 1982. Hj Abd Hadi mengatakan: “Perkara ini adalah sengaja diada-adakan oleh kerajaan bertujuan untuk memburukkan kepercayaan orang ramai kepada parti PAS”. Demi Allah saya dan jurukamera yang dikawal rapi oleh dua buah kereta Land Rover polis Kg. Raja akan tetap menjadi saksi di hadapan Allah s.w.t bahawa sembahyang dua imam Tarawih dan Jumaat bergilir dalam sebuah masjid di Gong Pasir itu BENAR-BENAR berlaku selama sebulan Ramadan 1982. Seluruh ahli jamaah masjid Gong Pasir kira-kira 80 orang lelaki dan perempuan sebenarnya mengerjakan sembahyang serentak berlawanan itu. Mengapakah Hj Abd Hadi sanggup menutup bangkai gajah yang sebesar itu dengan nyiru iklan buatan sendiri? Demikian seterusnya mengenai Bank Islam. Dulu Hj Abd Hadi kata tidak bererti kerana ia hanya kulit yang berlambangkan Islam tetapi sekarang telah memuji dan menggunakannya.
    Lebih mudah lagi diterima oleh orang awam terhadap hujah YAB Hj Abd Hadi apabila beliau membuat alasan petikan atau rujukan kepada Mustika Hadis jilid pertama Jabatan Perdana Menteri, walaupun ternyata bohong. Setelah diteliti berulang kali pada bab Rosak Iman dan Islam, namun tidak ditemui dalam Mustika Hadis jilid pertama itu tentang rosak iman dan Islam kerana “Mempertahankan perlembagaan kafir” dan tidak ditemui juga hukum “Menjadi kafir dengan mengatakan politik suku agama suku” sebagaimana yang disebutkan oleh Hj Abd Hadi dalam Amanat Hadi itu. Jadi bagaimana Hj Abd Hadi boleh kata amanatnya selaras dengan apa yang tertulis dalam Mustika Hadis jilid pertama itu?
    PENUTUP
    Penyelewengan isi kandungan Amanat Hadi jelas mengelirukan pegangan umat Islam.
    Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan yang memutuskan Amanat Hadi Bercanggah Dengan Islam pada tahun 1986 itu sudah tentu mempunyai alasan yang kukuh. Oleh itu setiap orang Islam perlu terima dan patuh kepada fatwa tersebut tanpa ragu-ragu lagi. Ahli Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan terdiri daripada semua mufti dalam Malaysia.

    Reply
    • September 15, 2010 at 11:42 PM
      Permalink

      fakta yang amat jelas… menantu dan cucu2 toki saya x makan dirumah toki saya sbb amat Haji Hadi ni.. toki saya pun dah lama arwah.. jwblah ulama PAS depan ALLAH SWT nnt.. kerana amanat ini , kelurga saya habis pecah belah…bkn setakat dua imam sj.. nikah dua kali pun ada.. jgn riak dan takbur pd org2 PAS.. ALLAH MAHA ADIL.. jgn lupa itu.. bgmana anda semua mendoakan bala pada Tun Mahathir.. anda kata dia gila kuasa, Maha Firaun… skrg ni pun Tok Guru anda semua masih lagi nak jd MB Kelantan…UMNO x pernah menjemput rakan2 MCA, MIC dll untuk berucap dalam dewan solat masjid @ surau, apa tah lagi x menutup aurat… terima kasih musa3..dgn input dan info itu

      Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.