Welcome to
| Home | Daftar / Login | Forum | KMU Chat | Hantar Artikel | Arkib | EMail | Tadbir
Eksklusif: Khairy Akan Terus Berkuasa
Posted on Tuesday, September 30 @ 00:59:14 MYT
Topic: Utama

Jika ada sesiapa yang menganggap menantu Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Saudara Khairy Jamaluddin, bakal kehilangan kuasa dan pengaruh dalam politik UMNO berikutan ura-ura pengunduran Presiden UMNO ini, nyata ia merupakan satu hipotesis yang tidak tepat.

Maklumat terbaru yang diperolehi oleh MYKMU mendapati sudah ada usaha kem Abdullah untuk memaksa DatukSeri Najib memastikan kemenangan Khairy Jamaluddin sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia Mac ini jika mahu Pak Lah meletak jawatan tanpa bertanding.

Menurut sumber, dua perkara yang diminta oleh Abdullah kepada Najib dalam pertemuan baru-baru ini ialah Jangan batalkan projek Landasan berkembar yang ada kepentingan SCOMI dan pastikan Khairy akan menjadi Ketua Pemuda UMNO Malaysia.
Najib dikatakan bersetuju permintaan pertama tetapi tidak memberi apa-apa pandangan terhadap permintaan kedua. Disebabkan itu, Pak Lah tidak mengumumkan persaraannya Mac 2009 seperti sepatutnya. Pak Lah mahu melihat gerak tari Najib terlebih dahulu.

Najib mempunyai sehingga 9 Oktober ini untuk mencari jalan memastikan Khairy menang jawatan Ketua Pemuda atau sekurang-kurangnya meyakinkan Pak lah bahawa Najib akan memastikan Khairy menang.

Cakap-cakap di Kota Bharu juga mengesahkan Setiausaha Politik Datuk Seri Najib, Datuk Fatmi telah meminta Pemuda UMNO Bahagian Kota Bharu mencalonkan Khairy Jamaluddin sebagai Ketua Pemuda bagi menunjukkan restu Najib terhadap menantu Abdullah.

Bagaimanapun sehingga berita ini ditulis, Mykmu difahamkan usaha Datuk Fatmi ini bukanlah atas arahan Datuk Seri Najib.

Penguasaan Khairy bukan sahaja bersangkutan politik dalaman UMNO. Malah penghijrahan datuk Seri Najib ke Kementerian Kewangan juga tidak merupakan proses peralihan kuasa sepenuhnya.

Mustapha Ong bin Omar Ong, rakan baik Khairy Jamaluddin dan salah seorang pemain utama Ethos Consultant, dikatakan bakal dilantik sebagai Setiausaha Politik Datuk Seri Najib di Kementerian Kewangan. Oleh kerana perlantikan Setiausaha Politik merupakan bidang kuasa Perdana Menteri, maka tidak banyak yang dapat Najib lakukan.

Mustapha Ong pernah bekerja dengan Datuk Seri Najib sebelum ini. Beliau dikatakan  "Trojan Horse" Khairy dalam pejabat tersebut. Meninggalkan pejabat Najib atas persetujuan bersama setelah timbul beberapa isu dan juga berikutan kematian salah seorang penggerak utama Ethos sebelum ini.

Ethos merupakan salah satu pasukan konsultan yang digerakkan untuk kepentingan Khairy dalam pilitik dan perniagaan.

Nampaknya harapan Tun Mahathir dan pemimpin politik UMNO lain serta rakyat Malaysia untuk mengurangkan pengaruh Khairy belum terlaksana. Malah Khairy mungkin akan menjadi lebih kuat selepas ini. Ini kerana beliau akan berjaya menghilangkan labialiti sebagai menantu Perdana Menteri.


 
Related Links
· Jalil
· More about Utama
· News by kuntakinte


Most read story about Utama:
Scenic Bridge: Tun Mahathir's Response To GOV Statement


Article Rating
Average Score: 0
Votes: 0

Please take a second and vote for this article:

Excellent
Very Good
Good
Regular
Bad


Options

 Printer Friendly Printer Friendly


The comments are owned by the poster. We aren't responsible for their content.

No Comments Allowed for Anonymous, please register

Re: Ekslusif: Khairy Akan Terus Berkuasa (Score: 1)
by arielsyah on Tuesday, September 30 @ 01:25:21 MYT
(User Info | Send a Message)
Sesungguhnya ada sesuatu yang tidak kena apabila seorang Perdana Menteri perlu menunggu hingga ke saat-saat akhir sebelum Mesyuarat peringkat Bahagian dimulakan bagi memuktamadkan pendirian untuk bertanding atau tidak di dalam PAU akan datang. Apakah tugas yang mampu diselesaikan dalam masa dua minggu (tempoh masa di antara tarikh mesyuarat MKT UMNO terakhir dan tarikh bermulanya Mesyuarat Bahagian)? Tambahan pula di kala umat Islam sedang sibuk dengan persiapan untuk menyambut Syawal. Maka akal yang waras akan mudah membaca bahawa ada 'kompromi' yang sedang dibincangan di antara dua pemimpin tertinggi UMNO. Semoga Allah memberi petunjuk kepada hamba2Nya agar hanya perkara yang terbaik untuk umat Melayu Islam di Malaysia yang akan menjadi kenyataan. 



Re: Ekslusif: Khairy Akan Terus Berkuasa (Score: 1)
by KayJay on Tuesday, September 30 @ 02:24:35 MYT
(User Info | Send a Message)
Sesungguhnya memang ada kebenaran terhadap artikel diatas. Tentang Mustapha Ong, adalah tepat sekali. Dia memang budak Damansara sama-sama dengan si KJ tu. Dia orang dah kenal lama.

Pak Lah tidak akan melepaskan jawatan yang semamangnya tidak patut dipikulnya tanpa bersyarat. Tidak salah kalau saya katakan bahawa kemelut rakyat Malaysia (terutama ahli Umno) adalah berpunca daripada si'pemuda" gelojoh ini. Bukan sangat pasal kelemahan Pak Lah mentadbir, tapi kelemahan dia  berusaha sedaya upaya untuk menyelitkan si KJ ni.

Si Ethos ni tahi minyak ajer. Dia orang ni asyik-asyik jaja nama McKinsey ajer. Adalah 6 bulan kot si Omar tu kerja ngan McKinsey. Sekarang ni, takde sapa yang percaya dengan those silly American consultants. NCER, tah apa ER lagi tu, Ethos punya kerja, bukan kepala hotak Pak Lah (Pak Lah tak boleh berfikir). Economic Region tu dah 5 tahun, apah takade. Ethos ni, is very theoretical. Dia orang tahu buat Powerpoint presentation yang canggih....orang gomen tengok Powerpoint canggih memang cepat terpesona. Sebenarnya, they don't know what they are talking about. Dia orang tahu buat imaginary concepts sahaja. Itu sebab ekonomi kita takde penggerak. Sebab si Ethos ni tak tahu bab-bab ekonomi ni (sama macam Nuar Mr. Backdoor). Ethos=Budak Tingkat 4.

I can go on....but...one thing is for sure. Don't wait for Pak Lah to step down, we have to force him down. Dengan cara tu, dia takde nak letak syarat bukan-bukan. And as for Najib....I guess his days are as numbered as Pak Lah. Kita kena install a new number one and number two.

Selamat Hari Raya semua.



Re: Ekslusif: Khairy Akan Terus Berkuasa (Score: 1)
by syed-rizal (RIZALhatePAS@KALUTABIS.COM) on Tuesday, September 30 @ 02:51:47 MYT
(User Info | Send a Message)
DS Najib perlu buat pendekatan sebelum mac nih kuar statement "SAYA MENAWARKAN DIRI UNTUK JADIK PRESIDEN" gerenti orang bagi pencalonan....langsung xde tekanan....

kalu KJ terus berkuasa...pakai bungkus arr....

"UMNO MATI 2057...???
UMNO MATI BUAKN DITEMBAK MUSUH....TAPI...
UMNO MATI DIRACUN AHLI SENDIRI"...FIKIR-FIKIRKAN LAH....

SIAPA AHLI YANG MERACUN TUH...???




Re: Eksklusif: Khairy Akan Terus Berkuasa (Score: 1)
by rpkfan on Tuesday, September 30 @ 05:04:06 MYT
(User Info | Send a Message)
si SIL ni akan kehilangan semua termasuk selua dlm nya jika PM kita berundur.

tak ada lagi bakat dlm pemuda, mmg nya ramai dan lebih berhemah dari si SIL ni.

jika pembangkang sebut dia ni macam beruk, saya tak akan pun nafi dia ni macam beruk.

orang muda paling kaya di malaysia, hanya FIL dia PM, jika bukan, dia hanya pengemis di tepi jalan.




Re: Eksklusif: Khairy Akan Terus Berkuasa (Score: 1)
by senarafrenz on Tuesday, September 30 @ 06:35:25 MYT
(User Info | Send a Message)
lu all pikir la sendiri kalau KJ jd ketua pemuda. pasni jd menteri pelajaran pastu menteri kewangan pastu PM.

lu pikir la sendiri sapa yg susah.......isk..isk...isk

Salam Aidilfitri maaf zahir batin kpd seluruh rakyat msia yg menyambut aidilfitri t'masuk KJ dan POK LAH



Re: Eksklusif: Khairy Akan Terus Berkuasa (Score: 1)
by raplahjingaa on Tuesday, September 30 @ 13:13:08 MYT
(User Info | Send a Message)
Itu percaturan PL untuk menantunya....mungkin berjaya mungkin idak......nama ABB dan kegagalan adalah terlalu sinonim...Seperti jugak nama Khairy dan kebodohan...terlalu sinonim...

 Di sebelah tengah dan utara...senyap-senyap dlm bulan puasa ni...mukriz dan ramai lagi ketua pemuda bahagian yang baru sedar diri.... telah menyusun strategi......malah
 " sleeping cell ' yg di tanam dlm PKR, dan jugak di tingkat 4 telah di kejutkan.....dan mula bekerja.....itu informasi terkini.....dalam diam Tun masih berjasa..........

Tunggu dan lihat.....siapa yg kena...





Re: Eksklusif: Khairy Akan Terus Berkuasa (Score: 1)
by lobster on Tuesday, September 30 @ 14:01:46 MYT
(User Info | Send a Message)
salam tentang bulan...
Anak bulan semakin kelihatan berdasarkan rukyah.Rakyat malaysia di bawah PR akan mencipta sejarah apabila menjadi angkasawan secara beramai2 menjejakkan kaki ke bulan.
Rakyat akan menaiki roket bersaksikan mata keadilan untuk sampai ke bulan.....


Info: Keluarrr Barisannnn..Masuk Bulatannnn...
Reformasi..reformasi.....reformasi.... takbir
allahuakbar...allahuakbar...allahuakbar....



Re: Eksklusif: Khairy Akan Terus Berkuasa (Score: 1)
by Adam (adam@hotmail.com) on Tuesday, September 30 @ 14:24:56 MYT
(User Info | Send a Message)
Pilih Ketua Pemuda UMNO atau Ketua Bahagian UMNO di Bahagian-Bahagian adalah tugas dan tanggungjawab ahli-ahli UMNO, Pemuda UMNO dan bapa UMNO.

Pilih Ketua adalah macam pilih benih tumbuh-tumbuhan, macam pilih durian. Kena lihat, kena bau, kena goncang, kena rasa. 

Pilih tu bukan untuk Presiden dan Timbalan Presiden UMNO tetapi untuk kebaikan dan kemajuan serta masa hadapan ahli-ahli UMNO, anak cucu mereka, untuk rakyat Malaysia, untuk bangsa dan agama seperti yang termaktub dalam Perlembagaan UMNO.




Re: Eksklusif: Khairy Akan Terus Berkuasa (Score: 1)
by Adam (adam@hotmail.com) on Saturday, October 04 @ 10:16:02 MYT
(User Info | Send a Message)
Apa pasal laman web REMBAU.COM sangat susah mahu masuk tapi laman web MP Jerlun kita boleh masuk dengan senang?



Re: Eksklusif: Khairy Akan Terus Berkuasa (Score: 1)
by SITIHAJAR on Saturday, October 04 @ 15:26:32 MYT
(User Info | Send a Message)
TAK MUNGKIN C KITOL NI DAPAT KEMANA PUN..SEBAB SEBELUM NAJIS NAIK KERAJAAN DUMBNO AKAN RUNTUH SEPERTI MANA C LUNCAI TERJUN DENGAN LABU LABUNYER..KALAU PUN BETUL C KITOL NI BAKAL KETUA PEMUDA DUMBNO BAKAL RUNTUHLAH ANAK MELAYU BER EMPIT, KAKI MINUM DAN BETINA SEPERTI MANA BAKAL KETUA NYER..DAN ANAK2 GADIS MELAYU AWAS LAH MANA YANG BERDAHI LICIN AKAN TETAP DI TERJAH DENGAN RAKUS NYER OLEH KITOL NI..SEJARAH DAH PUM MEMBUKTIKAN..C KITOL NI KAKI BETINA..KAKI PUKUL (WALAUPUN DIA PENGECUT TAPI PANDAI MENGUPAH AJER KAKI PUKUL!!) DAN NILAI WANG RINGGIT TANAH MALAYA AKAN JATUH MENJUNAM SELEPAS INI..TENGOKLAH WAHAI UMAT TANAH MALAYA..KITA PERLU BERTINDAK UNTUK MENDAPATKAN "KEMERDEKAAN DARI KATA SEBENAR"..HAPUS KAN NAJIS DAN KITOL DARI DUMBNO...KU LI AJERLAH YANG MAMPU MEMBAWA TANAH MALAYA KE JALAN YANG BENAR...



Re: Eksklusif: Khairy Akan Terus Berkuasa (Score: 1)
by GunaAkal_ on Sunday, October 05 @ 13:14:22 MYT
(User Info | Send a Message)


Askum...

Bila laa hampa puak2 UMNO ni nak sedaq diri....

UMNO = Pusat Lubuk Duit

sokong UMNO = sokong pemimpin korup

jadiii....

Siapa banyak duit & lobi guna RM... GERENTI menang....

KJ tu billionaire.....sahih puak2 UMNO yang mata duitan ni sokong dia...duit beb duiiittt...!!!!

UMNO kan Parti Ketuanan Duit...ops silap....Parti Ketuanan Melayu...yang dh lama x jadi tuan hasil kebijaksanaan pemimpin UMNO/BN...



p/s

Fakta beb...jgn nk salah Pakatan Rakyat plak...
Slamat Ari Raya...maap zahir batin...heheee




Re: Eksklusif: Khairy Akan Terus Berkuasa (Score: 1)
by pujangga_bangsa (Taknak_PAKLAH@umno.org) on Sunday, October 05 @ 21:37:51 MYT
(User Info | Send a Message)
woi lobster lahanat!!!
kau ini lalang...
kejap umno...
kejap PR...??
mana satu..??
kejap Dollah..
kejap nuar..
berambus arr.....


Tetamu di talian

Online Now:
01: ajakq     02: donaldaqu     03: cranell     04: megat1204     05: tunmaharezzax     06: BNPilihanku     07: hakeem85     08: cikguKHAN     09: amar     10: Samurai     11: esamanja    

Laman ini dibangunkan dan dikelolakan oleh
MYKMU NET Web Team
KUMPULAN MENYOKONG UMNO
WebMaster : webmaster@mykmu.net
editorial: demokrasimalaysia@yahoo.com
All logos and trademarks in this site are property of their respective owner. The comments are property of their posters, all the rest



PHP-Nuke Copyright © 2005 by Francisco Burzi. This is free software, and you may redistribute it under the GPL. PHP-Nuke comes with absolutely no warranty, for details, see the license.
Page Generation: 0.20 Seconds