Chua Soi Lek, Bila Nak Bertaubat?

Kecewa betul membaca ulasan bintang filem porno dari MCA mengenai isu kuota bumiputera sebanyak 30% yang hendak dibahagi-bahagikan mengikut merit pula.  Tidak cukup dengan gesaan sama yang bertali arus daripada parti perkauman cina yang lain seperti DAP, MCA pula seakan menjadi agen kepada DAP di dalam BN.  Mengeluarkan kenyataan yang jelas tidak bertanggungjawab ini hanya sekadar menjauhkan lagi pengundi Melayu daripada mengundi MCA di dalam pilihanraya akan datang.

Rakyat di luar memerhatikan MCA bukan lagi sebagai sebuah parti komponen, sebaliknya sebuah parti berasingan.  Bila kerajaan mengumumkan untuk menyiasat kes buang bayi dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, CSL akan mengeluarkan kenyataan bertentangan dan 2 orang menteri kabinet dari MCA terpaksa mengeluarkan kenyataan menjaga air muka dengan mengatakan kabinet belum membuat sebarang keputusan hanya sekadar memberi pertimbangan.  Hakiktany keputusan sudah dibuat dan polis sudah mula menyiasat kes-kes pembuangan bayi di bawah Akta yang disebutkan.

Jika MCA tidak boleh bersepahaman langsung dengan komponen lain dalam BN, kita tidak nampak apa faedahnya untuk MCA terus berada di dalam BN.  Tindakan CSL ini hanya bakal mengundang tindak balas daripada pemimpin komponen yang lain juga.  Apa perasaan CSL bila ada pemimpin UMNO yang menyokong agar sekolah jenis kebangsaan cina dihapuskan atau kewarganegaraan asal imigran cina ditarik balik?  Jika tidak mahu mendengar permintaan yang sedemikian, eloklah CSL  berhati-hati di dalam percakapan.

Tidak sedarkah CSL betapa pemimpin komponen BN dalam dan luar kabinet tidak mengambil kesempatan menghentam CSL dan MCA atas skandal tidak bermoralnya?  Malah anak CSL dipilih pula untuk bertanding jawatan Ahli Parlimen di Labis di atas lambang BN bagi meneruskan kesinambungan politiknya yang ketika itu dilihat hampir malap.  Inikah balasan CSL kepada pengorbanan yang dibuat kepimpinan BN setelah merasakan diri kembali popular apabila memenangi jawatan presiden MCA?  CSL tidak ubah seperti anjing tersepit yang dilepaskan, tidak perlu menghabiskan keseluruhan peribahasa tersebut kerana itulah hinanya CSL dimata orang melayu sekarang.  Sebaliknya pemimpin pembangkang yang ghairah mempersendakan moral CSL ketika skandal itu berlangsung pula yang kini menjadi kiblat CSL.

Orang melayu baik daripada apa pegangan parti politik pun masih mahukan kuota dan hak keistimewaan mereka seperti dijamin perlembagaan kekal begitu.  Cerminan kepada kehendak itulah yang menyaksikan BN kembali memerintah kerajaan pusat biarpun kehilangan beberapa Negeri dan majority 2/3 di Parlimen.  Tidak ada parti lain selain DAP yang menjanjikan untuk menghapuskan hak keistimewaan orang melayu kerana mereka sedar jika itu berlaku nescaya nasib mereka akan sama seperti DAP yang dipinggirkan orang melayu.

CSL perlu ingat, tidak wujud Pakatan Rakyat sebelum PRU12, yang ada hanyalah Barisan Alternatif yang di sesetengah Negeri hanya PKR dan PAS, manakala di sesetengah Negeri lain hanya PKR dan DAP.  Jika CSL mengukur kekalahan besar BN adalah disebabkan kekuatan pembangkang terutama DAP, CSL sebenarnya jauh dari betul kerana jika tidak kerana persepakatan saat saat akhir, pembangkang tidak mungkin membentuk kerajaan di Selangor dan Perak.  Jadi tidak perlulah CSL menjadi agen dua muka pula kepada DAP atas keyakinan pembangkang akan menguasai kerajaan pusat dalam pilihanraya umum akan datang dan mengheret MCA sekali bersamanya.

Kita mahu tahu apa pendirian MCA sekarang?  Sudah jelas pendirian MCA tidak banyak beza dengan pendirian DAP.  Malah ada ketika ia dilihat bersilih ganti pula, bila Tony Phua mempersoalkan diskaun rumah bumiputera, CSL akan menyahut dengan penghapusan kuota 30% untuk bumiputera pula.  Apa semua ini?  Di dalam mengembalikan semula kepercayaan rakyat terhadap BN, tindakan seumpama ini tidak boleh langsung kita terima.  Malah akhbar milik MCA, The Star juga semakin perkauman di dalam penerbitannya, dan adakah ini adalah akibat aspirasi pembangkang yang semakin menyerapi MCA melalui CSL?  Kita tidak mahu penyokong BN beranggapan, inilah akibatnya membiarkan orang tidak bermoral menerajui antara komponen terbesar di dalam BN ini.

Kalau perlu, kita pohon kebijaksanaan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk masuk campur di dalam mengembalikan semula atau jika tidak terlalu melampau mengeluarkan MCA dari arus perjuangan BN.  Sekurang-kurangnya tindakan ini akan menjadi pengajaran kepada parti komponen lain di dalam BN supaya berhati-hati di dalam mengeluarkan kenyataan agar tidak bertentangan dengan prinsip dan semangat setiakawan BN.

11 thoughts on “Chua Soi Lek, Bila Nak Bertaubat?

  • August 16, 2010 at 6:37 pm
    Permalink

    Nama pun Cina. Kalau takde perempuan simpanan yang lebih muda, tak sah. Ini perkara biasa bagi masyarakat Cina. Sampaikan ada yang mengabaikan isteri kerana mementingkan perempuan simpanan mereka.

    Mungkinkah orang Cina kisah pemimpin mereka ada skandal seks atau tidak?

    Reply
    • August 16, 2010 at 9:34 pm
      Permalink

      diorang tak kesah,,sebab tu diorang bole terima anuar jadi pemimpin..
      sekarang nih keliling kita dah jadi adat untuk remaja cina duduk serumah bertahun-tahun sebelum berkahwin…bila dah kahwin,tak ade anak pasal lama makan pil sebelum kawin. Keliling aku menceritakan kisah sebenar di pejabat mahupun taman perumahan…

      untuk menang pilihanraya mereka perlu undi pelapis tapi stastik menunjukkan penurunan mendadak kelahiran bayi kaum cina..So..jangan pelik jika mereka masih mampu berkuasa kerana undi melayu dah pecah banyak..mereka kini bersatu.

      Reply
  • August 17, 2010 at 12:06 am
    Permalink

    Jaga-jaga….. mangkuk ayon ni rapat sangat dengan pemimpin cina singapura…..itu yang aku tahu…. malah mungkin lebih rapat daripada DAP…….

    Reply
  • August 17, 2010 at 8:16 am
    Permalink

    SETARAF DENGAN KEDUDUKAN NYA SEBAGAI AKTOR DVD LUCAH, SI MANGKUK BERAYUN INI MEMANG TAK TAHU MALU DAN TAK TAHU MENGENANG BUDI TEHADAP PIHAK YANG SELAMA INI MENYOKONG NYA.ROMEO DVD LUCAH INI HARUS INGAT TANPA SOKONGAN PENGUNDI MELAYU DI KAWASAN PARLIMEN NYA DULU TAK MUNGKIN DIA BERGELAR YB DAN MENTERI SEKARANG NI NAK TUNJUK BESAR KEPALA LA PULAK.

    Reply
  • August 17, 2010 at 8:42 am
    Permalink

    mana pergi ketua pemuda dan barisan pemuda msia?senyap je………………..

    Reply
    • August 17, 2010 at 9:59 am
      Permalink

      ada komen dari pemuda tapi bukan dari ketuanya sebaliknya ketua penerangan, naina merican. semalam paper ada tuleh.

      Reply
  • August 17, 2010 at 11:16 am
    Permalink

    Kalau org melayu bersatu..semua ni tak kan timbul..
    Teringat zaman Tun Mahathir dulu…

    Reply
  • August 17, 2010 at 3:36 pm
    Permalink

    Kalau aku jadi pemimpin UMNO, tendang jer MCA keluar…tak der guna pun..bina politik Msia berasaskan Melayu/Islam dan laksanakan kanun jenayah Islam…PAS pun akan sokong UMNO…percayalah…itu sahaja jalan untuk mempertahankan kedudukan Islam di Msia ni…WA

    Reply
  • August 17, 2010 at 9:20 pm
    Permalink

    Wahai orang Melayu jangan kisah umno ke pas atau pkr. Bubarkan BN kita bersatu dibawah naungan Islam Cina sekarang dah bersatu. MCA itu hanya lah musuh dalam selimut. Kalau cina tu cina jugak. Tamak haloba semua nak untuk bangsa dia sahaja. 1Malaysia bubarkan sekolah kebangsaan cina dan india. kita punya tak sampai 30% pun dia nak ambik.

    Reply
  • August 18, 2010 at 12:52 pm
    Permalink

    Saya setuju dgn tanah melayu…bina kerajaan Malaysia yg baru berasaskan syariah Islam…org bukan melayu boleh join tapi hanya boleh menuntut melebihi apa yng mereka patut dapat saja…cuba tengok apa jawatan yg melayu dapat di company Cina…jgn mimpi nak jadi orang besar walaupun berkemampuan…

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *