Anwar tak mau Presiden, dia nak jadi Perdana Menteri…

Anwar hari ini mengeluarkan kenyataan untuk menolak sebarang pencalonan ke atasnya didalam pemilihan PKR. Ini menimbulkan pelbagai reaksi berbeza dari ahli PKR yang mahukan Anwar dicalonkan sebagai Presiden parti tersebut.

Ramai ahli-ahli PKR masih kurang faham, bukan jawatan Presiden PKR yang dikejar oleh Anwar. Jika dia mahukan jawatan tersebut, sudah lama disuruhnya Wan Azizah turun tahta dan digantikan olehnya seperti mana yang dilakukannya pada kerusi Parlimen Permatang Pauh.

Anwar sebenarnya lebih berminat untuk mengisi jawatan Perdana Menteri Malaysia. Inilah satu-satunya cita-cita yang masih belum mampu direalisasikan oleh Anwar semenjak dia menyertai politik.

Bagi Anwar, hanya kedudukan sebagai Perdana Menteri sahaja yang boleh menghapuskan segala kesalahan serta tingkah laku sumbangnya. Dan yang paling penting, Anwar akan dapat menghapuskan kes mahkamahnya yang sedang berlangsung jika dia dapat menguasai Putrajaya selepas PRU13 nanti.

Jadi, apa perlu Anwar bersusah payah memikirkan tentang jawatan dalam PKR? Parti itu hanya ditubuhkan semata-mata untuk membebaskannya dari penjara sahaja suatu ketika dulu. Dan kini, PKR bagi Anwar langsung tak membawa apa-apa erti lagi selain dari alat politik untuk membodohkan rakyat.

Anwar tahu, isterinya tak akan mampu membawa PKR pergi jauh. Dan nasib PKR pasti akan gelap jika Pakatan tak berjaya menumbangkan Barisan Nasional pada PRU akan datang. Sebab itulah fokus Anwar ketika ini ialah kepada DAP dan PAS.

Ramai yang tak menyedari bahawa Anwar kini sibuk mencaturkan strategi untuk DAP dan PAS menarik sokongan rakyat. Manakala, PKR didiamkan kerana sokongan orang ramai kepada parti tersebut kian luntur terutamanya setelah penghijrahan besar “orang-orang kuat” parti ke dalam UMNO dan menjadi ahli bebas.

Anwar lah yang menyarankan supaya wakil-wakil DAP mendekati orang melayu/Islam melalui masjid serta surau. Dan Anwar jugalah yang mencadangkan supaya PAS berlembut dengan orang kafir terutamanya didalam polisi undang-undang Islam mereka.

PRU13 adalah merupakan peluang terakhir Anwar untuk menakluk Putrajaya sekaligus menjadi Perdana Menteri. Dan jika dia gagal melakukannya, karier politiknya bakal terkubur buat selamanya…, begitulah juga dengan PKR!

6 thoughts on “Anwar tak mau Presiden, dia nak jadi Perdana Menteri…

  • September 14, 2010 at 6:58 PM
    Permalink

    Tapi DAP bukan mudah diperkotak katikkan. Dah sekian lama mereka jadi pembangkang, mereka tidak perlu tergesa2 macam Anwar.

    Reply
  • September 14, 2010 at 7:39 PM
    Permalink

    Perdana Menteri apa kalau dah ada tabiat merodok lubang kunyit? Habis semua lelaki jambu dirodoknya nanti. Cifut?

    Reply
  • September 14, 2010 at 7:53 PM
    Permalink

    Lalalalalalalalala
    ….memang lawak pemuja Peliwat nie..
    Soalan asas masih tak berjawab…

    Si PUNAI @ Peliwat nie dah jadi ahli PKR ker??

    Lalalalalalalalalalala…………………

    Reply
  • September 14, 2010 at 9:20 PM
    Permalink

    jawatan presiden ni boleh ditandingi mengikut prinsip demokrasi sedangkan anwar disebalik imej sebagai pejuang demokrasi, mahu kekal menjadi ketua sebenar PKR dengan nama Ketua Umum tanpa dapat dicabar sesapa.

    Reply
  • September 15, 2010 at 7:59 AM
    Permalink

    patut lah dia asik tangguh kes liwat saiful tuh….dia punya plan kalau dapat tangguh sehingga PRU13 dan ditakdirkan dia menang, maka mudahlah dia guna kuasa untuk gugur kes…

    tapi kalau kalah, maka dia hanya akan jadi PM kekal negeri sungai buluh.

    Reply
  • September 15, 2010 at 10:57 AM
    Permalink

    Di Malaysia ada 3 jenis gulungan Melayu :

    1. Tak ingat Tuhan , tak takut mati.
    2. Ingat Tuhan, takut mati.
    3. Ingat Tuhan, ingat mati.

    Tekalaa orang yang macam yang maksudkan. Anda dalam gulungan yang mana?

    Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.