Doa PAS berharga RM400,000???

RM400,000 diperlukan oleh Sekretariat Tabung Misi Munajat Royalti Rakyat dari PAS bagi membiayai 40 orang “ulama” PAS untuk terbang ke Makkah dan melakukan solat hajat berhubung isu tuntutan royalti minyak di Kelantan. Mengejutkan sekali apabila PAS meletakkan harga RM400,000 untuk membiayai perkara sedemikian. Apakah PAS sudah kehilangan akal? Atau PAS hanya ingin mengabui isu RM4 billioan I’DA World Group dengan isu RM400,000?

Mungkin ini adalah permainan “figure”. Jumlah RM400,000 adalah amat sedikit sekali jika dibandingkan dengan RM4 billioan yang didakwa diterima oleh PAS dari I’DA World Group itu. Mungkinkah PAS ingin memberitahu bahawa mereka memang tidak mempunyai wang, sekaligus secara tidak langsung menafikan ada menerima wang sejumlah RM4 billion itu? Pada penulis, sama ada PAS ada terima atau tidak RM4 billion itu, saya tidak peduli. Saya tidak tahu dan itu bukan hal saya dan jawablah kelak di akhirat.

Apa yang menjadi persoalan bagi saya ialah tentang jumlah RM400,000 yang diperlukan untuk memakbulkan doa dan hajat PAS Kelantan tersebut! Jika difikirkan niat PAS Kelantan itu, jumlah RM400,000 diperlukan hanyalah untuk memastikan doa mereka dimakbulkan Allah dihadapan Kaabah.

Apakah ini bermasksud bahawa doa dari mana-mana lokasi selain di Baitullah itu dikatakan “tidak dimakbulkan” atau “kurang dimakbulkan” Allah S.W.T? Apakah berdoa di rumah, di surau dan di masjid-masjid di Kelantan itu tidak makbul? Apakah sudah habis “stadium” di Malaysia ini yang boleh dijadikan tempat solat hajat untuk dimakbulkan doa dan hajat PAS tersebut?

Saya masih ingat dengan solat hajat yang dilakukan secara besar-besaran oleh penyokong PAS suatu ketika dahulu untuk menggulingkan Kerajaan Barisan Nasional. Solat hajat tersebut diimamkan oleh Nik Aziz Nik Mat. Sampai menitis-nitis airmata Nik Aziz mendoakan “musibah” untuk UMNO dan Barisan Nasional. Namun, doanya itu mungkin kurang mustajab. Jika mustajab pun, mungkin terpalit kepada Pak Lah yang terpaksa meletakkan jawatan dan menantunya tidak diberikan jawatan kabinet. Namun, UMNO dan BN lebih kukuh pula jadinya selepas diambil alih oleh Dato’ Seri Najib Tun Razak!

Apakah doa di “stadium” itu dijadikan ukuran sama ada doa itu “mustajab” atau tidak? Bukankah doa orang yang dizalimi itu amat mustajab di sisi Allah S.W.T? Nampak sangat bahawa UMNO dan BN tidak menzalimi rakyat, malah PAS sendiri yang menzalimi dan menipu penyokong-penyokongnya secara membuta tuli.

Nik Aziz sendiri berkata bahawa “Allah tidak melihat kepada bangsa, tapi Allah melihat kepada tahap ketaqwaan hambaNya”. Benar. Begitu juga dengan “parti” dan “doa”. Allah tidak melihat kepada PAS atau UMNO, Allah melihat kepada ketaqwaan yang ada pada individu di dalam UMNO dan PAS. dan ternyata Allah melihat UMNO lebih baik dari PAS untuk mentadbir negara.

Begitu juga dengan “doa”. Allah tidak melihat lokasi doa itu dipanjatkan kepadaNya. Allah lebih melihat kepada keikhlasan doa dari individu tersebut. Jika dia berdoa kerana “dendam kesumat” dan “hati yang busuk”, mungkin Allah sendiri enggan untuk mengkabulkan permintaan tersebut. Sebagai contoh, Nik Aziz berdoa agar Dato’ Seri Najib pecah perut, namun akhirnya Nik Aziz sendiri yang “muntah darah”. Ini adalah bukti bahawa bukan lokasi yang menjadi keutamaan Allah untuk mengkabulkan doa dan permintaan hambaNya!

Justeru itu, apa perlukan Sekretariat PAS itu menghabiskan wang sejumlah RM400,000 ringgit  untuk solat hajat di Makkah? Berdoa di masjid sahaja tidak cukupkah? Bersolat hajat di masjid sahaja tidak memadaikan? Mengapa perlu menghabiskan wang rakyat semata-mata untuk memenuhi hajat politik PAS? Mengapa perlu bazirkan wang rakyat sedangkan perkara ini boleh dilakukan secara ikhlas di masjid-masjid di sekitar Kelantan dengan wang belanja RM0! Tanpas kos!

Apakah ini agenda “makan angin” dalam usaha mendapatkan sokongan guru-guru pondok sekitar Kelantan? Apakah ini adalah sebahagian usaha untuk me”rasuah” guru-guru pondok tersebut setelah mereka sebenarnya selama ini tidak disukai oleh guru-guru pondok tersebut? Jika tempohari Nik Aziz hampir menerima “rasuah” RM65k, maka Nik Aziz cuba mengheret guru-guru pondok ini untuk terlibat sama dengan “rasuah” itu? Jika guru-guru pondok itu “makan rasuah”, maka mudahlah Nik Aziz menghalalkan “rasuah RM65k”nya itu di mata rakyat!

23 thoughts on “Doa PAS berharga RM400,000???

  • September 26, 2010 at 5:28 AM
    Permalink

    kefahaman nik aziz ni macam tulah, kalau nak berdoa tu mesti di mekah saja baru mustajab, kalau nak masuk syurga tu kena jadi macam Arab, kalau nak perjuang Islam mesti pakai jubah dan serban…

    yang betulnya, duit tu…

    Reply
    • September 26, 2010 at 11:15 AM
      Permalink

      apa fatwa dan nas mereka keluarkan nanti untuk justifiedkan pembuangan duit 400K tu jika doa mereka tak dimakbulkan bila royalti yg.diharapkan tak tertunai?..
      ANTARA DOA UNTUK LAKSANA HUDUD DAN DAPAT ROYALTI,,NAMPAKNYER KEUNTUNGAN DUNIA JUGA MEREKA KEJAR!!

      Reply
  • September 26, 2010 at 2:21 PM
    Permalink

    ooooo. doa nik ajis ni tak pernah termakbul ke? hehehehehehehe

    Reply
    • September 26, 2010 at 6:58 PM
      Permalink

      bukan sahaja doa buaya nik aziz…doa seluruh ahli pas pun tak termakbul keatas mahathir…mcm2 solat hajat, seluruh kelantan, malaysia…anak kelantan luar negara……bapak kiai indon…mahathir masih sihat…

      Reply
  • September 26, 2010 at 4:46 PM
    Permalink

    Lalalalalala….
    Teringat lagi aku masa zaman Refo BASI..berapa ramai berdoa agar TUN M jatuh hina…ada yang doa depan Ka’abah…siap dgn pelbagai solat hajat….Namun Tun M dgn izin Allah…telah memilih tempat hari dan waktu untuk meletak jawatan…penyerahan jawatan tersebut dibuat dgn begitu tertib…

    Namun penganut PIS masih tidak dapat menerima kenyataan kebenaran TUN M…dan doa mereka telah di tolak.

    Dapatkah mereka terima kenyataan jika doa mereka ini tidak di makbulkan…??
    Doa Nik Ajis??……Doa kekal jadi MB Kelantan..Doa kekal jadi Mursyitdol PIS.
    Makbul…makbul….lalalalalalalalala

    Reply
    • September 26, 2010 at 6:32 PM
      Permalink

      sokong lu bro. mana ada dalam ajaran islam doa untuk kehancuran sesama islam.. cuma nik ajes aje yang ajar pada si bodo-bodo serban tu je.. tu la suruh pi ngaji agama tak nak tapi pi ceramah politik PAS selalu pi. ni la jadinya bangsa buta hukum, cuma nik ajes je yang leh jadi betul yang lain salah je la…

      Reply
    • September 27, 2010 at 10:17 AM
      Permalink

      sekurang-kurangnyer Tun.M pernah dijemput Allah masuk dalam Ka’abah…Wally nicky dah berapa kali lalu situ tak pernah dapat peluang tuh…Kuasa Allah bila Dia menghendaki,maka terjadilah.

      Reply
  • September 26, 2010 at 10:43 PM
    Permalink

    Dulu masa Anwar Ibrahim kena pecat dari jawatan TPM pun ramai ahli PAS dan pemimpin PAS doakan agar Tun Dr Mahathir mati. Nampaknya tak menjadi doa tu sebab doa tu untuk menangkan peliwat.

    Reply
  • September 27, 2010 at 7:44 AM
    Permalink

    wahhh!! sekrang ni PAS suka main no 4 je. la…selalunya kalau cina memang tak suka no 4..no 4 ni no mati…jadi adakah PAS akan mamposss?? kekekek

    Reply
  • September 27, 2010 at 8:33 AM
    Permalink

    bang ajis..usaha gigih..berdoa…tawakal
    tapi doa 400k ini sudah tidak betul..bang oiii.

    Reply
  • September 27, 2010 at 9:39 AM
    Permalink

    mana veteranAMNO ek? tak komen pun…he..he..he

    Reply
    • September 27, 2010 at 10:19 AM
      Permalink

      veteran dah penat bila masuk sini kena balun kiri kanan…kat tranungkite mungkin dia line leader ..lebih baik duk sana ..selamaatttt

      Reply
  • September 27, 2010 at 11:01 AM
    Permalink

    Pergi kemekah utk makan anginlah tu,mkn tempat tido semua free…siapa yg tak nak ikut bodohlah…..lps tu buat dosa ramai2 kat sana….

    Reply
  • September 27, 2010 at 11:05 AM
    Permalink

    bangsat Ularmak hamPAS nick ajis… duit sumbangan 4 billion tu nak buat apa? masuk poket sendiri ke?

    Reply
  • September 27, 2010 at 7:28 PM
    Permalink

    umngok lebih bangsat drp pas….lebih2 lg kau Hampas…….50th kau kene tipu…masih xsedor lg…hehehe….umngok bangbrek mok

    Reply
    • September 27, 2010 at 9:02 PM
      Permalink

      parti seliwatan pas pKr sedang huru hara dalam pemilihan parti..nak tengok foto2 pergadohan sesama mereka sila ke : gerakan-anti-pkr.blogspot

      Soo,,,PRU13 pas dan pakatan sumbang mahramnya akan di kerat,dibakar dan dibuang dalam sungai babiban…TAK PERLU TALKIN….GELOMBANG BIRU BANGKIITTT !!!

      Reply
      • September 29, 2010 at 10:04 AM
        Permalink

        “Take Beer” buat hamPas

        Reply
  • September 27, 2010 at 9:04 PM
    Permalink

    KINI KITA JARANG DENGAR PENGANOT PAS SEBUT UMNO NEPOTISMA,KRONISMA DLL…kenapa ekk?

    Reply
  • September 28, 2010 at 1:26 AM
    Permalink

    ularmak nick ajis dah b’ketar punggung pd PRK dun galas nanti…hamPAS akan ketakutan..banyak isu boleh dimainkan isu air bersih, isu allah dlm gereja, parti hamPAS bahang pitis 4 billion dll…

    Reply
  • September 28, 2010 at 9:47 AM
    Permalink

    saja je puak2 lebai pas ni nak pergi melacur opssss melancung kunun nak berdoa didepan kaabah. kenapa di kelantan dah tak boleh berdoa ke? kunun serambi mekah? ke dah tukar serambi siam? memang puak2 haramjadah pas ni kaki kelentong memanjang.

    Reply
  • September 29, 2010 at 3:56 PM
    Permalink

    Pada pendapat saya Mursyidul Am PAS ini harus lah atau dinasihatkan berhenti daripada berpolitik.

    Cukuplah dah lama sangat pegang jawatan Menteri Besar Kelantan. Bagilah kepada ahli² PAS yang lain pula untuk memerintah.

    Memang Mursyidul masih sihat. Tapi lama kelamaan sudah terlalu lama tanpa teguran dan dikelilingi oleh PAK ANGGUK (yes man) akan terjerumus kepada pemikiran negative dari apa jua aspek. Pemikiran tidak berkembang dan tersekat-sekat.

    Dan janganlah asyik mengeluarkan fatwa² yang hanya menyelebahi pihak PAS sahaja. Oh maaf saya lupa PAS merupakan parti politik dan bukan sebuah badan keagamaan. Maaf ye.

    DAP memang hendak sangat PAS menang kerana apabila PAS menang mereka akan menyekat pemikiran melayu dan terjerumus dalam kekalutan dan disekat dari kemajuan ekonomi.

    Dan apabila ia berlaku maka DAP boleh la sapu semua ekonomi diseluruh Malaysia.

    DAP akan memastikan PAS mengawal pemikiran melayu untuk berdaya saing dan melayu akan hanya focus pada fanatik seperti TALIBAN

    Reply
  • September 30, 2010 at 3:06 AM
    Permalink

    PAS tidak menjaga hak2 Melayu!!
    PAS tidak jelas berkaitan isu2 Melayu (mcm mana nak jelas, dah ikot buntut DAP jah)

    Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.