Khairy Dipersilakan Keluar UMNO Bila-Bila Masa

Share


Cara berpakaikan Ketua Pemuda UMNO Malaysia ketika membentangkan hasil makmal Pemuda BN kepada YAB Perdana Menteri semalam sekadar menunjukkan bahawa Pemuda UMNO sememangnya tenat. Dengan baju hitam yang sendat ala remaja masakini, Khairy tidak mungkin dapat memberi satu dinamisma kepimpinan Pemuda UMNO yang diharapkan. Cara berpakaian, cara duduk dan cara beliau bereaksi terhadap sesuatu komen dan pandangan sama seperti budak-budak remaja bandar yang hidup penuh berpoya-poya.

Bukan pakaian menentukan kualiti kepimpinan seseorang. Namun jika penampilan luaran sahaja sudah melucukan, ditambah lagi dengan kerosakan yang Khairy telah buat kepada negara dan parti sebelum ini apa lagi yang Pemuda UMNO dapat harapkan?

Justeru apabila Khairy mengatakan bahawa lebih baik beliau keluar UMNO jika ramai ahli UMNO lebih berminat menyertai Perkasa, jawapan terbaik kepada Khairy ialah “silalah keluar sekarang juga”. Saya percaya 80% ahli UMNO akan gembira dan senang hati jika Khairy keluar dari UMNO. Pemuda UMNO sejuta kali akan menjadi lebih baik jika ia dipimpin oleh orang lain.

Apakah tahap kepimpinan Khairy apabila mengugut akan keluar parti jika ramai ahli UMNO menyertai Perkasa? Sepatutnya sebagai pemimpin Pemuda beliau mencari jalan memulihkan sokongan ahli terhadap parti. Sebaliknya beliau pula akan keluar pasti jika lebih ramai ahli parti tidak sokong parti. Khairy secara langsung menyatakan bahawa beliau tidak ada kesetiaan kepada parti UMNO. Beliau hanya setia kepada parti yang boleh menang dalam pilihan raya dan boleh beri beliau jawatan kabinet. Inikah jenis kepimpinan Pemuda UMNO hari ini?

EXCO Pemuda UMNO dan Ketua-ketua Pemuda UMNO Bahagian yang mendiamkan diri apabila Khairy mengugut untuk keluar parti sebenarnya bacul. Jika inilah tahap “kejantanan” para pemimpin Pemuda UMNO hari ini elok bubarkan sahaja Pemuda UMNO.

Khairy juga secara tidak profesional menambah hasil laporan Makmal Pemuda BN kepada Perdana Menteri tanpa memaklumkan kepada EXCO Pemuda UMNO Malaysia. Dua perkara yang tidak dibentangkan oleh Khairy dalam Mesyuarat EXCO Pemuda tetapi muncul dalam pembentangan kepada YAB Perdana Menteri ialah mengenai Akta Keselamatan Dalam Negeri dan Membenarkan para pelajar bergiat aktif dalam politik.

Beberapa EXCO Pemuda terkejut dengan perbezaan pembentangan Khairy semasa dengan Perdana Menteri berbanding semasa dibentang dalam Mesyuarat EXCO sebelumnya. Namun tiada siapa berani mempersoalkannya. Semuanya seolah-olah mahu menjaga kepentingan diri sahaja.

Sampai bila Pemuda UMNO mahu membenarkan Khairy terus mengugut untuk keluar parti? Khabarnya beberapa ahli Parlimen yang terhutang budi dengan Khairy dan Pak Lah akan mengugut keluar pasrti jika Khairy tidak diberi jawatan Menteri dalam rombakan kabinet akan datang. Apakah pemuda UMNO akan terus membenarkan Ketua Pemuda mereka bermaharajalela sehingga menjejaskan kepentingan UMNO?

Jika benar Khairy anak jantan sila nyatakan berapakah jumlah ahli UMNO yang menyertai Perkasa akan membuatkan beliau mengambil keputusan keluar UMNO. Saya percaya jika Khairy memberi angka tersebut, ia akan dicapai sekelip mata sahaja. Ramai ahli UMNO sedia menyertai Perkasa jika ia bermakna mereka boleh menyahkan Khairy dari tampuk kepimpinan Pemuda.

UMNO mungkin mempunyai kerusi Parlimen yang sedikit berbanding dahulu. Namun jika Khairy dan konco-konconya mahu mengugut UMNO dengan kaedah ini, silakan. UMNO tidak akan mati dengan pembelotan Khairy dan beberapa kerat ahli Parlimen yang menjadi konco-konconya.

Ingatlah, Allahyarham Onn Jaafar, “founder of UMNO” keluar parti pun, parti ini tidak mati. Justeru apalah sangat kalau Khairy dan beberapa kerat konco-konconya keluar parti menyokong Anwar Ibrahim.

Sebagai ahli Pemuda UMNO, saya berasa sangat terhina dengan ugutan Khairy untuk meninggalkan parrti jika parti ini semakin lemah dan tidak mendapat sokongan orang Melayu. Jika orang Melayu menyokong Perkasa bukan salah orang Melayu tetapi salah Pemuda UMNO di bawah Khairy yang gagal memahami aspirasi orang Melayu.

Apalah Bangsatnya kita Pemuda UMNO mempunyai Ketua yang mengugut akan tinggalkan parti jika parti terus lemah dan tidak mendapat sokongan orang Melayu. Inikah Ketua yang akan mengukuhkan parti?



40 thoughts on “Khairy Dipersilakan Keluar UMNO Bila-Bila Masa

  • August 29, 2010 at 4:11 am
    Permalink

    Eloklah dia letak cepat-cepat letak jawatan. Semakin hari semakin serabut aku tengok mamat ni..Pemuda UMNO macam kena ‘saka’ jer..

    Reply
    • August 29, 2010 at 8:57 am
      Permalink

      elok la cepat2 letak jawatan..ramai gie yg boleh buat keje..makin lama pemuda umno dah makin ilang taring sbb betuankan org yg lebih pentingkan periuk nasik sendiri..

      Reply
  • August 29, 2010 at 4:36 am
    Permalink

    Cara berpakaian, cara duduk dan cara beliau bereaksi terhadap sesuatu komen dan pandangan sama seperti budak-budak remaja bandar yang hidup penuh berpoya-poya.

    ala2 metroseksual gitu… hidup berpoyo2

    tak ade karisma..kemunculan awal dlm politik dulu pun bermula dngn demonstrasi jalanan. masa tu takde ribut takde ape, buat kecoh pd isu populis (isu israel masetu dan tindakan dia pun takde impak ape2 pun sebenarnya). tujuan dia berpolitik tak jelas dan tak konsisten, dia tak membesar dlm struktur masyarakat Malaysia khsusnya Melayu dan tidak hairan dia tak pernah faham aspirasi Melayu.. tak layak dalam Pemuda UMNO..itu cerita pasal kredibiliti sebagai pemimpin UMNO, cerita pasal songlap menyonglap belum dirungkai lagi

    Reply
  • August 29, 2010 at 4:49 am
    Permalink

    agak nya dia kasi “signal” kat PM, bila die bleh dok kabinet
    jawatan Ketua Pemuda tapi PM wat x nampak je
    alih2 ezam plak yg jadi anak emas
    malang sungguh KJ.

    dulu masa Pak Lah jdi PM
    bukan main lagi orang dok ampu dia
    malang sungguh KJ

    rasa nya dia x ckap pun nak lompat ke pintu Anwar
    jangan fitnah dia…berdosa
    kesian KJ

    Reply
  • August 29, 2010 at 6:59 am
    Permalink

    har baik bulan baik ini ialah masa yang sesuai untuk kita menyucikan diri daripada amalan-amalan yang tidak baik yang dilakukan sepanjang bulan sebelumnya..Bagi UMNO, hari baik bulan baik inilah yang perlu digunakan untuk menyucikan dirinya daripada gejala tak baik seperti insan bernama KJ ini..KJ pun dah bagi signal mahu berundur, lagi cepat, lagi bagus dan kita sudah tak sabar menantikan saat itu datang.

    Kena ingat semua, KJ adalah bayangan anwar, zaid ibrahim dalam UMNO…kita perlu singkirkan dia

    Reply
    • August 29, 2010 at 8:59 am
      Permalink

      yer betul..sokong-sokong…

      Reply
    • August 29, 2010 at 4:56 pm
      Permalink

      aku sokong kalau dia nak keluar dari UMNO aku ucapkan selamat berambus, ramai lagi pemimpin pemuda UMNO yang berkalibar untuk memimpin

      Reply
  • August 29, 2010 at 8:12 am
    Permalink

    Memang betul beliau adalah shadow kpd.anwar& .zaidibrahim.Tapi warna dan belang dia yang sebenar akan terserlah apabila dia keluar atau ditendang keluar dari umno nanti.

    Reply
  • August 29, 2010 at 8:54 am
    Permalink

    aku pun ahli umno yg sangat benci ke kj ni…aku brdoa supaya dia akan keluar dari umno….

    Reply
  • August 29, 2010 at 9:04 am
    Permalink

    Kata-kata KJ tidak perlu dianggap ugutan, malahan sebagai suatu Rahmat.Sebab KJ merupakan Liability kepada UMNO pada masa ini, tanpa KJ, KEMUNGKINAN BESAR LEBIH RAMAI SOKONGAN BALEK KEPADA UMNO. Kalau kita mengkaji betul-betul kekalahan BN dalam PRU12 yang lepas lebih banyak puncanya datang dari Si Kitol dan Bapa Mentuanya. Sokongan rakyat pada masa itu kepada PKR, PAS dan DAP BUKAN KERANA MEREKA sukakan ANWAR atau POK NIK atau LIM KIT SIANG, tetapi mereka hendak mengajar UMNO dan BN kerana tingkat laku KJ dan Pak Lah, yang telah mengaut harta negara macam hak datuk nenek moyang mereka. Tapi malangnya kebencinan tersebut berterusan sehingga kini, walau pun ramai jugak yang telah kembali kepada UMNO dan BN, tetapi kebencian tersebut maseh belum padam kerana KJ dan pengaruh-pengaruh Pak Lah dalam pucuk pimpinan UMNO sakarang maseh mewarisi pemerintahan Datuk Najib. Selagi petualang-petualang ini tidak disingkirkan oleh PM, selagi itu PM akan menghadapi kesukaran dalam mendapatkan sokongan walaupun kedudukannya adalah terlebih baik daripada Pak Lah. Oleh itu YAB PM dan ahli-ahli UMNO dan rakyat yang cintakan UMNO dan BN perlu mengambil keputusan yang tegas bagi memastikan bahawa sokongan kembali kepada mereka, jadi singkirkan nanah-nanah dalam UMNO. ANWAR, PKR, PAS dan DAP bukanlah kuat sangat, mereka menjadi kuat kerana UMNO dan BN yang menjadikan mereka kuat. Jadi fikir-fikirlah sendiri.

    Reply
  • August 29, 2010 at 5:34 pm
    Permalink

    respek lah sikit kat KETUA PEMUDA UMNO ni, jangan lah melampau sangat
    maki hamun, kira banyak juga jasa dia dalam UMNO, BN dan Negara

    dah lah, x dapat jadi Menteri, yang kalah bertanding jawatan ketua pemuda bleh jadi
    Tim. Menteri, yang dulu kutuk UMNO bagai nak rak kemudian lompat masuk
    UMNO pun bleh jadi senator

    jangan lah buat dia macam anak tiri, dera dan seksa dia
    kalu tak nak buang je dia jauh2.

    dalam umur dia sekarang, aku tabik gak kat dia bleh naik sampai cam ni

    Reply
    • August 30, 2010 at 1:35 pm
      Permalink

      standardlah umno…
      masa dia tengah banyak duit..
      banyak yang mengampu…

      bila dah tak boleh nak bagi projekkkk….
      nak dibuang…

      UMNO, dulu, sekarang dan selamanya

      Reply
      • August 30, 2010 at 11:26 pm
        Permalink

        Jika masih ada barisan Exco Pemuda UMNO yang masih tak sedar bahawa KJ sudah menjadi kanser dan liabiliti dalam perjuangan UMNO, maka mereka ini masih di alam khayalan, atau in the state of denial.

        Go around and talk to all group of people. Their perception on KJ is terribly negative.

        Masih mahu si Kitol ini dalam UMNO? Wahai Pemuda2, kamu mahu menang atau mahu tenggelam dalam perjuangan bangsa?

        Either way, sama ada KJ kekal dalam UMNO atau melompat masuk ke PKR, he will eventually sink. Sapa nak sama2 ikut kitol ini? Ask yourself.

        Reply
  • August 29, 2010 at 6:01 pm
    Permalink

    Kalau Najib Ambil KJ jadi Mentori.. Najib Abis Kali ini.. Kalau Najib Tak Mahu DENGAR cakap akar umbi.. Najib akan Jadi DOLAh@Samdol…zzzzzzzzzzzzzzzzzzzBye , Bye..Rosmah da Tak Boleh Berlagak lagi macam Jadi Menteri Wanita atau Fatlady OOP first LiDi

    Reply
    • August 30, 2010 at 4:13 am
      Permalink

      amboii..sedapnye ko kutuk somdol..fatlady..hormat skit lah pemimpin.
      ko ktuk nik najis xpelah sbb die pelacur agama..

      Apapn semoga YAB PM bijak mengenalpasti suara akar umbi di Peringkat Pemuda..
      Semoga di bulan Mulia Ramadhan ini sebagai bulan ‘pembersihan’, tapisan bagi pemimpin yang ikhlas pada perjuagan Islam, Melayu..

      Reply
  • August 29, 2010 at 9:08 pm
    Permalink

    si kitol dalam lipatan sejarah UMNO…

    Reply
    • August 30, 2010 at 1:38 pm
      Permalink

      prU13..
      umno dalam lipatan sejarah…
      HEHEHEHE

      parti perkauman…

      Reply
      • August 30, 2010 at 8:31 pm
        Permalink

        kalah tapi tetap dngn prinsip dan matlamat yg jelas.. takdehal bang.. menang dngn prinsip kene cabul.. dayus namanya

        Reply
      • August 30, 2010 at 11:40 pm
        Permalink

        Insyallah UMNO akan bangkit sebaik sahaja kanser2 politik seperti KJ, Nazri Aziz, Nor Yaakob dan beberapa lagi menteri2 tinggalan PakLah dipeti-sejukkan. KJ sudah pun dipeti-sejukkan oleh Najib. You cannot expect Najib to drop KJ coz he was never appointed to any post after his “day-light robbery” win as ketua pemuda. You can’t simply terminate the kitol’s ketua pemuda position, but surely next pemilihan KJ will be out for good.

        Untuk mengatakan Pru13 UMNO dalam lipatan sejarah, well biarlah UMNO merendah diri dari bersikap takbur seperti PKR dan PAS kononnya akan ke Putrajaya. Nescaya, sikap ego, takbur dan angkuh inilah yang akan membuat mereka tersungkor sebelum pun menang apa-apa.

        Lihat apa yang sedang berlaku dalam parti PKR, PAS malah DAP. Mereka sedang cantas mencantas dan tikam menikam sesama mereka kerana berangan besar menuju ke Putrajaya.

        Reply
  • August 29, 2010 at 11:19 pm
    Permalink

    Masa bapa mertua jadi PM dialah raja yang berani. Kini semua tolak dia. Kalau aku lah yang jadi dia, lebih baik aku turun dan biarkan naib ketua ganti, aku boleh rilex, tak pening kepala otak aku. Nak jadi menteri ape kalau kredibility kurang baik!!!. Muamuamuamua!!!!!

    Reply
  • August 30, 2010 at 1:31 am
    Permalink

    Bukan idea makmal Pemuda BN pun idea orang lain yang dia curi lepas tu dengan muka beruk yang tak malu mengaku idea dia punya.

    Macam yang dia sabotaj aktiviti Perkasa hari tu la di kedutaan Australia tu.

    Reply
  • August 30, 2010 at 11:07 am
    Permalink

    saya sokong yang teramat…apa cakap banyak2…keluar je laaaaaa,,,,,,,nak apa jer ckp pada rakyat….nak suh penuhkan datarang pjaya pun boleh asalkan kj blah dari umno….

    Reply
  • August 30, 2010 at 2:35 pm
    Permalink

    Kesian KJ korang belasah. Apa lah korang ni. Dosa bulan baik umpat.

    Reply
  • August 31, 2010 at 12:55 am
    Permalink

    sapa kata mengumpat, cilaka KJ nie naik sebagai ketua pemuda pun atas kapisity rasuah, tetapi dia hanya diberi amaran sebab guna kuasa pak mentua dia, kalau berani bertanding semula jawatan ketua pemuda.. tak kira lah rasuah tetap rasuah kalau pergi tanya pelacur uzbek pun depa akan jawab rasuah itu salah……………..

    bangsat ketua pemuda yg naik atas nama parti racis umno tetapi tidak pernah hendak memperjuangkan bangsa sendiri sibuk nak jaga hati bangsa pendatng, kononya tak mahu jadi radikal dengan memperjuangkan melayu…. sedangkan setiap parti komponan ada ketua pemuda sendiri untuk menjaga bangsa mereka tetapi bangsat KJ bangsa sendiri diketepikan sibuk nak jaga bangsa kapir… mana tidaknya sahabat dia pun si namawee cilaka yg menghina melayu..

    80 peratus lemahnya umno sekarang disebabkan cilaka kJ nie. dulu semasa pak mentua berkuasa si cilaka ini bergitu berlagak mengalahkan perdana menteri sendiri, dia lah orng yg dibelakang takbir yg banyak membuat keputusan yg merugikan bangsa agama dan negara . yg membolot segala hasil negara untuk diri sendiri.

    Pm sendiri tak perdulikan dia malah ramai lagi ahli umno yg sudah lari dari membodek dia kerana hilangnya kuasa pak mentua, KJ bangsat ini sahaja yg tak sedar diri duk meminta jawatan … jasa, apa jasa KJ? kelemahan UMNO pun sekarang disebabkan cilaka KJ. 100% pasti kj hilang kuasa KP, dia akan menyertai gurunya iaitu anwar ibrahim, tak payah lah berlakon dia dan anwar dua dua sama dua dua bangsat yg hanya menhancurkan agama bangsa dan negara..

    Reply
  • August 31, 2010 at 4:07 am
    Permalink

    Bab baju pun jd masalah..ishhh teruk sgt dh nie

    Reply
    • August 31, 2010 at 11:03 am
      Permalink

      ini bukan isu baju, ko baca tak artikal tu atau baca satu perengan saja, jng masuk sini komen kalau tak abis baca, tayang bangang ko kat sini ja buat apa?

      Reply
  • August 31, 2010 at 10:32 am
    Permalink

    hehehe… tu kan pujaan pemuda di kalangan org umno….. sy cadangkan org2 umno ni cari la ustaz ke… yg boleh tarbiyah generasi muda skrg ni… mesti pilih yang boleh imamkan solat…. ikut macam pimpinan PAS….. sepatutnya PM pun boleh imamkan solat…. kalau x boleh baik takyah la umno nak tjk jaguh memperjuangkan Islam….. buang maso jorr….

    Reply
  • August 31, 2010 at 12:23 pm
    Permalink

    khkehke ikut macam pemimpin pas yg jadi barua DAP ka yg sanggup mengadaikan agama untuk memperthnkan sahabat kapir harbi mereka hehehe. Pemimpin yg tidak boleh bersuara tetapi hanya boleh mengikut kata kata Kapir DAP kahkahhahkaha

    Reply
    • August 31, 2010 at 4:37 pm
      Permalink

      hehehe… ape DAP hasut pimpinan PAS buat benda yang dilarang oleh ALLAH…? cuba ko habaq mai….. heheheh… pimpinan DAP ada gak buat sumbangan kat masjid2… KAFA dsb…

      UMNO tunduk ngan MCA… rumah urut bersepah2… masa world cup hari tuh, terpaksa la tunduk ngan kapir harbi.. umno halalkan judi world cup… hehhehe….

      igt org skrg bodoh ke? PRU nanti sah umno lingkup…. dan aku jangkakan MCA, MIC akan kuar dr BN…..

      Reply
      • August 31, 2010 at 5:47 pm
        Permalink

        kahkahakahk selangor sapa yg pegang bangang oi rumah urut yg banyak sekarnag nie puak kapir DAP yg bina. munafiq pas bila kata dapat selangor kilang arak akan ditutup, sekarang pusing siap pi melawat lagi sampaikan pihak kilang memberi arak pecuma di subang kahkahka. lagi satu judi bola ada buat ka? tu hah kat slangor pusat judi haram biak macam cendawan ko nak kata apa.

        sampaikan kapir nak mempermainkan nama ALLAH puak munafiq pas sanggup ikut kata dap. hudud mana ?? kenapa masih tak buat sebab salah syarat bergabung dengan puak kapiaq DAP adalah tiada negara islam dan hudud sampaikan pas sanggup keluarkan fatwa hudud hanya 00000.01% dlam quran. setan boleh dijadikan sahabat……

        mic dan mca nak bla silakan kami takan halang kami tak pernah berharap pun dengan kapir kapir hanya pas saja yg sanggup menjilat mereka dan mangikut kata kata depa.

        sampai kan kesucian masjid dan surau boleh dikotorkan dengan politik songsang pas, kat kelantan nik aziz sendiri mengaku tidak pernah membina masjid, dapat negeri lain abis semua masjid dikototrkan dengan idealogy politik kotor munafiq pas… umat islam disuruh membenci saudara sendiri dianggkat kapir yg menolak islam sebagai sekutu.. sampaikan kapir sedap depa saja nak masuk masjid dan surau diaman tempat umat islam beribadat, sanggup keluarkan fatwa yg sesat supaya boleh kapiaq dap ini masuk kahakhakahkahkahakhak

        Reply
        • August 31, 2010 at 10:31 pm
          Permalink

          Lu cakap apa bro? Tempat2 maksiat ni dr era BN dulu dah mcm cendawan… ko tgk kat JB kawasan umno bersepah…. patutnya Kerajaan UMNO yang perintah negara ni kena la tadbir ikut islam… harap je dah memerintah 53 thn, jgn kata nak laksanakan, tp niat pun agaknya takde nak jalankan hukum ALLAH….

          hehehe.. gaya cakap mcm umno ni jaguh perjuangkan Islam… suh PM imamkan solat terawih la, br aku consider cakap ko… aku rs geli-geliman mendengaunye….

          Reply
          • August 31, 2010 at 10:48 pm
            Permalink

            lu tak payah crita lah temnpat temapt maksiat nie sebab kat kelantan pun ada sampaikan babak rogol anak abang rogol adik kata serambi mekah tapi rakyat gelumbang dalam maksiat dadah dan macam macam lagi…

            kalau munafiq jadi imam pun apa nak hairan. lepas jadi imam duk bersubahat dengan kapir harbi menentang kerajaan islam melayu tak semestinya jadi imam dia dah maksum tak boleh ditegur segala perbuatannya betul …. jng jadi hipokrit lah sedangkan negara islam lain ashik meminta kerajan malaysia supaya memberi tunjuk ajar kepada mereka dan mengakumi negara ini. malah memangil pemimpin umno untuk membawa perpaduan dianatara mereka di palestien…. ada depa pernah panggil munafiq pas ka hanya kapir harbi dap sahaja yg sanggup mengambil pas sebagai anjing mereka ……….

          • August 31, 2010 at 11:26 pm
            Permalink

            kalau dah tau zaman BN, kenapa tak tutup sekarang bila dah dapat 1 negeri..sengal la mamat ni…

          • September 1, 2010 at 1:30 am
            Permalink

            rogol kambing kat kawasan mana ntah..tu pon ada..

            aku lagi geli geleman tengok pemimpin hipokrit macam kat Kelantan tu, siasat punya siasat rupanya duit juga kiblat utama disebalik struktur kewangan Islam.. sape tak menyirap disebalik laungan guna dinar, kroni2 sibuk melahap Wang Kertas Ringgit Malaysia.. memang aku tak boleh terima, menganiaya rakyat, menzalimi pengguna ringgit yg lain..

            mintak ko celik sikit, ni bukan sebarangan kroni.. kroni yg melahap dngn guna taktik kapitalis melalui pegangan saham sambil terhegeh2 mewawarkan sistem dinar y mereka sendiri tahu sukar dilaksanakan dlm waktu terdekat ini..

  • August 31, 2010 at 10:45 pm
    Permalink

    utk melayu bersatu mungkin kita perlu pihak ketiga (tidak utk pkr) .mungkin seperti cara pemikiran dr maza, sebagai contoh

    Reply
  • August 31, 2010 at 11:26 pm
    Permalink

    So apa solution yang peneraju pemerintah UMNO boleh buat bagi membendung jenayah sosial ni? Bila lagi nak tegakkan hukum ALLAH… Bila PAS nak buat, walaupun niat, mulalah UMNO meremehkan usaha tersebut. Bagi mcm2 alasan, pas munafik, anjing dap, kadir harbi dap macam2…. kenapa tak bersatu nak tegakkan hukum ALLAH? patutnye ketua la kena mula kan dulu. Lagi satu, buang la perkataan melayu tu, toksah la taksub sangat, letak sahaja Kerajaan Islam…. igt kat akhirat sana Allah pandang atau beri keutamaan pada bangsa melayu? Kalau ada org DAP yang masuk Islam, agaknya tempat die mungkin lebih mulia di sisi ALLAH, dari kita yang memang lahir dalam Islam.

    Reply
    • August 31, 2010 at 11:28 pm
      Permalink

      masalah sosial sume aje..salahkan UMNO, salah kerajaan…budak2 yang bermasalah tu sume tu lahir otomatik sendiri ke? takde mak bapak…ko nak marah pun…ko marahlah mak bapak dia…apa la sengal punye mamat ni….tahap mangkuk..

      Reply
    • September 1, 2010 at 1:34 am
      Permalink

      rogol kambing kat kawasan mana ntah..tu pon ada..
      aku lagi geli geleman tengok pemimpin hipokrit macam kat Kelantan tu, siasat punya siasat rupanya duit juga kiblat utama disebalik struktur kewangan Islam.. sape tak menyirap disebalik laungan guna dinar, kroni2 sibuk melahap Wang Kertas Ringgit Malaysia.. memang aku tak boleh terima, menganiaya rakyat, menzalimi pengguna ringgit yg lain..
      mintak ko celik sikit, ni bukan sebarangan kroni.. kroni yg melahap dngn guna taktik kapitalis melalui pegangan saham sambil terhegeh2 mewawarkan sistem dinar y mereka sendiri tahu sukar dilaksanakan dlm waktu terdekat ini..

      Reply
  • September 1, 2010 at 3:34 pm
    Permalink

    Faham benar bagaimana perasaan semua terhadap KJ, tapi untuk terus membuang masa yang tinggal sedikit ini untuk menghukumnya dengan memaki hamun rasanya kurang sesuai.

    Lama sudah Kita bercakap mengenai kelemahan UMNO sejak tewas terduduk PRU ke 12. Kata orang atas pagar. Antara sifat (kita UMNO) yang menjadikan punca kekalahan kita ialah kurang muhasabah diri tetapi lebih suka menuding jari caj mengecaj keting, bukanya caj bateri kita yang mula lemah. Ertinya bertelagah sesama kita yang untung orang lain.

    Terimalah hakikat bahawa dia (KJ) Ketua Pemuda. Takkan tak ada cara lebih sesuai menyampaikan mesej bahawa dia perlu bangkit mengembalikan kekuatan UMNO yang (jika) kerananya dan bapa mertuanya UMNO telah menjadi lemah. Tetapi janganlah bakar kelambu kerana marahkan nyamuk. Pilih cara lebih Mudah dan lebih Murah. UMNO perlu bangkit menjadi bijaksana sini dan bukan melayan nafsu dan gelodak hati yang dianggap sinonim dengan UMNO.

    Kita kini PERLU menukar sikap kita,dengan segera, sementara masa masih ada. Jika tidak, ramai yang akan terus berkata. Lihat…kerja mereka (UMNO) tidak lain asyik bergaduh berebut kuasa.

    Terlalu banyak yang perlu dilakukan segera. Pertama perlu bermula dalam diri iaitu insaf untung nasib yang bakal menimpa. Bangun, hentikan angan-angan seperti di masa yang lalu. Dekati rakyat.
    Tolong mereka. Ubah imej yang lalu, Kurang dilihat di tempat-tempat tertentu tetapi di tempat lain yang tertentu.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *