Tawaran Hebat dari DAP dan Pakatan…

Share


Oleh Spy Leman.

Spy terbaca tawaran hebat dari Pakatan yang diumumkan oleh Lim GE jika mereka berjaya tawan Purtajaya dan Anwar jadi PM selepas PRU13 nanti.

Selepas meneliti semua janji-janji Ketua Menteri Penang yang dianggap sebagai ‘khalifah’ oleh pengikut PAS tu, Spy nak tanya…, siapa yang tak mahu jika ada tawaran pemberian RM 1000 seorang pada setiap warga emas yang berusia 60 tahun keatas di  seluruh negara.

Siapa yang tak gembira jika ada pihak yang boleh menghapuskan saman ekor dan juga menghilangkan nama pemilik kenderaan dari senarai hitam untuk memperbaharui cukai jalan ?

Dan, Spy nak tahu juga…, siapa yang tak suka terutamanya generasi muda apabila diwujudkan kemudahan wifi percuma di seluruh negara Malaysia? Spy pun suka kalau boleh dapat internet percuma.

Tetapi semua harus ingat, siapa yang SUKA DI BOHONG dan DI TIPU hidup-hidup dengan janji-janji manis politik Pakatan hanya untuk meraih sokongan dan menagih undi?

Bagi Spy, kalau setakat hanya pandai berjanji menjadi syarat untuk diangkat sebagai pemimpin, ramai di negara ini ‘layak’ untuk dinamakan pemimpin ! Dan kalau dengan janji saja rakyat boleh senang serta negara boleh makmur dan maju, dah banyak negara yang maju di dunia ni.

Tambah-tambah pula, semua janji-janji diatas dikeluarkan oleh Lim GE yang memang terkenal kuat BERBOHONG dan juga terbukti selalu melupakan apa yang dijanjikan. Rakyat P.Pinang telah menjadi saksi bagaimana kuatnya amalan BERBOHONG Lim GE ni.

Lim GE dan DAP telah menganggap rakyat negara ini bodoh serta mudah diperdaya apabila mengumumkan janji-janji tak munasabah jika mereka menang pada PRU akan datang. Apa guna mereka berjanji lagi jika janji yang lama masih belum dapat ditunaikan?

Jom kita imbas kembali sikit janji-janji manis mereka semasa PRU12 lalu. DAP dan Lim GE telah berjanji untuk menghapuskan tol Sg Nyior jika mereka berjaya memerintah di negeri P.Pinang. Tapi sekarang selepas lebih 2 tahun mereka menjajah negeri…, tol Sg Nyior masih lagi beroperasi. Lu mau tipu siapa Lim GE?

Sama juga dengan janji Lim GE untuk menyediakan wifi percuma bagi seluruh negeri P.Pinang…, melompat sakan orang muda Penang masa tu, tetapi…,sampai sekarang haram apa pun tak dibuat oleh Lim GE untuk melaksanakan apa yang pernah dijanjikannya. Lu ingat rakyat Malaysia bodoh ka Lim GE?

Spy berani jamin, semua janji-janji yang dibuat oleh Lim GE dan DAP kali ni juga sebenarnya hanyalah satu percubaan untuk membeli undi bagi PRU13 akan datang. Sebab itulah Spy kata Lim GE menganggap rakyat Malaysia BODOH kerana Lim GE begitu berani menawarkan apa yang mereka tak akan mampu laksanakan jika mereka menang PRU13 sekalipun.

Setiap perlakuan BOHONG dan janji-janji palsu DAP dan Lim GE ini membuktikan bahawa mereka memang satu parti komunis yang hanya tahu memeras ugut rakyat dan menindas secara halus didalam usaha mencapai apa yang mereka mahukan.

Siapa yang masih lagi tak tahu apa sebenar yang diperjuangkan oleh DAP? Satu negara sudah sedia maklum bahawa DAP itu anti-Melayu, anti-Islam dan juga sangat perkauman dan bersistemkan diktator ! Siapa yang berani nafikan kenyataan ni?

Lihat sahaja bagaimana negeri P.Pinang yang huru hara dibawah pentadbiran DAP sejak dua tahun lalu. Lihat sendiri bagaimana rakusnya kepala gangster DAP menyamun segala harta perbendaharaan negeri di Selangor.

Dan lihat sendiri bagaimana pemikiran bangsat DAP yang sering dengki serta benci kepada bangsa melayu dan hak bumiputera seperti yang ditunjukkan oleh Tony Pua yang memang celaka !

Spy harap, tiada lagi negeri yang diberikan ruang untuk dijajah DAP selepas PRU13 nanti. Kalau boleh, rakyat Malaysia harus kuburkan saja parti komunis seperti DAP ini didalam politik negara.

Parasit-parasit DAP ni bukan hanya menjadi penyamun harta rakyat, tetapi mereka kini telah sampai di peringkat yang menganggu gugat keamanan serta mengancam kemakmuran negara !

p/s: Apa khabar dgn Tok Hisham….? Masih tidur lagi ka?

Laporan Spy Leman dari kedai awek pattani nombor 18, Baazar Ramadhan, Kepala Batas.


17 thoughts on “Tawaran Hebat dari DAP dan Pakatan…

  • August 15, 2010 at 5:19 pm
    Permalink

    DAP,ingin nak jadi kerajaan dan ingin jadi PERDANA MENTERI,dan nak hapuskan raja dan hak milik bangsa MELAYU,kalau bangsa melayu/islam tak sedar diri mereka ini,dan berpura-pura jadi jaguh kampung…lupakan saja sejarah silam kita tu,kita dah diajar macam mana KERAJAAN MELAKA tumbah…ketangan bangsa portugis,dan siapa jadi dalang nya,dan saya seru agar pada bulan mulia ini bangsa melayu/islam,kembali pangkal jalan dan fikirkan untuk satu,fikiran bangsa seagama,saya sayangkan bangsaku,agamaku,dan negaraku
    dari
    Hery Izwan
    AJK BIRO UNIT MEDIA BARU PEMUDA UMNO BHG HULU SELANGOR

    Reply
  • August 15, 2010 at 5:30 pm
    Permalink

    Sememang nya parti komunis cap roket ini seharus nya di haramkan saja .Mereka sememang nya membawa aspirasi komunis.dan sebenar amat berbahaya kepada keharmonian negara.HARAM KAN SAJA SEPERTI SARANAN YB ZUL KULIM BB.Kepada umat melayu/Islam jangan lah lagi anda percaya kepada parti komunis ini dan juga kuncu kuncu nya .Bukan saja manusia menjadi sasararn kekejaman mereka.hatta alam alam sekitar sekalipun tak terkecuali.Lihat saja kekejaman mereka terutama di pulau pinang,selangor,.Nasib baik perak dapat di selamatkan lebih awal.Ramai diantara kita tak mengenali puak komunis ultra kiasu ni! sebenar nya mereka amat kejam dan sanggup berbuat apa saja demi wang dan kuasa.

    Reply
    • August 15, 2010 at 6:20 pm
      Permalink

      btl tu sdr…saya harap pada bulan mulia ini bangsa kita dapat disatukan….saya akan doa pada 10 rammadan yg terakhir nanti….mudah-mudahan

      Reply
  • August 15, 2010 at 10:00 pm
    Permalink

    macam sial dia cina komunis ni baring…elok sangat dia kamceng dengan si ANUWAr tu..geng geng sesumpah..

    Reply
  • August 15, 2010 at 10:19 pm
    Permalink

    auta saja, janji sebelum dapat. bila dah dapat, hampeh. tanya jelah dengan penduduk buah pala dan peniaga melayu yang ditindas di pulau pinang apa perasaan duduk dibawah pentadbiran dap, sebijik macam duk bawah komunis, cuma takde nyawa melayang je.

    Reply
  • August 15, 2010 at 11:41 pm
    Permalink

    Sudah dekat pru mula lah pembohong nya keluar balik janji tu lah janji ni lah tak sepanjang 2tahun pemerintahan LGE apa yg dia bawa ke pulau pinang,pulau pinang tak saperti dulu semasa pemerintahan BN walau pun gerakan memerintah P.Pinang tapi banyak akitivti yg di adakan di P.Pinang macam macam ada LGE banyak akitviti pada kaum nya saja kepada pengundi melayu P.Pinang harus tolak LGE dan DAP jangan harus bagi undi kepada DAP lagi cukup org melayu menderita di bawah pemerintahan LGE di P.Pinang siapa yg pangkah DAP PKR dan pas dia anak haram.

    Reply
  • August 16, 2010 at 12:15 am
    Permalink

    Selagi ada anjing PAS selagi itulah cita-cita mereka terus mekar

    Reply
  • August 16, 2010 at 12:27 am
    Permalink

    Segala yang terjadi di PP diharap akan menyedarkan kaum melayu di Negeri-negeri lain

    Reply
  • August 16, 2010 at 12:45 am
    Permalink

    LGE lidah bercabang, orang Pas pun percaya…takat dapat tanah kubur heboh satu Pulau Pinang, konon Pas membela nasib melayu…itu pun masih tak sedar..dapat tanah kubur, semua kampong melayu ranap….

    Reply
  • August 16, 2010 at 10:53 am
    Permalink

    Tol Sg. Nyior pun DAP tak mampu nak hapuskan! ada hati nak janji lagi..pegi mampos la…
    PAS dapat tanah kubur..soh diaorang masuk sekali lubang kubur tu..haramjadah punya PAS! jadi mangsa peliwat DAP dan PKR la korang PAS!

    Reply
  • August 16, 2010 at 11:05 am
    Permalink

    Betul sangat la tu. Sebab tu semua janji pilihanraya umum ke 12 yang telah mereka buat untuk Selangor dah tertunai. Wakakaakakakkaak.

    Khak Thuiiiiiiiii!

    Reply
  • August 16, 2010 at 12:24 pm
    Permalink

    Mungkin untuk menyedapkan kaum melayu dalam PAS para penceramah mengwarwarkan bangsa melayu yang tertindas di Penang adalah penyokong2 Umno. Penyokong PAS dapat apa yg diminta seperti TANAH KUBUR. Hahahaha.. tu maknanya DAP suh diorang Mampus cepat.. tk paham kot!!!

    Reply
  • August 16, 2010 at 2:37 pm
    Permalink

    Janji Kominis Laqnat.

    Reply
  • August 16, 2010 at 9:26 pm
    Permalink

    hanya penganot pas saja yg.setia dan percaya pada khalifah kesayangan mereka nih.(Mungkin khalifah pertama dalam sejarah masih belum sunat hingga kini)

    pas selangor pun kaki auta putar alam..kilang arak masih berdiri tu apa diorang tak malu ke? rumah urut dan pusat maksiat bertambah berkali ganda pun mereka ade hasrat nak buat mini serambi mekah…buat malu jek..

    Reply
  • August 16, 2010 at 10:42 pm
    Permalink

    haha, gambar LGE sebagai biawak . .tak boleh angkat . . kelakar gile

    Reply
  • August 18, 2010 at 8:36 am
    Permalink

    kalau kita kaji segala tindak tanduk dan dasar parti kurang ajar ini memang tepat jika kita simpulkan bahawa ia adalah sayap politik parti komunis malaya.oleh itu sebarang tindakkan untuk mengharamkan parti cauvinist ni seharusnya disokong 100 %

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *