Bukan Semua Peneroka Serting Terlibat

Share


Maklumat terbaharu yang diperolehi mengatakan tidak semua 700 orang peneroka Felda Raja Alias, Serting yang dinamakan dalam tuntutan saman ke atas Felda baru-baru ini terlibat dalam tuntutan saman tersebut. Malah ada diantara mereka tidak tahu pun yang nama mereka diseret sekali dalam tuntutan saman yang bermotifkan politik ini.

Dipercayai nama-nama peneroka ini dan no kad pengenalan mereka diperolehi dari pejabat Pengurus Felda melalui kakitangan pejabat yang bersengkongkol dengan pihak pembangkang ini.

Malangnya mereka tidak mahu membuat lapuran polis kerana termakan dengan dakyah peguam pembangkang bahawa kes ini mempunyai harapan cerah untuk menang seperti peneroka Felda Kemahang yang menang atas kes yang lebih kurang sama tapi atas sebab teknikal (peguam Felda tak hadir).

Satu lagi tuntutan saman dijangka dikemukakan oleh peneroka Felda Palong 8 pula yang terletak berhampiran atas isu penjualan kayu getah. Modus operandi yang sama digunakan oleh pihak2 tidak bertanggungjawab ini – memperolehi nama dan maklumat lain peneroka dari pejabat pengurus.

Ini juga didalangi parti pembangkang dan usaha sedang dibuat bagi memastikan usaha ini tidak tercapai.


6 thoughts on “Bukan Semua Peneroka Serting Terlibat

  • August 16, 2010 at 12:37 am
    Permalink

    Pihak yang bertanggung jawab dalam isu ini perlulah bertindak dengan bijaksana agar perangkap yang dipasang oleh pembangkang akan memakan diri mereka semula

    Reply
  • August 16, 2010 at 1:14 am
    Permalink

    saman jek balik..boleh dapat lagi duit…..

    Reply
  • August 16, 2010 at 11:42 am
    Permalink

    Sepatutnya semua peneroka yang nama mereka dipergunakan serta mereka tak tahu-menahu pun tentang nama mereka yang digunakan patut saman pihak yang tak bertanggungjawab itu.

    Reply
  • August 16, 2010 at 3:38 pm
    Permalink

    melayu…melayu…apa nak jadi dgn org melayu…

    Reply
  • August 16, 2010 at 4:01 pm
    Permalink

    Pihak Pengurusan Felda di tempat-tempat berkenaan perlu lebih smart dalam pengurusan dan lebih berjiwa bergaul dan bersefahaman serta memberi penerangan yang betul kepada penduduk-penduduk Felda. Saya yakin kalau mereka diberi penerangan yang jelas, InsyaALLAH perkara seperti ini tidak timbul. Dalang-dalang yang menimbulkan masalah ini kemungkinan hanya sebilangan kecil sahaja, tetapi mereka pandai menggunakan kesempatan, tetapi pihak pengurusan Felda kurang cekap menggunakan kesempatan untuk membersihkan segera isu-isu setempat dan menjadi lebih parah kalau dibiarkan.

    Reply
  • August 16, 2010 at 9:41 pm
    Permalink

    kat felda serting tu aku rasa dah pecah dua..satu kelompok penjilat duit dan buta budi sehingga nak saman tangan yg.selama ini memberi kemajuan dan kesejahteraan kepada diri dan keturunan mereka.

    satu lagi kelompok yg.insaf dan rasa bersyukur terhadap nikmat yg.selama ini mereka nikmati..Felda adalah organisasi manusia. sedikit sebanyak pasti ada kesilapan tapi bukannya cara saman macam tuh.Bawa bincang dan perbetulkan..Aku anak peneroka…aku tahu setiap masalah ada saluran dan cara penyelesaiannya.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *