Bubarkan Makmal Rasionalisasi Subsidi

|| Dr. Mohamad Khir Toyo ||

Akhirnya kerajaan menggunakan cadangan orang ramai juga untuk mengurangkan subsidi petrol iaitu dengan memberi pilihan kepada rakyat sama ada mahu petrol subsidi atau petrol harga pasaran. Alhamdulillah mereka yang mampu secara sukarela menggunakan petrol RON 97 yang tidak disubsidikan. Justeru apa perlunya makmal ini jika hanya menambah bebanan politik kepada BN?

12. Adalah lebih masuk akal jika kerajaan menubuhkan Makmal Menurunkan Kos Sara Hidup Rakyat atau Makmal Mengurangkan Bebanan Hidup Rakyat. Barulah nampak rakyat diutamakan.

artikel penuh

9 thoughts on “Bubarkan Makmal Rasionalisasi Subsidi

  • September 7, 2010 at 2:28 PM
    Permalink

    Tepat sekali pandangan Dato’ Seri Khir Toyo dalam isu ini …. sedangkan negara seperti Amerika pun memberikan subsidi … dijerman universiti pun percuma, sri lanka pun khabarnya universiti percuma … tiada alasan Malaysia perlu menghapuskan subsidi …. yg lebih diutamakan bukanlah subsidi, tapi taraf hidup kebanyakan rakyat … benar kalaupun pendapatan perkapita meningkat, memandangkan ia adalah pengiraan purata, apa maknanya sebuah negara yg mempunyai org kaya yg sangat kaya, dan org miskin yg sangat miskin … elok dibersarakan sahajalah Dato’Seri Idris Jala …

    Reply
    • September 14, 2010 at 2:04 AM
      Permalink

      BARULAH NAMPAK RAKYAT DIUTAMAKAN YE!!!!
      BETUL TU..
      SELAMA NI NAMPAK RAKYAT DIPINGGIRKAN…
      BELI KETA MAHAL ( DUTI TINGGI)
      ISI MINYAK PUNG MAHAL
      JALAN BAYAR TOL PUN MAHAL….
      DAH TAK LAMA LAH TU….
      HAYAT BE END….

      Reply
  • September 7, 2010 at 2:40 PM
    Permalink

    kita sokong cadangan DSKT…subsidi memberi banyak manfaat kepada rakyat..kalau nak tarik subsidi, pastikan cukai yang lain diturunkan juga, agaknya sanggup ke nak buat begitu..rakyat ni masa memangkah, dia kuirang fikir benda-benda yang complicated, dia fikir benda yang straight away keluar poket dia..kalau itu membebankan dan ada pulak pihak yang bagi pilihan tak membebankan, tentu dia pilih pihak itu.

    Reply
  • September 7, 2010 at 4:01 PM
    Permalink

    Tugas kerajaan adalah membantu rakyat. Kalau tak mau beri subsidi, tak payahlah jadi kerajaan. Jadi rakyat biasa jugak.

    Reply
  • September 7, 2010 at 9:39 PM
    Permalink

    Memang patut dibubarkan dan diganti dengan cadangan DSKT tu hidup melayu………Orang orang yang kaya raya tu jangan diberi sebarang subsidi …….kerana dia orang ni lah orang ramai susah …..Nak beli rumah …..susah segala galanya .tengol lah harga rumah naik macam dah tak ingat lagi…..Kerana apa? nilah orang orang kaya beli rumah untuk cari untung…….Beli rumah tapi tak duduk pun ….lepastu jual dgn harga yang tinggi.Dia orang ni senang senang dan kaya belaka …….Kerajaan kena sekat kegiatan ini kerana ia berkepentingan ramai ……..Dulu masa Anwar jadi menteri kewangan dia ada membuat sesuatu tentang perkara ini ……..tapi tak sejauh mana kesanya tak tau lah.Orang melayu yang paling susah nak beli rumah dibandar besar seperti KL JB ,PP dan sebagainya .Pemaju perumahan pun kurang jujur ……Bila orang melayu tanya dia orang kata unit dah habis dijual………..sedangkan ia tipu semata mata …….pemaju simpan rumah tersebut kemudian jual balik dgn harga yang cukup tinggi…….kerajaan kena pantau ……..jangan berkokok di perleman aja …..tak ada maknanya …………

    Reply
  • September 8, 2010 at 1:18 AM
    Permalink

    aku bersyukur…bila celik mata bangun pagi je aku dah dpt subsidi kerajaan. Petik suis lampu- letrik subsidi, mandi-air subsidi, minum kopi-gas masak & gula subsidi, start kereta-petrol subsidi…hinggalah ke malam banyak benar subsidi. Itu belum kira bab2 pelajaran & kesihatan lg…entah berapa banyak subsidi!

    aku fikir jg..adakah rakyat negara jiran2 kita, diaorg dpt ke tidak nikmat mcm kita? Cuma harapan aku kerajaan kenalah seriuslah..jgnlah dlm masa sama nak kurang subsidi, tapi kes2 rasuah,songlap, pembaziran, urus tadbir lembab dsbg berlambak depan mata….rakyat mcm aku cepat merah mata!

    Reply
  • September 8, 2010 at 5:41 AM
    Permalink

    Bila terlalu banyak subsidi, rakyat jadi biasa untuk membazir..kalau nak tengok negara ni cepat jadi maju, rakyat kena terima realiti semua barang yg.kita guna adalah apa yg.kita mampu bayar bukan yg.disubsidikan.

    lebih banyak peluang ekonomi,kemudahan pengangkutan jalan raya,persekolahan ,kemampuan membeli peralatan perang canggih jika kerajaan ada lebihan wang..Tapi jika subsidi nak ditarik balik, sila buat 2 tahun sebelum PRU kerana jika tidak, walau sejahat mana daP dan paS,rakyat akan bagi mereka undi percuma..

    Reply
  • September 9, 2010 at 12:39 AM
    Permalink

    Subsidi untuk rakyat gagal dan banyak hal bila ada segelintir pihak yang memikirkan keuntungan semata-mata. Dulu heboh tentang program subur dan berebut-rebutlah segelintir orang yang ada dikementerian mencari proksi untuk mengedarkan kupon besar. Sepatutnya makmal yang hendak diwujudkan mestilah menjuarai nasib rakyat dan saya setuju dengan saranan DSKT

    Reply
  • September 9, 2010 at 9:04 AM
    Permalink

    Kerajaan mempunai data bank bagi keseluruhan rayaat malaysia .didalam data bank tersebut mengandungi pendapatan dan serta pemilikan dan mesti dikemaskini setiap dua tahun .Tetapi yang nenjadi masalahnya pegawai yang dipertangungjawabkan cuai didalam menjalanjan tugasan.Yang menyebabkan kerajaan gagal mengenalpasti dengan tepat .Sebab itulah kita masih dihidangkan dengan senerio rayaat memcari makanan ditong sampah sperti yang berlaku dijohor baru baru ini …….sunguh memalukan …..ianya satu tamparan untuk kerajaan johor yang kaya ……Disinilah dapat dilihat golongan yang memerlukan subsidi ….bukan memberi subsidi secara umum ………….Seperti harga rumah ……orang kaya tak berhak menekmatinya …….jika golonan kaya tidak mendapat subsidi ini maka dengan sendirinya golongan yang memerlukanya mendapat lebih bahgian ……dan mungkin dimasa akan datang golongan ini juga akan terkeluar dari penerima subsidi …..dan lama kelamaan subsidi itu akan hilang secara sendirinya .Data perlu kemas ….pemantuan serta banci perlu dilakukan selalu ……….kerja sama diantara jabatan perlu dipertingkatkan ……..Kepada yang didapati menipu perlu dihukum dengan berat….

    Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.