Bar Council – Suci Dalam Debu…

KUALA LUMPUR 20 Sept. – Dua peguam adik beradik yang ditahan reman bagi membantu siasatan berhubung kes bunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya sudah melantik peguam bagi mewakili mereka. Ravi Nekoo dari Hakemarabi & Associates dalam satu kenyataan hari ini berkata, anggota keluarga dua peguam berkenaan melantik peguam pada 12 September lepas. “Sejak itu kami sudah membentuk satu pasukan pembelaan,” kata Ravi, yang menjadi peguam jenayah dan sivil sejak 15 tahun lepas. Sabtu lepas, mahkamah membenarkan tempoh tahanan reman terhadap dua beradik itu dan seorang lagi suspek kes berkenaan dilanjutkan sehingga 25 September ini. – Utusan

Berikut adalah sedikit “profile” peguam yang dilantik oleh suspek…

“RAVI NEKOO (Partner)
1. Chairperson of the Bar Council Legal Aid Centre (Kuala Lumpur) 2007 – 2009
2. Committee Member of the Bar Council National Legal Aid Committee
3. Committee Member of the Bar Council Law Reform Committee
Ravi Nekoo has represented the Bar Council in various forums nationally and internationally presenting papers and participating as a facilitator. He has presented papers on the criminal justice system in Malaysia, rights of migrant workers, legal aid in Malaysia, detention without trial and the rights of disabled. Ravi Nekoo has also represented clients in public interest litigation concerning housing rights. Ravi Nekoo was also one of the lawyers assisting in the Royal Commission of Inquiry into the VK Lingam Video Clip. Ravi Nekoo is committed to legal aid reform in Malaysia and is currently working with the Bar Council and several government agencies in this area.”

Sebagaimana kita ketahui secara umum, peguam bela adalah berfungsi untuk membela anak guamnya daripada dakwaan yang telah dilaporkan terhadap anak guamnya. Peguam bela itu bertanggung jawab untuk membela anak guamnya sama ada anak guamnya itu sememangnya bersalah atau tidak. Sememangnya secara lazim dimana-mana mahkamah, peguam bela akan cuba sedaya upayanya untuk menyelamatkan anak guamnya dari sebarang hukuman atau sekurang-kurangnya mengurangkan hukuman yang bakal diterima anak guamnya sekiranya disabitkan kesalahan oleh pihak mahkamah. Itu yang umum tahu tentang profession seorang peguam.

Apa yang kita kurang tahu ialah sememangnya undang-undang sivil ini sememangnya hanya sangat sedikit sekali mengambil berat tentang moral. Undang-undang ini masih mementingkan moral, namun sangat sedikit kaitannya. Pelajar atau pengamal undang-undang pastinya tahu perkara ini ada “familiar” dengan diagram “Venn” yang mengaitkan undang-undang dan “morality”. Pembaca boleh melihat diagram seperti tertera di atas dan hanya kawasan yang bertindih sesama bulatan itu sajalah yang menghubungkaitkan di antara undang-undang dan moral. Sangat sedikit sekali kaitannya, bukan?

Persoalannya, apakah pengamal undang-undang, terutamanya peguam bela di negara ini “tidak” atau “kurang bermoral”? Cuba fikirkan sejenak tentang perkara ini…

Sememangnya undang-undang dicipta manusia punya kelebihan dan kekurangan. Tujuan undang-undang dicipta adalah untuk keadilan. Konsep “keadilan” diertikan sebagai “meletakkan sesuatu kena pada tempatnya”. Jika undang-undang mendapati tertuduh bersalah, maka hukuman akan dikenakan. Namun, untuk mengelak dari orang yang tidak bersalah dihukum atau terainaya oleh si pengadu, maka disinilah peguam bela memainkan peranannya. Begitulah serba sedikit tentang konsep perundangan secara asas.

Penulis sejak dahulu lagi “kurang” menggemari profesyen “guaman”. Walaupun pernah ditawarkan untuk mengambil kursus perundangan suatu masa dahulu, penulis kurang berminat. Kenapa? Penulis merasakan bahawa profesyen ini boleh diibaratkan seperti “suci dalam debu”!

Sebagai contoh, peguam bela pastinya akan berkomunikasi dengan anak guamnya yang didakwa melakukan kesalahan itu dan ini. Selalunya, peguam bela akan meminta agar anak guamnya itu menceritakan secara jujur dan tepat kronologi kes yang dikendalikan serta latar belakangnya. Segalanya perlu diceritakan kepada peguam bela secara jujur. Jika anak guamnya menipu peguam belanya, adalah agak sukar untuk peguam bela itu melaksanakan strategi pembelaannya.  Begitu juga dengan fakta kes. Fakta kes yang mengelirukan mampu menentukan “hidup mati” si tertuduh berkenaan. Justeru itu, tidak hairanlah jika kebanyakkan peguam bela akan dapat mengetahui sama ada anak guamnya itu sebenarnya bersalah atau tidak!

Namun, sudah tugas peguam bela untuk membela si tertuduh. Walaupun peguam bela itu tahu bahawa anak guamnya itu bersalah, dia terpaksa juga membela si tertuduh. Dalam ertikata moral, “berkata palsulah, walaupun pahit”! Namun begitu, oleh kerana tidak dibenarkan sesiapa pun menipu di dalam mahkamah, maka si peguam bela akan berhempas pulas untuk mencari kelemahan fakta kes, mengelirukan juri, menyanggah kesahihan saksi, membuat provokasi, membuat “spin maut” dan sebagainya, asalkan anak  guamnya terlepas dari hukuman.

Sebagai contoh, pada kes liwat I Anwar Ibrahim, hakim mahkamah sebulat suara mengesahkan bahawa Anwar Ibrahim ada melakukan aktiviti liwat. Namun, di atas kekeliruan teknikal pada masa kesalahan itu dilakukan, maka kes itu terpaksa dibuang begitu sahaja. Selain itu pertuduhan kes juga membantu Anwar terlepas pada kes liwat I nya dahulu. Mungkin sebab itu pada kes liwat II Anwar – Saiful kali ini, pertuduhannya adalah sama ada “memaksa liwat atau liwat suka sama suka”. Ini adalah untuk mengelak dari kes ini dianggap tidak relevan oleh mahkamah.

Bar Council atau Majlis Peguam adalah gabungan terbesar peguam-peguam di negara kita. Kita tidak dapat nafikan bahawa Majlis Peguam sangat penting kepada pembangunan khidmat guaman di Malaysia. Malah Majlis Peguam ini boleh dikatakan mewakili sebahagian besar “pengamal undang-undang” tanahair. Majlis Peguam ini dilihat benar-benar arif tentang perundangan negara dan begitu aktif menegakkan keadilan dinegara ini. Penulis masih ingat slogan “the hammer of justice” yang terpampang di pintu masuk “School of Law” ketika di universiti dahulu. Gerun juga jika di”ketuk” dengan “penukul” keadilan ini!

Semenjak dua menjak ini, Bar Council semakin terpesong dari landasan sebenar penubuhannya. Sebagai contoh, bekas ketuanya, Ambiga, yang pernah mencetus konstroversi menganjurkan forum berkaitan persoalan “murtad” dari segi perundangan. Ambiga yang bagaikan cuba menarik pengaruh dan publisiti murahan itu tetap melangsungkan majlis itu walaupun majlis itu mendapat bantahan melalui demonstrasi yang hampir mencetus ketegangan. Dari segi moral, Ambiga ternyata cuba mencabar sensitiviti agama di negara ini dan tidak mempedulikan moral masyarakat Islam. Dalam pada yang sama juga, Ambiga dikatakan sering dilihat menyertai majlis-majlis pembangkang dan turut ber”ceramah” di pentas politik. Penulis berharap agar Presiden Bar Council, Ragunath Kesavan membuka mata luas-luas terhadap aktiviti-aktiviti anak-anak buahnya yang sebok dengan akitiviti politik. Ada yang jadi “penceramah”, malah ada juga yang menjadi “Setpol”!

Namun, penulis pelik. Mengapa Bar Council masih lagi cuba membela penjenayah walaupun mereka tahu sememangnya anak guamnya itu terang-terang bersalah sewaktu di luar dewan mahkamah lagi. Jika iya pun mahu “cari makan” dengan yuran guaman yang mahal, apakah caranya dengan “melacurkan” keadilan yang sepatutnya mereka tegakkan? Secara moralnya, peguam bela itu tahu bahawa  keadilan itu lebih berharga dari wang ringgit dari penjenayah itu, apakah peguam bela itu sanggup menjual keadilan itu begitu saja? “Hammer of Justice” jenis apakah ini? Ini namanya “Hammer of Money”!

Sebagai contoh, sekiranya tertuduh yang sebenarnya bersalah itu dapat dibuktikan mempunyai “alibi” (walaupun alibi palsu yang dibuat-buat oleh saksi palsu), pastinya tertuduh akan terlompat-lompat kerana dia pastinya akan didapati tidak bersalah. Jika peguam bela itu dapat menimbulkan keraguan pada masa yang didakwa berlakunya kesalahan tersebut, pastinya anak guamnya akan tersenyum riang dan akan “melambai-lambaikan tangannya kepada penyokong-penyokongnya walaupun dengan leher berbalut”. Pastinya tertuduh yang bersalah itu akan berkata “inilah konspirasi jahat peringkat tertinggi”!

Penulis enggan mengulas lanjut tentang pendakwaan kes Datuk Soosilawati ini kerana tidak mahu menggangu sesi pendakwaan mahkamah. Namun, penulis ingin menyatakan bahawa Bar Council sudah “tercemar kesucian”nya dengan membenarkan ahlinya melakukan pembelaan terhadap suspek dalam kes ini. Penulis tidak melarang mana-mana peguam untuk membela suspek utama dan suspek-suspek lain. Namun, penulis mencabar Bar Council untuk menghentikan pembelaan kepada semua suspek kes ini sekiranya mereka tahu bahawa anak guamnya itu bersalah dan bertanggungjawab dengan jenayah ini. Jika tidak, elok bubarkan saja Majlis Peguam kerana ianya sudah tersasar jauh dari tujuan asal “legal practice” yang sebenar.

Penulis bukan cuba untuk menghina atau menyalahkan semua pengamal perundangan di Malaysia. Sekiranya penulis ada terkasar bahasa atau tersilap, harap dimaafkan. Penulis bukannya jutawan untuk disaman berjuta-juta. Penulis cuma memberikan pandangan dengan semangat “freedom of speech”. Namun, penulis teringat kata-kata ustaz yang pernah memberi tahu penulis bahawa “hakim yang zalim adalah antara yang terawal akan dihumban ke dalam api neraka”. Penulis terfikir, bagaimana pula dengan peguam yang mendorong hakim tersebut untuk memberikan “judicial precedent” yang zalim? Tentunya lebih awal diterajang masuk neraka…Wallahua’alam.

16 thoughts on “Bar Council – Suci Dalam Debu…

  • September 20, 2010 at 11:45 PM
    Permalink

    semua peguam automatik jadi ahli Majlis Peguam, takde pilihan dah..Majlis Peguam ni pulak ada kuasa untuk gantung lesen guaman, kira powerlah..sapa tak sebulu dengan dia dan aspirasinya memang tak bleh cari makan dalam bidang guaman di Malaysia.

    Majlis Peguam elok tukar jadi Parti Peguam Malaysia (PPM(, lambang rambut palsu hakim..tentu banyak sambutan..

    Reply
  • September 21, 2010 at 12:06 AM
    Permalink

    biasalah pembela jenayah adalah penting bagi mereka

    Reply
  • September 21, 2010 at 12:32 AM
    Permalink

    Suci dalam debu
    Bak hiris sembilu
    Termangsa dibisu
    Pedih sendiri tahu

    Focuskan saksama
    Keadilan diutama
    Fakta kes diterima
    Dengan bijaksana

    Proses bicara lalui
    Pendakwaan teliti
    Bukan sesuka hati
    Curiga mesti jauhi

    Dikala duit diperlu
    Yang dibela setuju
    Kemenangan mahu
    Kurang wang kedu

    Reply
  • September 21, 2010 at 1:10 AM
    Permalink

    Peguam pembela akan bela pembunuh sekalipun dan lakukan apa saja untuk lepaskan pelanggannya.

    Langsung tak bermoral, tak beretika dan bersekongkol dengan penjenayah.

    Reply
  • September 21, 2010 at 8:21 AM
    Permalink

    menang dapat duit kalah pun dapat duit

    Reply
  • September 21, 2010 at 8:32 AM
    Permalink

    kapalsink pun mesti ada share dengan loyer ni…

    Reply
  • September 21, 2010 at 12:37 PM
    Permalink

    silap tajuk tu… bukannya suci dalam Debu Tapi “SUCI DALAM TEPUNG” biasalah dalam majlis peguam ni ramai india yang anti kerajaan.. org india mana suka debu tapi dia suka tepung- yang diulinya menjadi roti canai …. hehehehe

    Reply
  • September 21, 2010 at 12:45 PM
    Permalink

    Pernah Persara Polis mengatakan di dalam Penjara ada 500 orang.. tetapi di luar sana ada 5000 orang penjenayah yang masih bebas..kerana jamin Polis ( kerana siasatan belum lengkap atau menunggu arahan pejabat peguan Negara untuk tuduh atau tidak ) dan Jamnan oleh Mahkamah sementara menunggu perbicaraan( Dalam tempuh tersebut apa Penjenayah buat ?…tentu la jenayah sebab itu kerja harian mereka.. nak bayar fee peguam dan keluarga) atau di bebaskan oleh mahkamah kerana tak cukup bukti atau Pengadu tidak berminat kes tersebut kerana mengambil masa yang terlalu lama mc kes “liwat” tu da 2 tahun ahsyik tangguh2……..Akhir rakyat akan salah kan Polis……..Kerajaan…senang cite banyak jenayah dan polis ada buat tangkapan yang untuk pihak yang membela…periuk nasi tak pernah kontang…Moral itu mereka tak ambil peduli….

    Reply
  • September 21, 2010 at 8:57 PM
    Permalink

    Silap tu tajuknya….bukan suci dalam debu….bukan jugak suci dalam tepung….tapi…” ARANG TERJUN TEPUNG “……barulah kena ! hehe

    Reply
  • September 21, 2010 at 10:56 PM
    Permalink

    memang dia orang ni celaka besar dah lama dah…….tapi zaman tun M dulu dia orang tak berani sangat……….sekarang ni bukan main lagi terutama sekali uang gelap dan yang mata sepet tu ….dah berani hasut hasut dan memburukan negara sendiri ……….

    Reply
  • September 22, 2010 at 1:10 PM
    Permalink

    Kita mahukan pemimpin yang tegas dan ultra-Melayu macam Tun Dr Mahathir.

    Reply
  • September 22, 2010 at 1:33 PM
    Permalink

    macam Karpal pun dulu menyalak kes nuar(masa tu TPM) meliwat Azizan tapi sekarang jadi pembela nuar pulak. memang bai ni suka kes main belakang.

    Reply
  • September 22, 2010 at 5:15 PM
    Permalink

    Andai kata Datuk Lawyer pembunuh Sosilawati dan rakan2 terlepas dari hukuman? ……

    Reply
  • September 22, 2010 at 8:39 PM
    Permalink

    Akbar Metro dan Thee Star hariu ini ( 22/09/2010 ) ada lapuran Pemilik Karaoke pun saorang peguam ugut penguatkuasa di Kuching, sarawak….patut pun Polis takut nak buat checking di premis tersebut sebab takut di ugut dan di tukar jika peguam tu buat lapuran…kat banting kes pun saman.. mereka kebal undang2, tohmahan mereka berbisa…orang atasan polis akan percaya kini sejak 2 menjak kejadian kes sosilawati polis mungkin berani ” sikit ” agaknya..tp hangat2 tahi ayam aja polis ni…ada menteri hanya beria ‘ amaran “..Menteri amaran diraja malaysia

    Reply
  • September 22, 2010 at 9:06 PM
    Permalink

    majlis tu ‘kuat’ kerana melayu lemah…bila melayu lemah,,pentadbiran yg.diterajui melayu boleh dipijak sesuka hati beralas dan berdindingkan undang2.

    Reply
    • September 24, 2010 at 10:47 AM
      Permalink

      Betul..
      Kerana itu Melayu perlu bersatu!

      Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.