Welcome to
| Home | Daftar / Login | Forum | KMU Chat | Hantar Artikel | Arkib | EMail | Tadbir
EDITORIAL: Petronas Perlu Nafas Baru?
Posted on Thursday, October 29 @ 00:00:00 MYT
Topic: Kolumnis

Setelah berbelas tahun Petroliam Nasional Berhad (Petronas) diterajui oleh Tan Sri Hasan Merican, maka sudah tiba syarikat terkemuka negara yang dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan diberi nafas baru.

Hassan Merican telah membawa Petronas ke satu tahap yang boleh dibanggakan. Hari ini Petronas merupakan antara 500 syarikat terbaik dunia. Debat sama ada ia kerana kepintaran Hassan atau kekuatan aset  minyak negara dan polisi dasar luar negara yang cemerlang akan terus berlangsung.

Hassan yang dilantik menjadi CEO Petronas pada 1995, semasa Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan, mungkin merupakan CEO syarikat berkaitan kerajaan yang paling lama berkhidmat atau memegang jawatan tersebut.

Kita sering sahaja menyaksikan perubahan CEO GLC lain seiring dengan keperluan perniagaan dan juga perubahan lanskap politik negara.

Di sebalik segala pergelutan dan pergeseran politik Hasan terus kekal sebagai CEO Petronas kerana kerajaan mahu melihat setabilan kepada syarikat minyak negara ini.

15 tahun memimpin Petronas, mungkin sudah tiba masanya Hassan memberi laluan kepada orang baru bagi memimpin Petronas agar ia mempunyai hala tuju baru dan tidak menjadi dinasour yang akan ditelan zaman.
 
Lebih penting Petronas sebagai syarikat yang mendapat keistimewaan, perlindungan, dan dorongan kerajaan tidak menjadi empayar sendiri sehinggakan sudah tidak boleh membezakan siapa yang sebenarnya yang bertanggungjawab terhadap Petronas.

Saban tahun Perdana Menteri dan Barisan Nasional menjadi mangsa serangan pembangkang dan kumpulan berkepentingan politik apabila membicarakan kedudukan kewangan dan perjalanan petronas.

Ketika kerajaan menjadi "punching bag" bagi pihak Petronas, pemimpin konglomerat terbesar negara ini terus menikmati pelbagai keistimewaan, bonus dan kekayaan yang tidak dimimpikan oleh mana-mana kakitangan kerajaan mahu pun GLC lain.

Ketika rakyat perlu menanggung kenaikan harga petrol, kakitangan Petronas terus menerima bonus sehinga lima enam bulan gaji termasuk eksekutif kanan yang gaji mereka sendiri tidak pernah terbayang kepada eksekutif kanan syarikat berkaitan kerajaan yang lain.

Sudah tiba masanya Petronas kembali ke bumi sebenar dan sedar bahawa mereka merupakan salah satu cabang pelaburan kerajaan untuk menjana pendapatan negara bukannya sebuah syarikat milik para eksekutif kanan yang membuat pelbagai keputusan perniagaan berasaskan kepentingan peribadi dan kumpulan swasta tertentu.

Beberapa tahun lalu kita sendiri mendengar rungutan dan rintihan peniaga melayu dan Islam yang dianaktirikan oleh pengurusan Suria KLCC sehingga ramai peniaga Melayu "gulung tikar".

Namun pengurusan yang dilantik oleh Petronas terus bermaharajalela sehinggakan restoran masakan Melayu Kelantan menjadi restoran Melayu terakhir meninggalkan KLCC.

Jika tidak kerana campur tangan kerajaan dalam Petronas suatu ketika dahulu tidak mustahil jumlah bumiputera yang dibantu oleh Petronas akan bertambah mengecil akhirnya sekadar menjadi pemilik stesen minyak sahaja. Itu pun belum tentu dapat dipertahankan jika tiada pemantauan serius oleh kerajaan.

Baru-baru ini pula Petronas dengan angkuh menolak perlantikan seorang ahli lembaga Pengarah yang dicadangkan oleh kerajaan.

Sungguhpun ada pihak yang tidak menyukai Omar Ong, namun apakah hak Petronas menolak satu permintaan Perdana Menteri untuk melantik ahli lembaga pengarah Petronas? Perlantikan ahli lembaga Pengarah Petronas merupakan kuasa budi bicara YAB Perdana Menteri sama seperti perlantikan Presiden dan CEO Petronas.

Tindakan Tan Sri Hassan menolak atau mempersoalkan perlantikan tersebut menunjukkan ada usaha dari Petronas untuk menjadi empayar sendiri.

Keuntungan dan kekayaan Petronas hasil monopoli, bantuan dan dasar luar negara yang dibentuk oleh kerajaan Barisan Nasional mahu dinafikan. Para pemimpin Petronas beranggapan seolah-olah Petronas adalah milik mereka dan kejayaan mereka adalah hasil usaha gigih mereka secara sendirian.

Hakikatnya tanpa hak monopoli carigali minyak di Malaysia, tanpa hubungan baik Malaysia dengan negara Afrika dan Arab, Petronas tidak mungkin dapat bertapak seperti sekarang.

Justeru apabila ada pemimpin Petronas mulai mempersoalkan sumbangan mereka kepada kerajaan dan beranggapan kerajaan yang bergantung kepada mereka untuk mentadbir negara maka tentulah ada sesuatu yang tidak kena kepada syarikat terkemuka negara ini.

Memang benar Petronas menjadi penyumbang terbesar kewangan negara. Namun ia bukan hak mereka untuk mendabik dada seolah-olah kerajaan pula bergantung kepada Petronas.

Malahan sumbangan Petronas kepada negara mungkin lebih besar dari sekarang jika ia ditadbir dengan lebih baik dan tidak terlalu boros.

Banyak juga suara-suara yang kini mempersoalkan ketelusan Petronas dalam memberi tender-tender projek yang besar kepada kumpulan perniagaan tertentu sehinggakan tidak memberi ruang kepada syarikat bumiputera dan juga syarikat-syarikat baru lain kecuali yang ada hubungan dan kumpulan eksekutif kanan ini.

Setiap pekerja Petronas ada sumbangan besar kepada syarikat tersebut dan negara. Namun apabila masa untuk perubahan telah tiba, maka kerajaan perlu ada political will untuk melakukan.

Adakah Datuk Seri Najib bersedia untuk melakukan perubahan dan pembaharuan ini atau membiarkan Petronas dan Presidennya menjadi Empayar dan Maharaja baru dalam senario politik hari ini?




menjadi empayar tersendiri sehingga mengabaikan kepentingan negara.


 
Related Links
· More about Kolumnis
· News by kuntakinte


Most read story about Kolumnis:
Demontrasi Kepala Lembu Manifestasi Apabila Islam dan Melayu Dicabar


Article Rating
Average Score: 0
Votes: 0

Please take a second and vote for this article:

Excellent
Very Good
Good
Regular
Bad


Options

 Printer Friendly Printer Friendly


The comments are owned by the poster. We aren't responsible for their content.

No Comments Allowed for Anonymous, please register

Re: Petronas Perlu Nafas Baru? (Score: 1)
by dinzi on Thursday, October 29 @ 13:53:56 MYT
(User Info | Send a Message)
Kenapa perlu dipertikai CEO Petronas jika prestasi beliau selama ini cemerlang. Sejak sekian lama beliau memegang jawatan sejak zaman PM ke 4 hingga PM sekarang tanpa sebarang kecacatan sepatutnya kita sokong tindak tanduk beliau.

Belum pernah kita dengar Petronas mengalami masalah dalam pentadbiran sehingga Kerajaan dan Rakyat bangga dengan kecemerlangan sehingga MAMPU menjadi lubuk kewangan NEGARA. Kejayaan ini menjadi buah mulut seluruh DUNIA hingga jiran2 tertangga pun DENGKI. Oleh itu sebagai pemegang Amanah Negara beliau mesti bertindak menjaga amanah dalam menentukan pentadbiran PETRONAS tidak dianggotai oleh pihak2 berkepentingan.

Isu ahli lembaga pengarah yang dipertikaikan. Kita telah dengar individu ini adalah golongan2 bermasalah sejak zaman PM ke5 sehingga ditegur oleh PM ke4. Mestilah CEO Petronas peka dengan perkara berikut. CEO Petronas pastinya telah memberi alasan kepada PM DSN. Kita yang di luar nie bukannya tahu bila penjelasan2 itu dibuat..

Individu ini masih muda... banyak organisasi lain yang beliau boleh bertenggek. Kalau bijak sangat cuba buat syarikat sendiri, kebel kata dah kuat mesti boleh dapat kontrak berbilion2, bank2 kan dah kenal beliau boleh buat pinjaman banyak2. Apa pasal hendak menyibuk dalam Syarikat Kerajaan.

Lain la kalau CEO Petronas buat hal macam si Tua kat Kelantan tu.. cakap dah merepek, fatwa keluar menyesatkan.. haaa... itu baru boleh kita jatuhkan...



Re: Petronas Perlu Nafas Baru? (Score: 1)
by PemudaSelangor (pemudaselangor@mykhairy.com) on Thursday, October 29 @ 15:25:17 MYT
(User Info | Send a Message)
mungkin penulis ini patut cerita kepada pembaca apa yang berlaku dalam salah satu anak syarikat Petronas yang bernama PETCO. Siapa yang mengaut keuntungan besar... melayu atau ...



Re: Petronas Perlu Nafas Baru? (Score: 1)
by siraplengkong on Thursday, October 29 @ 15:39:46 MYT
(User Info | Send a Message)
Saya juga tidak bersetuju dengan artikel ini. Petronas sebagai GLC negara telah banyak menyumbang kearah ekonomi sehingga lebih 40% pendapatan negara adalah dari Petronas. Petronas ternyata telah diurus dengan baik hingga menjadi satu badan koperat kebanggaan negara.

Jikalau bonus-bonus juga imbuhan untuk kakitangan Petronas dicemburui itu sememangnya adalah hasil keringat mereka, dan kita tidak wajar iri hati. Majoriti kakitangan Petronas adalah anak-anak melayu, yang rata-rata bila mendapat bonus yang banyak tersebut, sebahagian besar dihantar ke kampung halaman untuk keperluan ibu, ayah dan adik beradik lain yang masih susah.

Peranan Petronas pada pembanggunan insan negara juga sangat besar. Kalau tidak kerana Petronas jangan haraplah syarikat-syarikat minyak terkemuka dunia yang beroperasi di Malaysia mahu menggaji warga Malaysia lebih-lebih lagi melayu. Disinilah peranan Petronas dan ketegasan Petronas untuk tidak berkompromi. Jikalau katakan pada waktu itu tiada pakar geologi tempatan, pakar asing boleh dibawa masuk tapi mesti ada anak tempatan yang akan mengambil tempat orang asing itu kemudian hari. Walaupun warga asing itu bekerja untuk Shell, tapi Petronas berhak untuk tidak membenarkan warga asing tersebut bekerja.

Sesungguhnya saya tabik pada mereka yang masih setia pada Petronas dan sentiasa berusaha keras untuk memperbaiki Petronas. Sedangkan mereka terutama yang telah berpengalaman sebenarnya telah menerima gaji yang jauh lebih rendah dari rakan sejawat di Esso, Shell dan lain-lain syarikat berteraskan minyak didalam negara. Saya difahamkan bahawa mereka sentiasa menjadi buruan syarikat-syarikat asing terutama dari timur tengah yang sanggup memberikan pendapatan yg 5 kali lebih lumayan dari apa yang mereka perolehi kini. Amatlah rugi bila tenaga kepakaran yang telah dibina oleh Petronas yang mewakili negara akhirnya dimiliki oleh negara lain.

Tidak dinafi Suria KLCC pernah menganiayai restoren makanan kelantan milik usahawan melayu. Saya turut difahamkan CEO Suria KLCC pada waktu itu adalah seorang Causasian dari Australia, dan perlantikan datang dari Perdana Menteri-5, bukan Presiden Petronas Hassan Merican. Oleh itu adalah tidak wajar Hassan Marican dipersalahkan. 

Perlu diingat Petronas adalah sebuah GLC yang menjadi badan perlaksana sahaja. Harga minyak kalau naik atau turun adalah dibawah arahan Kerajaan, bukan mereka yg menentukannya. Masalah harga minyak adalah masalah kerajaan, ia hak mutlak kerajaan. Kalau harga minyak naik, Petronas juga akan membayar lebih banyak pada kerajaan Malaysia sejajar dengan nisbah kenaikan.

Bayaran royalti pada mana-mana negeri atau negara juga semuanya datang dari kelulusan Perdana Menteri sendiri, bukan diputuskan oleh lembaga pengarah Petronas.

Kesimpulannya saya tidak bersetuju dengan artikel ini. Seharusnya mereka yang cemerlang di Petronas harus dikekalkan seperti Tan Sri Hassan Marican ini. Sebaliknya mereka yang agak kontroversi seperti Omar Ong harus dijauhkan demi menjaga imej Petronas



Re: Petronas Perlu Nafas Baru? (Score: 1)
by Randomsee (AkuBenCiPASbaruaKImakNatebabiHaram@kmu.net.my) on Thursday, October 29 @ 20:13:19 MYT
(User Info | Send a Message)
Pentadbiran Petronas janganlah terlalu angkuh sehingga mempersoalkan perlantikan dari PM....renung2lah sejenak kalau PR yang memerintah..aku ingat yang ada sekarang pun kena sack digantikan dgn bangsa lain yang kononnya lebih cerdik.

baguslah kalau ada yang menegur ketelanjuran pentadbiran Petronas, dalam kita mempertahankan perlu ada teguran...



Re: Petronas Perlu Nafas Baru? (Score: 1)
by serling (serling@yahoo.com) on Thursday, October 29 @ 22:35:05 MYT
(User Info | Send a Message)
TS hasan merican berjasa

Petronas ke antarabangsa

Atasi pertamina ujud lama

Sentuh TS hasan menjana


Gugur TS hasan usah buat

Pengganti belum sah kuat

Tenang TS buat staff pikat

Kebajikan mereka TS ingat


Andai TS hasan undur diri

Tapi bukan tekanan diberi

Kehebatan beliau inspirasi

Barisan pelapis kenalpasti


TS hasan orang berkerja

Curahkan khidmat negara

Apabila kecacatan jumpa

Tangan atasan patut peka





Re: Petronas Perlu Nafas Baru? (Score: 1)
by CitraWaras on Friday, October 30 @ 11:25:46 MYT
(User Info | Send a Message)
Soal berjasa besar atau tidak biarlah jika seorang islam ada balasan bila mati nanti.
Persoalan sekarang sampai bila kita boleh menipu melayu dan negara atas sikap kita sendiri, Semua orang yang lalulalang di Kelab Golf Selangor dan Lake Club nampak akan perangai Hassan Merican sedang menjamu arak dengan beberapa kontrektor Petronas. Ini kah  CEO yang dibanggakan?

Sms dari Zaharin Mohd Yasin@Sang Kelembai.



Re: Petronas Perlu Nafas Baru? (Score: 1)
by capello on Friday, October 30 @ 12:09:11 MYT
(User Info | Send a Message)


Brader, Suria KLCC Milik Siapa? Sila buat kajian dulu.

Hampir 50% cukai korport tahun lepas dikutip dari siapa?

Omar Ong tu bagus sangat ke? Ada experiences oil & gas ke atau setakat CONsultant je?

Kalau Najib nak letak orang dia ke merata tempat kat dalam GLC (semua orang tahu pasal ni), letak la orang yang betul2 proven track record, ada experience dll.

Setakat connection dgn Najib sama aje macam zaman Pak Lah dulu. Habis setiap kali tukar PM setiap kali tu ketua GLCs ditukar.

Sampai bila nak jadi sehebat GLC Singapura.

Kadang2 ada benda di belakang tabir kita tak tau jangan menilai dari zahir.
 
Kemakmuran negara banyak bergantung pada Petronas, salah percaturan kerajaan boleh jatuh bankrupt. Sekarang kerajaan takde duit sanggupkah untuk ambil risiko terhadap 'cash cow' atau 'golden goose'?

Omar Ong..?

Bukan nak defend Petronas, tapi cara pemikiran saudara 100% sama macam penyokong PKR yang nak tumbangkan Umno.





Re: Petronas Perlu Nafas Baru? (Score: 1)
by capello on Friday, October 30 @ 12:14:42 MYT
(User Info | Send a Message)
Re: Petronas Perlu Nafas Baru? (Score: 1)
by CitraWaras on Friday, October 30 @ 11:25:46 MYT
(
User Info | Send a Message) Soal berjasa besar atau tidak biarlah jika seorang islam ada balasan bila mati nanti.
Persoalan sekarang sampai bila kita boleh menipu melayu dan negara atas sikap kita sendiri, Semua orang yang lalulalang di Kelab Golf Selangor dan Lake Club nampak akan perangai Hassan Merican sedang menjamu arak dengan beberapa kontrektor Petronas. Ini kah  CEO yang dibanggakan?

Sms dari Zaharin Mohd
Yasin@Sang Kelembai.
Helo, kata seorang Islam ada balasan bila mati nanti. Belakang aibkan orang (menipu Melayu tang mana?).

Amik semua CEO GLC satu Malaya dan kira berapa peratus minum, kaki perempuan. Menipu la kalau Petronas sahaja.
Tak payah GLC, analisa je pool dari CEO2 Melayu sendiri dari bidang koporat - baik penyokong Umno, PAS atau Keadilan.




Re: Petronas Perlu Nafas Baru? (Score: 1)
by SeniorCitizen (mayAllahBlessMahathir@MalaysiaBoleh.com) on Friday, October 30 @ 14:22:16 MYT
(User Info | Send a Message)
pandangan alternatif yang perlu kita baca: (bukan dr saya)

The current PM now wants a check and balance. Hassan Merican has been PETRONAS boss for 15 years. The PM wants to balance the seemingly wide powers enjoyed by the PETRONAS president by modifying the profile of the board. But the CABINET of PETRONAS thinks this as interference in its domestic affairs. It is now carrying a rear guard action and will carry out a protracted battle.

Enter TDM- the larger than life figure. The de facto numero uno of PETRONAS. From fortress PETRONAS which is essentially behaving like a government, the board becomes emboldened because it has TDM as protector. The PETRONAS board knows the present government is not that strong. It also knows that DS Najib is loathed to clash with TDM.


For TDM, PETRONAS is his last bastion to flex similar 'prime ministerial powers'. If PETRONAS likens itself as a government, that analogy confers on TDM a surreal sense of speaking as another PM.


Hence, speaking as PM of PETRONAS, he asks, how did you people spend the 253 billion in 6 years compared to how I spent 183 billion over a period of 22 years? Only an overseer asks another who he sees as subordinate, the latter's conduct. By asking the provocative question, TDM makes it out that our government is answerable to PETRONAS. Perhaps this sense of omnipotent powers derives from the knowledge that PETRONAS has been saving this country. It does so by paying out dividends, royalties, taxes and other forms of payments.

Perhaps it is also thinking, it is better at managing its financial affairs than its 'rival' government.


Let us see how it is in PETRONAS land. TDM has been PM for PETRONAS for 28 years. (1981-2009). Maybe the problem which DS Najib is facing with PETRONAS now could have been solved, if he had written to TDM instead of Hassan Merican. I do not think that TDM would give this Omar Mustapha Ong a second glance. But the character of this Omar Ong has assumed larger proportions because he is made out to be seen as a challenge to the autonomy of PETRONAS. This autonomous region in Malaysia called PETRONAS has a PM named Tun Dr Mahathir, the man who made Malaysia what she is today. That simply can't be tolerated. It is impertinence of the highest order.


So, the seemingly simple and as a matter of fact asking how we have spent the PETRONAS money, is highly provocative. TDM doesn't do things without intending to influence the outcome.


PETRONAS with TDM stand in one corner. At the other corner is the current PM. Omar Ong is just the water boy.


We are currently witnessing an ongoing power play on PETRONAS stage. This is what it is actually. The PETRONAS board of directors whose security of tenure depends on the judgment of the PM is playing hardball. When they are doing is to make the PM lose face. The outcome is obvious.


This whole thing about Omar Ong is just a rear guard action by the Hassan Merican and the Board. First to save his own job, having served 15 years as PETRONAS President having the power over death and taxes just like the PM. Heck! He may even think he is the other DPM to PM Mahathir. The real PM wants to balance things up and place his representative there. Why he likes Omar, we don't know. Maybe he sees Omar all the time and sees nothing wrong with this chap. On the other hand he sees good talent.


It seems the PM wrote to the PETRONAS president sometime in May this year appointing Omar Ong to the board. The letter wasn't meant for further deliberations. The president must have taken this matter to the board and the board dutifully said no. We are not privy about the way he conveyed the message. Perhaps it was more like this: - 'guys I hear the PM wants to appoint our friend Omar Mustapha Ong as board member. If we are not careful, you people will be put out to pasture. It will be the end of the world as we know it.

Unfettered, unencumbered

Read the rest of this comment...



Re: Petronas Perlu Nafas Baru? (Score: 1)
by mendonan on Saturday, October 31 @ 17:36:53 MYT
(User Info | Send a Message)
Quoting an alternative view posted earlier:

For TDM, PETRONAS is his last bastion to flex similar 'prime ministerial powers'. If PETRONAS likens itself as a government, that analogy confers on TDM a surreal sense of speaking as another PM.


Hence, speaking as PM of PETRONAS, he asks, how did you people spend the 253 billion in 6 years compared to how I spent 183 billion over a period of 22 years? Only an overseer asks another who he sees as subordinate, the latter's conduct. By asking the provocative question, TDM makes it out that our government is answerable to PETRONAS. Perhaps this sense of omnipotent powers derives from the knowledge that PETRONAS has been saving this country. It does so by paying out dividends, royalties, taxes and other forms of payments.

Perhaps it is also thinking, it is better at managing its financial affairs than its 'rival' government.



> Saya mungkin tidak mengetahui banyak info dalaman, tetapi saya tetap tidak bersetuju dengan salah satu dari tulisan si 'alternative view'. Yes, an overseer has the rights to ask his subordinate about his/her conduct; and what is wrong with that? Bukankah itu hak dia (Tun Dr M) sebagai bekas PM, dan lebih penting lagi, itu hak dia untuk bertanya sebagai rakyat Malaysia?

What I see is that the very problem of some Malays is the very concept of 'pemerintah'. Kita seperti ada satu dogma ketakutan untuk bertanya tentang kerja pemerintah! That's why I prefer to use 'government', ie. they govern. Lupakah kita yang kita ni dalam sistem demokrasi? Sapa hamba kepada sapa? Kita hamba 'pemerintah'? No way, man! They're not Kings or Sultans by right, they were one of us, until we ELECT them to be the government. So, WE (THE RAKYATs) ARE THE BOSS! We have the right to ask about anything which involves rakyat's money. And we also has the right to ask on why keep on continuously insisting to elect the same person, even when some statements had been made available to the public about the guy's not-so-clear history (eg. study loan issue, etc.).

Saya tetap hormat kerajaan, dan saya tetap sokong BN, but budaya tunduk patuh harus dikawal.
The kerajaan got its power as the Raja passed down some rights of ruling the rakyat to the rakyat themselves (by which the rakyat decided who amongst themselves that they want to lead). Beware, or else we will be the one making new kings for ourselves who could carve up personal empires!

Daulat Tuanku! (To the real Yam Tuan Besar, Sultans, and Raja of this country)


Tetamu di talian

Online Now:
01: pang5     02: donaldaqu     03: mohdnasir     04: motobot     05: BNPilihanku     06: dukeofmontecristo     07: darth-anwar    

Laman ini dibangunkan dan dikelolakan oleh
MYKMU NET Web Team
KUMPULAN MENYOKONG UMNO
WebMaster : webmaster@mykmu.net
editorial: demokrasimalaysia@yahoo.com
All logos and trademarks in this site are property of their respective owner. The comments are property of their posters, all the rest



PHP-Nuke Copyright © 2005 by Francisco Burzi. This is free software, and you may redistribute it under the GPL. PHP-Nuke comes with absolutely no warranty, for details, see the license.
Page Generation: 0.24 Seconds