BIOR BETOI YOP!

Salam 2 all.

Teman agak terkejut membaca lapuran bahawa sebuah Sekretariat Tabung Misi Munajat Royalti Minyak Kelantan mengadakan perancangan membawa 40 orang ustad untuk sembahyang di Masjidil Haram untuk mendapatkan royalti minyak daripada Petronas (lapuran penuh teman siarkan dibawah yop). Teman dah check dan double check lapuran tersebut untuk pastikan kesahihannya (pase teman tak mau jadi macam setengah pak-pak jangoat main rembat je apa pemfitnah dan pembohong sumbatkan ke kepala dema yop, peh tu ngembek sakan macam fitnah tu betoi, langsung tak check walaupun ALLAH suruh check dulu). Dan teman dapati memang lapuran tu betoi yop.

Sebenarnya tak salah buat sembahyang ni dan doa mintak pada ALLAH, tapi yang mengejutkan teman kos sembahyang di Mekah ini ialah RM400,000-00!! Dekat setengah juta yop!!

Isyk..isyk..isyk..tak boleh ke sembahyang hajat tu buat di Stadium Kota Bharu je yop! Atau kat Stadium Darul Aman Kedah ke, atau mana-mana masjid yang berlambak dalam negara ni.

RM400,000-00 kalau bagi orang miskin buat rumah RM25,000-00 sebijik dah lebih 15 rakyat miskin dapat rumah. Kalau bagi fakir buat haji, 45 orang susah dah selesai tanggungjawab menunaikan rukun Islam. Banyak boleh buat dengan RM400,000-00 tu yop!!

Teman tak mau nak komen banyak sangat, nanti pak jangoat terkentut-kentut pulak. Tapi mengkome semua pikio sendiri lah yop. Naik riso juge teman dengan keghairahan dema mengejor royalti ni. Kalau pikio balik-balik yop, agaknya ada hikmahnya kot ALLAH tak bagi royalti ni. Tau ajelah yop, bab duit ni, jangankan ustad, adik beradik pun sanggup berbunuh yop!

Malahan Rasulullah saw sendiri pernah berpesan (lebih kurang mafhumnya), “aku tidak takut kamu (umat Islam) di uji dengan kemiskinan, tetapi aku lebih khuatir kamu dicuba dengan kesenangan!!”. Berapa ramai yang dah tumbang apabila di uji dan dicuba dengan tiga “ta” ini..takhta..harta..wanita..!

Pada teman lah, daripada perabis dekat setengah juta untuk mintak duit dan kekayaan, lebih baik kita bermunajat mintak doa supaya ALLAH berikan keberkatan dan toyyibah kepada kita. Wallahua’lam.

Tepok dada tanya iman ajelah yop!

Adios amigos..grasias!

Zulkifli Bin Noordin
Rabu
13 Syawal 1431
22 Sept 2010

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
(Lapuran di MalaysiaKini bertarikh 22.09.2010)

Munajat royalti di Mekah perlu RM400 ribu

Abdul Rahim Sabri 22 Sep, 10 2:05pm

Sekretariat Tabung Misi Munajat Royalti Rakyat menganggarkan sebanyak RM400 ribu diperlukan untuk membawa 40 ulama serta tok guru pondok dari seluruh pelusuk negeri ke Mekah berhubung isu kes tuntutan royalti minyak daripada Petronas.

Pengarah sekretariat Md Zulaimi Kazin berkata jumlah tersebut bagi menampung keseluruhan kos persiapan dan kebajikan, termasuk mendapatkan hotel yang berdekatan dengan Masjidil Haram bagi tokoh ulama tersebut.

“Sejak dilancarkan pada 2 Syawal yang lalu, kita baru sahaja mendapat tidak sampai RM20 ribu… Kita akan bawa mereka selepas daripada musim haji. Sebaik sahaja visa umrah buka, kita akan pergi,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini pagi ini.

Laman web rasminya www.munajatroyalti.com serta laman Facebook untuk kempen itu, Misi Munajat Royalti Rakyat melaporkan, kempen itu diwujudkan supaya semua rakyat dapat menyatakan sokongan terhadap usaha itu.

Menurut laman itu, kutipan derma telah dilancarkan bagi menampung kos membawa 40 ulama serta tok guru pondok dari seluruh Kelantan untuk bermunajat secara khusus selama 40 hari dan 40 waktu di Mekah.

Mengulas lanjut, Md Zulaimi berkata, pihaknya kini sedang mengedarkan dan menjual ‘kupon penajaan rakyat’ untuk diedarkan kepada anak-anak Kelantan yang berada di dalam dan di luar negeri itu sebagai sokongan kepada tujuan tersebut.

“Sebanyak 100 ribu kupon yang berharga RM10, telah dicetak dan mula diedarkan sejak Isnin lalu,” kata Md Zulaimi sambil mengalu-alukan sumbangan daripada sektor koporat.

Selain itu, katanya, usaha sekretariat tersebut telah mendapat sokongan daripada beberapa NGO antaranya, Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti (Gegar) dan Persatuan Anak-anak Darul Naim (PERSADA).

Menurutnya, pihaknya telah menentukan identiti 40 ulama dan tok guru pondok yang akan bermunajat dengan di Masjidil Haram antaranya Tuan Guru Husin Ibrahim daripada Pondok Lubuk Tapah, Pasir Mas.

“Beliau juga bertindak sebagai pengerusi munajat tersebut,” katanya sambil menambah bahawa pelancaran tabung tersebut di peringkat Kelantan dijadual berlangsung pada Oktober depan.

Menurut Md Zulaimi lagi, perlancaran tabung di Lembah Kelang dijadual pada 14 November nanti di Stadium Bangi, Selangor yang akan disempurnakan oleh Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Sebelum ini dilaporkan tuntutan royalti minyak Kelantan dianggarkan bernilai lebih RM800 juta setahun sejak 2005 dan sehingga tahun ini. Jumlah terkumpul dianggarkan sebanyak RM4.8 bilion.

Kerajaan negeri Kelantan mendakwa Petronas melanggar Akta Pembangunan Petroleum (PDA) 1974 kerana tidak membayar royalti, hasil daripada minyak dan gas di perairannya dan di kawasan laut yang bertindih di antara Kelantan-Thailand, Kelantan-Vietnam dan Kelantan-Terengganu.

Berikutan itu, Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga pesuruhjaya PAS Kelantan telah memfailkan saman terhadap Petronas di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 30 Ogos lalu

30 thoughts on “BIOR BETOI YOP!

  • September 23, 2010 at 9:46 AM
    Permalink

    Kalau dah gelaran “Serambi Mekah” diberikan kepada negeri Kelantan, buat apalah membazir wang nak buat sembahyang hajat di Mekah. Buat ajelah kat Serambi Mekah! Sesungguhnya membazir itu adalah perbuatan syaitan.

    Reply
    • September 24, 2010 at 9:48 PM
      Permalink

      salam saudara,sesungguhnya mengambil harta hak milik orang lain lebih azab di sisi Allah swt…

      Reply
      • September 27, 2010 at 7:24 PM
        Permalink

        menyerupai puak khawarij yg.memerangi ulil amri dari kalangan orang islam lagi teruk azab…hak milik itu hanya dapat ditentukan oleh mahkamah..bukan mahkamah pentas ceramah sialan pas !!!

        Reply
        • September 29, 2010 at 10:12 PM
          Permalink

          mahkamah kangeroo.hehe

          Reply
  • September 23, 2010 at 11:06 AM
    Permalink

    Ini kerana bersembahyang di sana mungkin mereka sangka akan lebih afdal dan doanya dimakbulkan. Tapi kalau inginkan royalti minyak semata-mata kerana tamak haloba dan bukan untuk membangunkan negeri, mungkinkah doa itu dimakbulkan kerana niat pun dah tak baik?

    Reply
    • September 24, 2010 at 9:50 PM
      Permalink

      salam, dah hak milik orang lain mengapa nk disekat lg….siapa yang tamak sekarang

      Reply
      • September 27, 2010 at 7:27 PM
        Permalink

        membazir wang rakyat 400k untuk pergi berdoa adalah membazir..Lebih-lebih lagi bukan doa untuk kebaikan umat islam,.agama dan nasib bangsa TETAPI UNTUK NIKMAT DUNIAWI YG.BUKAN MILIK KAMU !!!

        Reply
        • September 29, 2010 at 10:14 PM
          Permalink

          Macam di Terenggnu

          Reply
  • September 23, 2010 at 1:37 PM
    Permalink

    gila sungguh Pas memberi presepsi bahawa Allah tu susah nak mnendengar doa hambanya kalau bukan di mekah….gila ke apa

    Reply
    • October 11, 2010 at 10:27 PM
      Permalink

      kah kah belajar ugama ke kamu nih?

      Reply
  • September 23, 2010 at 3:21 PM
    Permalink

    Daripada jual kupon baik buat “walkahton”

    Reply
    • September 29, 2010 at 10:16 PM
      Permalink

      Setuju buat walkahton. Dapat tenguk punggung bergolek.

      Reply
  • September 23, 2010 at 5:46 PM
    Permalink

    aik, baru dapat RM4bilion kelmarin, masih nak mintak derma lagi? apa punya kayaplah PAS ni ya?

    Reply
  • September 23, 2010 at 8:34 PM
    Permalink

    lalalalalala…

    Kalau betullah mereka golongan teranianya
    …bermunajat kat mana pun Allah terima.
    Tapi kalau tamak haloba nak peghabihkan duit….lalalalalala
    bawak ler 1000 ulama’ pun….

    Reply
  • September 23, 2010 at 10:04 PM
    Permalink

    semua jadi gila pasal duit……duit……duit.

    Reply
  • September 24, 2010 at 3:49 AM
    Permalink

    TEMAN DAH NAIK JELAK BILE SEBUT AJE PAS. DARI DULU TAK ADE LAIN..KEROJENYE ASIK ASIK MINTAK SEDEKAH AJE.. KALAU KAT CERAMAH..MINTAK SEDEKAH GUNA KETAYAP .. KALAU 3 KETAYAP DITADAH, 2 KETAYAP AJE YANG SAMPAI.. KALAU KAT INTERNET PULAK..SKIM CEPAT KAYA KONON…. .. KALAU GUNA POS PULAK..SURAT BERANTAI.. KALAU GUNA PARTI PULAK..SUMBANGAN JIHAD KONON.. KALAU MASUK KAMPUNG PULAK..NAK BINA MASJID… MEMANG KEBULOR MAKAN DUIT SEDEKAH ORANG .. MEMANG KUAT MENIPU … NO.1 PALING TAK BOLEH CAYE ..TUKANG KUTIP DUIT LER.. ..MUNGKIN SKANG MAKAN BESO SIKIT..SUMBANG2 TAK MAIN LER…. DENGOR CITER DAH ADE YANG SANGGUP DERMA SAMPAI 4 BELIUN… JOLI KATAK LER TOTOK BAI PEMIMPIN ATASAN PAS.. AHLI BAWAHAN PAPA KEDANA JUGE… DAPAT HAMPAS AJE..

    Reply
  • September 24, 2010 at 2:24 PM
    Permalink

    kepada saudara2 islam….

    bagus sembahyang di masjidil haram…pahala berlipat2 ganda….tapi dalam islam doa mmg senjata……sungguhpun begitu ALLAH kata pada manusia berusahalah….berusaha dan berusaha dan kemudian senantiasa berserah…tapi kalau berserah dan berserah dan doa dan doa usaha takder….hmmm…

    saya penah tanya soalan ini pada seorang guru…kenapa ALLAH begitu kasih pada Nabi Muhammad SAW…..malah baginda ialah penghulu segala manusia…diangkat oleh ALLAH kedudukan baginda diatas nabi dan rasul yg lain…..jawapan dia…Nabi Muhammad SAW senantiasa berusaha dan tidak mudah putus asa dan tidak cepat berserah pada ALLAH sebelum sehabis usaha….berbanding nabi lain…Nabi Muhammad di ludah, dibaling dan dhina, patah gigi berperang,berlapar, berpenat, anak lelaki meninggal dunia, dan banyak lagi….Baginda tidak pernah meminta ALLAH menghukum umatNYA malah Baginda berdoa supaya ALLAH tunjukkan jalan yg lurus pada umatnya…semua doa baginda ialah berkaitan dengan rahmat dan kebakaikan..bukan kecelakaan dan kemusnahan atau pecah perut saudara islam….

    kalau kita bisa berbicara ngn org dah mati pasti dia akan kata, berusahalah…..bukan hanya salahkan takdir…pasrah sebelum sehabis usaha…

    jgn jiwa kecil kerana islam berjiwa besar, tetapi Nabi Muhammad dah kata, di akhir zaman, 73 jalan islam satu jer betul..malah umat Muhammad yang ke syurga pun amat sedikit….kalau doa di masjidil haram dipimpin dan diaminkan berjuta jemaah dah banyak dibuat(afghanistan, iraq, palestin
    di ceroboh)……tapi ALLAH tidak kabulkan kalau umat ISLAM sendiri tidak berusaha….malah berbunuhan sesama sendiri…malah membunuh ramai orang Islam lain, malah berpakat dengan kafir untuk teus menekan palestin….

    jadi…saya setujulah…kalau nak berdoa di masjidil haram…tapi usaha untu berbaik dan bersatu sesama ISLAM di malaysia tak buat….tak payah lah…ALLAH akan kabulkan doa rakyat kelantan kalau pemimpin mashyur kelantan nak bersatu atas nama ALLAH DAN RASULNYA….selagi tidak…doa la sampai putih janggut, usaha untuk mengundang rahmat dan berkat ALLAH tiada, tapi kelakuan mengungan kemurkaan ALLAH banyak sprti masih bergado, caci maki, bermusuhan, berpecah,dan byk lagi….what do you expect dari ALLAH?????

    Reply
    • September 24, 2010 at 9:53 PM
      Permalink

      salam saudara,saya setuju sgt soal bersatu atas nama islam….then skarang ni lh masenya kita bersatu atas nama ISLAM…..

      Reply
      • September 27, 2010 at 7:31 PM
        Permalink

        BERSATU? KO TANYA KENAPA WALI AGONG PAS TU TAK MAHU BERSATU DENGAN KAUM SEBANGSA TETAPI BERPELUK NGAN KAPIR HARBI DAP?

        Reply
        • September 29, 2010 at 10:20 PM
          Permalink

          umgok bila dah nak mampous baru nak bersatu.

          Reply
  • September 24, 2010 at 9:56 PM
    Permalink

    Salam saudaraku sekalian, xusahlh kita nk bertinta masalah royalti ni….diluar pengetahuan kita semua pon….sal doa di mana2 pon xusahlh dipersoalkn…..tanya diri kita apakah kita semakin dekat dgn agama atau sebalilknya…bila kita dekat dgn agama….kita xakan mengambil hak orang lain…..insyallah.

    Reply
    • September 27, 2010 at 7:36 PM
      Permalink

      bila orang semakin dekat dengan agama:
      1)dia takut mencaci dan fitnah di pentas ceramah
      2)dia cinta untuk bersatu dalam satu ukhuwah
      3)dia tak gadai nama tuhan untuk digunakan agama lain
      4)dia mendahulukan hal akhirat dan nasib bangsa berbanding wang royalti yg.bukan hak nyer
      5)dll

      Reply
  • September 25, 2010 at 4:57 AM
    Permalink

    kalau dah berusaha dan tawakal pun masih tak dapat hak kita, bermakna Allah tak izinkan. mungkin ada hikmah disebalik nya. sebagai orang muslim yang beriman kena redha dengan ketentuan Illahi. Jika dipaksa juga mengikut hawa nafsu nescaya syaitan dan iblis turut bersama..

    Reply
  • September 25, 2010 at 4:03 PM
    Permalink

    Pakyeop oi.. ape cerite miker ni. Deme mintok derma nak munajat diMekah, nok baghi ke idok?? bukan deme pakse pun. Beduit bagi, tak der tak ngape. Kot ketayap lalu mase ceramoh, miker pejam mate ajer udoh ler,bukannye diseliginye miker, jangan ler dimaroh budok yang ngutip duit tu, takde nye kaye.. berape sen sangat koleksyen nyer pakyeop.. udoh-udoh ler tuh.

    Reply
    • September 27, 2010 at 8:26 AM
      Permalink

      betui juge kate tok guru teman kat kentan tue..name nye nikko ajiz ..
      dia kate “sape makan cabai tentu rase pedah nye” betui kan toktok bai..

      Reply
    • September 27, 2010 at 7:42 PM
      Permalink

      sampai bila terus dengan mentaliti mintak derma?
      sampai bila nak buka minda?
      orang lain dah tinggi teknologi tapi pas punya kemahiran hanya tebang balak?
      sampai bila terus nak mintak wang rakyat sedangkan rakyat kelantan banyak merempat di negeri orang?
      sampai bila bila nasib malang terus nak salahkan Umno?

      Reply
      • September 30, 2010 at 2:07 PM
        Permalink

        Yob Gen2, isu yang sebenornye deme cume memperjuangkan hok deme duit royalti minyak tuh. Teman semakin pelik kenape petronas tak nak bayo walhal termaktub dlm perjanjian. adakah kerana Kelantan di terajui oleh PAS, same kes macam di Terengganu ari tu… Yang rugi rakyat melayu islam PAS/UMNO di sana , inilah yang buat teman tak gemor… bangsa cina deme takkan buat benda sebegini, mereka bijok berpolitik.

        Reply
  • September 25, 2010 at 4:06 PM
    Permalink

    kalw labur rm 400,000 dapt balik rm 4.6 bil tak de masalah yop! jangn lah dengki!!!

    Reply
    • September 27, 2010 at 8:38 AM
      Permalink

      teman tau mike memang bijak melabor duit..baguh bebenor tu ..
      ape kate mike cube melabor kat kelab lumbe kude pulo pinang pulak
      untung dapat pahale pun dapat sebab 2juta teman dengor dah sedekah pade orang susah..
      cerah mase depan ..kalo lambat kantoi nanti..

      Reply
  • September 27, 2010 at 11:54 AM
    Permalink

    Ape ke hei dari derma lepaih ke melabor pulok pakyeop, tak elok mainkan name orghang yeop… usoh diikut puak bn/pr yang suke bebeno nukor name org lepaih tu bagi gelaran bebukan. Dpt dose kerin je yob..

    Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.