Anwar Pengurus Kempen Azmin, Lawak!!

Semalam Zaid Ibrahim meluahkan kekecewaannya berhubung beberapa tindakan ahli PKR yang didakwanya cuba menjatuhkannya dalam kempen untuk merebut jawatan Timbalan Presiden PKR dalam pemilihan PKR akan datang yang dijangka turut ditandingi Naib Presiden PKR sekarang, Azmin Ali.  Ia diikuti pula oleh ‘sumpah taat setia’ 20 orang ahli Parlimen PKR ke atas pencalonan Azmin ke jawatan tersebut, sudah tentu menambah duka yang terpaksa ditanggung Zaid.

Hari ini dilapurkan pula disini bahawa Azmin telah melantik Anwar sebagai Pengurus Kempennya!!  Wah, ini sudah terbalik, bagaimana pengasas sebuah parti, pemegang jawatan yang tidak boleh dicabar dalam mana-mana pemilihan PKR malah mata lebamya dijadikan lambang parti boleh dilantik pulak oleh seorang yang bertaraf pemimpin biasa sebagai pengurus kempen?

Jika berita ini benar (kita yakin benarlah), ini sekadar mengesahkan pengaruh Azmin ke atas Anwar yang menjadi bahan bualan warung-warung politik sebelum ini.  Mungkin Azmin terlalu terdesak untuk menjadi Timbalan Presiden tetapi tidak mempunyai dana seperti mana yang dimiliki Zaid, maka itu dia memilih Anwar sebagai Pengurus Kempennya bagi mematikan langkah sesiapa juga yang ingin menentangnya.  Dengan Anwar sebagai Pengurus Kempen, pemilihan yang akan datang (kalau ada) tidak lebih daripada formaliti sahaja kerana kita sudah sedia maklum siapa yang akan menang.  Bahkan dengan anwar sebagai Pengurus Kempen, kita tak rasa siapa pun akan mencalonkan diri  kerana tidak mahu dilihat secara tidak langsung menderhaka kepada anwar ibrahim.

Parti Keadilan Rakyat Malaysia ini (setelah penggabungannya dengan PSRM) adalah satu-satunya parti yang tidak mempunyai matlamat yang jelas, seperti mana biasa penubuhan sebuah parti politik melainkan untuk memperjuangkan individu bernama Anwar Ibrahim yang ketika di awal penubuhannya, berusaha keras untuk membebaskan anwar dari penjara.  Setalah anwar dibebaskan pada 2004 melalui campur tangan Perdana Menteri ketika itu, Abdullah Badawi, hala tuju PKR berubah kepada meletakkan anwar sebagai Perdana Menteri Malaysia.  Pendek kata semuanya berkenaan Anwar dan Anwar semata-mata.

Jadi sebagai sebuah parti Anwar Ibrahim, apakah kita mengharapkan ada pihak yang berani mencalonkan diri menentang Azmin Ali?  Itu umpama menghulur leher ke dalam tali gantung dan secara tidak langsung menamatkan karier politik mereka di dalam PKR.  Dan apakah bentuk moral demokrasi yang boleh kita pelajari daripada PKR apabila amalan melantik Ketua Umum sebagai Pengurus Kempen diterima sebagai amalan politik biasa.  Adakah ia memberi keadilan kepada calon yang berminat untuk bertanding?

Jika Azmin mempuyai pengaruh sedemikian ke atas anwar ibrahim, apakah faktor yang membolehkannya berlaku?  Jika kesetiaan jadi ukuran, Ezam juga tidak kurang taat setia kepada anwar ibrahim termasuk keluar masuk penjara di dalam membela anwar ibrahim, itupun tersepak keluar juga.  Jika kita semua masih ingat, antara 50 dalil yang dikandung sebuah buku yang membawa kepada kejatuhan anwar ibrahim dulu ialah mengenai tuduhan adanya hubungan Anwar dengan Shamsidar Taharin (isteri Azmin) sehingga membawa kepada kelahiran seorang anak perempuan.  Walaupun ujian DNA yang diadakan kemudiannya membuktikan sebaliknya, tidak kurang pihak yang meragui kesahihan ujian tersebut kerana ketika ujian dijalankan, anwar masih lagi seorang Timbalan Perdana Menteri yang dilihat bakal menggantikan Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohammad!!  Belum lagi disebut sikap Anwar yang suka masuk campur urusan polis seperti yang dibuktikan dalam kes salah guna kuasanya.

Kita tidak mahu menuduh tapi indikasi-indikasi seperti ini sekadar membuktikan kepada isu yang pernah berbangkit sebelum ini sebab kita tahu siapa anwar dalam PKR.  Hubungan istimewa Anwar-Azmin ini pernah dipersoalkan banyak pihak terutama bekas pemimpin PKR seperti Ezam dan Dato Nallakarupan, bukan UMNO atau BN pun.  Bukan sekarang saja pun malah tindakan mengenepikan Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim sebagai Pengerusi PKR Selangor bagi memberi jalan kepada Azmin, sudah jelas menunjukkan kepada siapa anwar berpihak.

Jika inilah bentuk pembaharuan yang dicanangkan anwar ibrahim untuk politik malaysia – menggunakan pengaruh peribadi ke atas orang yang ‘disayangi’, kita mengajak semua rakyat agar menolak kepimpinan seperti ini.  Jika anwar sibuk mempersoalkan keadilan semua yang disekelilingnya, bagaimana dia melihat dengan meletakkan dirinya sebagai Pengurus Kempen Azmin, boleh mendatangkan keadilan kepada pihak lain yang berminat untuk bertanding jawatan yang sama?  Dia sibuk menuduh pemimpin UMNO/BN ada kroni moni sana sini tapi dia sendiri ada favoritismenya tersendiri, dan dalam kes ini Azmin.

Inilah yang kita biasa dengar sebagai cakap tak serupa bikin.

Adamyan

Hidup mesti berprinsip

9 thoughts on “Anwar Pengurus Kempen Azmin, Lawak!!

  • September 7, 2010 at 12:16 PM
    Permalink

    Gelinya melihat kekasih hati Al Jub memapahnya dengan penuh kasih sayang gay.

    Reply
  • September 7, 2010 at 1:19 PM
    Permalink

    Selain Azmin yang berjaya memperbodohkan anuwar, khalid ibrahim juga amat bijak dalam soal ini. Bayangkan seorang ketua umum mengangkat sumpah taat setia kepada khalid gagap selepas dilantik sebagai punahsihat ekonomi negeri

    Reply
  • September 7, 2010 at 1:25 PM
    Permalink

    macamana tak cayang kan ke si azmin ni teman GITU GITU nya!!!!!!!!!

    Reply
  • September 7, 2010 at 2:34 PM
    Permalink

    Ie ke? mak aiii…gila babi Anuar ni…Laki – Bini dia balun…aduhlahai…aduhsaliha

    Reply
    • September 7, 2010 at 6:53 PM
      Permalink

      Dari dulu..
      orang UMNO ckp mcm dekat PKR..
      Parti carca marba-
      parti kian retak-
      tp yg jelasnya PKR bertambah kuat nmpaknya….

      biasalah kalau dah 4–5 orang defect…
      dah nama parti serpihan UMNO…
      jadi perangai busuk UMNO tu mmg susah nak buang….

      SEMOGA PKR BERJAYA..
      BERSAMA PAS DAN DAP…
      MENUMBANGKAN PARTI PERKAUMAN DAN PENYEBAR FITNAH TERBESAR NEGARA INI,,,,
      HANCUR UMNOOOO!!!!! HANCUR APNO ( APCO + UMNO)

      Reply
      • September 13, 2010 at 8:57 PM
        Permalink

        teruskanlah bermimpi wahai madirpencen….minda tertutup ko tak membenarkan ko melihat reality bahawa fuckatan sedang hancuurr !!! melayu dah geli nak undi pas bilamana kamu terus berahi menjilat lge…melayu dah stop undi pas bila kalimah Allah kamu jual di gereja…melayu marah bila doa kamu untuk kesejahteraan kapir harbi dan masjid dipijak pompuan kotor lagi najis..melayu selangor hilang kepercayaan pada pas bila kilang calsberg masih berdiri dan hasan ali tak berani dengan ronnie liu..

        Reply
      • September 13, 2010 at 8:59 PM
        Permalink

        melayu dah beramai-ramai tinggalkan parti dua alam pKr kerana geli melihat anuar dengan kepentingan 3A nya…

        Reply
  • September 7, 2010 at 8:53 PM
    Permalink

    senang cerita sapa tak dapat restu anwar peliwat tegar ….akan dikuburkan zaid mabuk dah mula menyesal…hehehehe, dia ingat anwar peliwat tegar amat menyayangi dia, mungkin ketika dalam kerajaan anwar peliwat tegar ini memberi kata2 rangsangan cinta buat zaid untuk menjadi bonekanya…namun jika isteri dan dubur tak diserahkan kasih sayang anwar peliwat tegar tidak dapat diraih….

    Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.