Kemelut Kepimpinan Perlis: Satu Lagi Sebab Mengapa Paklah Perlu Berundur Posted on Friday, March 14 @ 19:46:37 MYT
Topic: KOMENTAR
|
|
Perlantikan orang kuat Radzi Sheikh Ahmad, Datuk Dr. Md Isa Sabu sebagai Menteri Besar Perlis menimbulkan tanda tanya tentang siapa yang berkuasa dalam UMNO? Shahidan telah dipersetujui sebelum pilihan raya dan selepas pilihan raya sebagai Menteri Besar Perlis. Pak Lah sudah mengeluarkan watikah. Mengapa boleh berubah?
Semua orang perlis tahu Md Isa Sabu adalah hulubalang setia Radzi. Kata pemimpin UMNO Perlis, kalau toreh tangan Md Isa ini, darah yang keluar pun pasti akan tertulis radzi!radzi!radzi.
Mungkin siapa yang berkuasa dalam UMNO ialah pertanyaan terbaik sekarang. Sudah lama kedengaran jika pentadbiran negara menjadi alat percaturan penasihat-penasihat bernama Khairy Jamluddin, Kamaluddin Abdullah Ahmad Badawi, Datuk Kamarulzaman (TV3), Datuk Annuar Zaini (Bernama) dan Datuk Kalimullah Hassan Mesrul (NSTP); maka Radzi Sheikh Ahmad, Muhd Taib dan Bg. Jen (Bersara) Husaini menguasai UMNO.
Mereka tidak dipilih secara demokratik oleh ahli parti. Berbeza zaman Tun Mahathir yang mana jawatan-jawatan lantikan hanya bertanggungjawab melaksanakan keputusan Majlis Tertinggi UMNO, hari ini jawatan lantikan seperti Setiausaha Agung UMNO, Ketua Penerangan UMNO dan Setiausaha Kerja UMNO sudah menjadi pencatur politik UMNO seluruh negara.
UMNO sudah tenat kerana hak demokrasi ahli tidak diiktiraf oleh Pak Lah. Ketua Bahagian dibuang sesuka hati (Ibrahim Ali), digantung tidak bertali ahli MT (Zaid Ibrahim), dihina secara terbuka oleh Setiausaha Agung UMNO (Shahidan Kassim) dan ada ahli MT (Khir Toyo) diserang bertubi-tubi oleh media massa (kerana dilihat bakal menjadi ancaman kepada kerjaya politik Khairy) sehingga tumbang negerinya.
Setelah kalah banyak dalam pilihan raya, hilang majoriti dua pertiga, gagal mengawal politiking dalam parti akibat pegawai yang dilantik oleh beliau sendiri, tertangguhnya perlantikan Idris Jusoh sebagai Menteri Besar, keputusan flip flop dalam perlantikan Menteri Besar Perlis; masih layakkah Pak Lah menjadi pemimpin UMNO?
Mahukah kita tunggu UMNO kalah secara pukulan KO baru mahu menukar Abdullah? Apa erti kesetiaan kepada pemimpin jika pemimpin tidak menghormati keputrusan akar umbi dan ahli? Apa erti kesetiaan kepada pemimpin jika pemimpin sewenang-wenangnya memecah belahkan parti, menghina pemimpin terdahulu? Apa erti kesetiaan kepada pemimpin jika dasar, polisi dan peribadi beliau sudah ditolak oleh akar umbi dan rakyat Malaysia?
Apakah kita mahu menunggu sehingga rakyat menolak UMNO dan BN secara total sebelum melakukan perubahan?
Menyokong Datuk Seri Shahidan Kassim
Cukuplah Pak Lah! Penghinaan terhadap Tun Dr. Mahathir, Datuk Ibrahim Ali, Tan Sri Isa Samad, Datuk Zaid Ibrahim, dan terbaru Datuk Seri Shahidan Kassim. Tidak lama lagi mungkin Datuk Seri Idris JUsoh pula.
Cukuplah! Ketika laman ini mendedahkan betapa UMNO sedang diancam oleh Anwar Ibrahim untuk melakukan "coup de tat." Pak Lah terus memecah belahkan UMNO dengan politiking belakang tabir oleh beliau, Khairy dan Radzi.
Cukuplah ahli UMNO semua. Terimalah hakikat bahawa keadaan sudah genting dan Pak Lah tidak menunjukkan tanda untuk berubah atau mengukuhkan parti. Sebaliknya ia hanya membenarkan parti terus menjadi huru hara, DEB diperlekehkan dan parti komponen kehilangan kerusi.
Perlakuan Pak Lah dan Radzi Sheikh Ahmad (kedua-duanya punca antara punca UMNO diharamkan pada 1988) terhadap Datuk Seri Shahidan Kassim adalah satu penghinaan kepada Majlis Tertinggi UMNO, UMNO Perlis dan ahli UMNO sendiri.
|
|
|
|
|
|
|
| |
| Article Rating
| Average Score: 0 Votes: 0
|
|
|
|
| | The comments are owned by the poster. We aren't responsible for their content. |
|
|
|
No Comments Allowed for Anonymous, please register |
|
Re: Kemelut Kepimpinan Perlis: Satu Lagi Sebab Mengapa Paklah Perlu Berundur (Score: 1) by KuntaKinte on Friday, March 14 @ 20:07:00 MYT (User Info | Send a Message) | Kepada Datuk Seri Shahidan
Sudah tiba masanya untuk Datuk Seri bangun melakukan penentangan terbuka terhadap Pak Lah. Masa sudah suntuk untuk menyelamatkan UMNO.
|
|
|
Re: Kemelut Kepimpinan Perlis: Satu Lagi Sebab Mengapa Paklah Perlu Berundur (Score: 1) by pemuda-umno (mus_takimz@yahoo.com) on Friday, March 14 @ 20:09:46 MYT (User Info | Send a Message) | TIDAK KU SANGKA BEGINI RUPANYA SIKAP PAKLAH HADARI.. saya ni ikhlas dari hati pangkah dua2 BN, Dun Sg Udang dan Parlimen Tangga Batu, dua2 BN secara undi pos no Kad Pengenalan T1120491. Saya juga amat terkilan kerana berlaku banyak ketidakpuashatian dalam ahli-ahli UMNO. Kalaulah dalam peraturan tentera membenarkan saya untuk protes kerajaan, pasti saya akan edarkan petisyen berkenaan. Saya juga akan mendaftar ahli UMNO, tapi saya tak berpeluang buat begitu. Apa yang mampu, saya hanya menyokong kehendak ahli UMNO bersama, supaya PakLah hadari letakkan jawatan. Tapi saya sedia menandatangani Petisyen jika PakLah masih angkuh. Sila edarkan di kawasan kami di sekitar Sungai Udang.
|
|
|
Re: Kemelut Kepimpinan Perlis: Satu Lagi Sebab Mengapa Paklah Perlu Berundur (Score: 1) by dukperati on Friday, March 14 @ 20:10:37 MYT (User Info | Send a Message) | tunggu apa lagi shahidan...anda telah dihina sehina hinya oleh dolh dgn radzi....bangkit dan jadilah pendekar utk membetulkan keadaan...
|
|
|
Re: Kemelut Kepimpinan Perlis: Satu Lagi Sebab Mengapa Paklah Perlu Berundur (Score: 1) by Randomsee (AkuBenCiPASbaruaKImakNatebabiHaram@kmu.net.my) on Friday, March 14 @ 20:13:16 MYT (User Info | Send a Message) | ksiannya...setelah berhempas pulas menyelamatkan perlis dari dilanda tsunami, begitu senang shahidan di tendang keluar...
ayuh shahidan kini bukan masanya untuk mengampu lagi!
buktikan bahawa ada orang yang mencampuri hal ehwal UMNO negeri
|
|
|
Re: Kemelut Kepimpinan Perlis: Satu Lagi Sebab Mengapa Paklah Perlu Berundur (Score: 1) by LiteOn on Friday, March 14 @ 20:38:42 MYT (User Info | Send a Message) | Tadi tgkjuga berita tv3suku pasal ni. Kesian pulak tgk Datuk Seri Shahidan Kassim. Makin lama makin tak senonoh la PM samdol ni. |
|
|
Re: Kemelut Kepimpinan Perlis: Satu Lagi Sebab Mengapa Paklah Perlu Berundur (Score: 1) by pemudaujungjulai on Friday, March 14 @ 20:45:03 MYT (User Info | Send a Message) | Salam Bro Shahidan,
Nah!!! Mungkin sekarang Bro perlu menilai semula erti taat setia kepada Parti UMNO yang kita sayangi.
Takkan samapai sekarang masih lagi mengayat bahawa: "Menentang Pengerusi BN adalah menentang BN, menentang Presiden UMNO adalah menentang UMNO".............
Renung-renungkan...........
Selamat Beramallllll..............
|
|
|
Re: Kemelut Kepimpinan Perlis: Satu Lagi Sebab Mengapa Paklah Perlu Berundur (Score: 1) by maharun on Friday, March 14 @ 20:53:28 MYT (User Info | Send a Message) | tak payah buat apa2 lantak je negara ni dibolot oleh pihak menentang baru putih mata.... nak suruh depa bangun tak juga bangun2... bangun la org kuat dulu2 menentang pemimpin yang kuat tido tu
|
|
|
Re: Kemelut Kepimpinan Perlis: Satu Lagi Sebab Mengapa Paklah Perlu Berundur (Score: 1) by payids on Friday, March 14 @ 20:55:39 MYT (User Info | Send a Message) | | kesian aku dengan Shahidan. Lagi berita terkini yang aku dengar pasal pembentukan kabinet isnin ni (belum dipastikan kesahihan) Khairi akan dilantik sebagai timbalan menteri kewangan. Kalau betul berita ni, maka makin senangla korupsi anak beranak. |
|
|
Re: Kemelut Kepimpinan Perlis: Satu Lagi Sebab Mengapa Paklah Perlu Berundur (Score: 1) by begCD on Friday, March 14 @ 20:57:59 MYT (User Info | Send a Message) | Pak lah bangan tengah susun kabinet.... sebab tu agaknya para penjilat dibiarkan berleluasa berkuasa....
khabarnya KJ akan di beri jawatan timbalan menteri kewangan... harapnya tak ler betul khabar angin tu...
PAK LAH... BERAMBUS LAH!!!!!!!!! INI MALAYSIA BUKAN BAPAK PAK LAH YANG PUNYA!!!!!!!!! AKU PEDULI APA KALAU BAPAK PAK LAH TU ULAMAK TAPI DAPAT ANAK PENJUAL MARUAH MELAYU!!!!!!!!!!!!
SIAL PUNYA PAK LAH!!!!!!!!!!1
|
|
|
Re: Kemelut Kepimpinan Perlis: Satu Lagi Sebab Mengapa Paklah Perlu Berundur (Score: 1) by pokok-kelapa on Friday, March 14 @ 20:58:22 MYT (User Info | Send a Message) | Saya setuju. Abdullah Badawi ini memang tak sedar-sedar yang dia menggadaikan orang Melayu. Mendidih darah aku menonton berita pukul 8 TV3 14hb Mac 2008 (Jumaat). Bila ditanya mengenai seruan UMNO PP agar Kerajaan Pusat tidak menaja lagi pembangunan di PP, dengan muka yang menunjukkan beliau jijik, si kurang ajar Lim Guan Eng menyatakan sekiranya Kerajaan Pusat mengikut cakap UMNO PP "I don't know la...". Kalau aku ada di situ, penumbuk memang dah hinggap pada muka Cina tak sedar diri itu!
|
|
|
Re: Kemelut Kepimpinan Perlis: Satu Lagi Sebab Mengapa Paklah Perlu Berundur (Score: 1) by tempua on Friday, March 14 @ 21:01:15 MYT (User Info | Send a Message) | Politiking dalam UMNO ni dah mengalahkan soap opera Sepanyol... Depa ni kerja nak menguruskan negara ke nak merompak?
http://nazlikimin.wordpress.com
|
|
|
Re: Kemelut Kepimpinan Perlis: Satu Lagi Sebab Mengapa Paklah Perlu Berundur (Score: 1) by fsksm on Friday, March 14 @ 21:03:20 MYT (User Info | Send a Message) | salam...
mungkin orang ramai tidak tahu menahu tentang keperibadian shahidan yang sebenarnya... klau dia bleh mempertikaikan peranan institusi diraja merubah watikah perlantikan dia sebagai mb, kita juga bleh mempertikaikan kenapa dia menukar nama calon parlimen arau dari nama dr mastika kepada ismail kassim?
itu kebenarannya...
|
|
|
Re: Kemelut Kepimpinan Perlis: Satu Lagi Sebab Mengapa Paklah Perlu Berundur (Score: 1) by soros2 on Friday, March 14 @ 21:04:49 MYT (User Info | Send a Message) | Maafkan saya, sebab saya seorang Cina dan post comment di forum Melayu. Sebenarya ramai Kaum Cina menyokong Pak La. Betul cakap Tun Dr.Mahathri, menantu Pak La telah jadi BN hilang songkong daripada Kaum Cina. Kalau kamu ada kawan kaum Cina, boleh tanya mereka, siapa yang terbenci dalam UMNO. Jawapan ialah Khali dan Hussein.
Maafkan jika post saya mejadi marah sesiap sini.
|
|
|
Re: Kemelut Kepimpinan Perlis: Satu Lagi Sebab Mengapa Paklah Perlu Berundur (Score: 1) by pahlawan_melayu on Friday, March 14 @ 21:08:59 MYT (User Info | Send a Message) | | Khali = Khairy Jamaluddin Hussein = Hishammudin Tun Hussein |
|
|
Re: Kemelut Kepimpinan Perlis: Satu Lagi Sebab Mengapa Paklah Perlu Berundur (Score: 1) by ultraman3 on Friday, March 14 @ 21:09:50 MYT (User Info | Send a Message) | | Dari org melayu buat demonstrasi sebab tak puas hati dengan KM penang dll. lebih baik kita focus macammana nak bagi imam besar resign samaada dipaksa atau terpaksa..lepas kita dah unify balik majority org melayu, baru kita boleh challenge org lain, kalau tidak kena gelak aje lah dengan org lain..TV3 tadi selitkan berita yang Pak Lah submit nama Shahidan tapi seolah olah Istana yg reject...betulke TV3 ni.. |
|
|
Re: Kemelut Kepimpinan Perlis: Satu Lagi Sebab Mengapa Paklah Perlu Berundur (Score: 1) by pahlawan_melayu on Friday, March 14 @ 21:18:55 MYT (User Info | Send a Message) | | agaknya apa yang sedang Abdullah Ahmad Badawi sedang lakukan ketika ini. Apakah beliau masih belum menunaikan fardu Asar, atau pun sedang berada atas sejadah berdoa? Ataupun sedang menikmati minuman petang bersama Jeanne, Khairy dan Nori? Atau pun sedang meriba cucunya yang bernama Mohamad Ali Jibrail itu? Atau Abdullah sedang tidur! Atau pun sedang menyusun barisan kabinet yang bakal diumumkan Isnin hadapan? Ataupun beliau baru pulang dari kuburan Hendon, membersih rumput rumpai, mencucuri air mawar dan membuang debu-debu di nisan Endon. Apakah Abdullah tahu apa yang berlaku nun jauh di Utara, di negeri Perlis Indra Kayangan, di mana Shahidan Kassim sedang menangis kerana tidak diterima Raja Perlis untuk mengangkat sumpah menjadi MB.
Para penyokong Shahidan ketika ini sedang histeria kerana tidak dapat menerima hakikat yang berlaku itu, bahawa Shahidan Kassim bukan lagi Menteri Besar Perlis. Shahidan sudah pun mendapat watikah perlantikan sebagai MB Perlis daripada Abbdullah. Beliau bercadang untuk menghadap Raja Perlis hari ini bagi menunjukkan dan memaklumkan kepada Raja yang beliau dilantik menjadi MB. Dalam bersiap sedia mungkin ketika sedang memakai samping, tiba-tiba tersebar berita Dr Mat Isa Sabu (Adun Bintong) telah dipanggil raja untuk angkat sumpah sebagai MB.
Begitu juga apakah Abdullah tahu apa yang sedang berlaku di negeri Pantai Timur, Terengganu ketika ini. Seorang lagi orang yang beliau beri watikah untuk menjadi MB, Idris Jusoh masih belum dipanggil untuk mengangkat sumpah menjadi MB. Sama seperti di Perlis, di Besut juga para penyokong Idris histeria dan menangis mengenang apakah yang berlaku.
Sultan Terengganu katanya tidak mahukan Idris Jusoh menjadi MB. Baginda mempunyai nama dan calonnya sendiri. Jangan ditanya apa sebab-sebabnya. Tentulah ada alasan kemas bagi Sultan Terengganu berbuat begitu kalau masakan baginda bertindak demikian.
|
|
|
Re: Kemelut Kepimpinan Perlis: Satu Lagi Sebab Mengapa Paklah Perlu Berundur (Score: 1) by pahlawan_melayu on Friday, March 14 @ 21:21:42 MYT (User Info | Send a Message) | | Apakah Abdullah tahu segala kejadian itu? Kalau beliau masih tidur atau pun masih tidak sedar, beliau hendaklah dikejutkan, biar tahu apa yang sedang berlaku dalam Umno kini. Apa yang terjadi ini tidak pernah berlaku sepanjang sejarah Umno. Raja atau Sultan tidak pernah melengahkan majlis angkat sumpah kecuali sultan Johor dan sultan Pahang.
Lain-lain sultan tidak pernah tunjuk feel begitu. Namun di zaman Abdullah ini nampaknya semua sultan telah berani dan menunjukkan kuasa masing-masing. Sultan tidak lagi takut kepada perdana menteri seperti mana sebelum ini. Apakah ini memberi gambaran bahawa sutlan dan raja juga tidak suka (berkenan) dengan Abdullah.
Apabila Sultan Terengganu dan Raja Perlis tidak mempedulikan watikah Abdullah ini bermakna watikah Abdullah sudah tidak laku lagi. Jika watikah itu diibarat wang, bermakna wang Abdullah sudah tidak laku. Kalau sudah tidak laku dan tidak ada nilai, bermakna Abdullah sendiri tidak dipandang sebelah mata lagi oleh sultan dan raja lagi.
Makanya kalau sudah jadi begitu eloklah kalau Abdullah bersiap sedia mengemaskan segala perkakas dan pakaian untuk meninggalkan Putrajaya. Tidak ada guna beliau mendiami kediaman itu lagi kalau orang tidak ada hormat kepadanya, lebih baik keluar sebelum dihalau. Keluarlah sebelum berlaku apa-apa yang lebih memalukan.
|
|
|
Re: Kemelut Kepimpinan Perlis: Satu Lagi Sebab Mengapa Paklah Perlu Berundur (Score: 1) by farizwa on Friday, March 14 @ 21:25:08 MYT (User Info | Send a Message) | Menyokong penuh kepimpinan Datuk Seri Shahidan Kassim. Kenapa pemimpin yang membawa kemenangan kepada barisan nasional perlu ditukar?
"Renung-renungkan dan selamat beramal"
Pemuda UMNO |
|
|
Re: Kemelut Kepimpinan Perlis: Satu Lagi Sebab Mengapa Paklah Perlu Berundur (Score: 1) by HangLipat on Friday, March 14 @ 21:52:24 MYT (User Info | Send a Message) | di TV3 pak lah sedang kasi forum 'bersama PM'...aku cuba halusi apa yang diperkatakannya..tapi isu yg dicakap berulang2...takmau salahkan diri...hanya salahkan rakyat..rakyat...rakyat...dan aku terus tutup tv..rasa menyampah makin menebal dengan org tua ni
|
|
|
Re: Kemelut Kepimpinan Perlis: Satu Lagi Sebab Mengapa Paklah Perlu Berundur (Score: 1) by pahlawan_melayu on Friday, March 14 @ 22:23:58 MYT (User Info | Send a Message) | | Dollah batal ke Senegal takut kerajaan BN digulingkan?
Kenapa Dollah Badawi, Perdana Menteri yang baru dilantik itu membatalkan program pentingnya untuk menyerahkan jawatan pengerusi OIC di Senegal. Sekadar diwakili oleh Yang Dipertua Dewan Negara. Mungkin PM takut digulingkan oleh Najib kot memandangkan kedudukan BN agak goncang dan keyakinan Umno terhadapnya kian terhakis. Atau bimbang wakil-wakil BN terutama di Sarawak dan Sabah akan memberikan sokongan kepada Anwar Ibrahim, PM in waiting? BA hanya perlukan 30 ahli Parlimen untuk menubuhkan sebuah kerajaan baru!
|
|
|
Re: Kemelut Kepimpinan Perlis: Satu Lagi Sebab Mengapa Paklah Perlu Berundur (Score: 1) by mat_bt on Friday, March 14 @ 22:25:17 MYT (User Info | Send a Message) | Kawan2 KMU dan ahli umno semua......
Apa dah jadi PM pakdolah ni'watikah'tak laku,leceh betoi dok tunggu nak buat apalagi,undur....lah.
Tun yang dihormati'PERJUANGAN BELUM SELESAI' kesian nasib umno,nasihat Tun amat diperlukan lani.
Datok Mukhriz syabas,sikap datuk amat berlainan dengan sikap2 banyak datuk2 melayu yang bergelar datuk,depa hanya tau tunggu mana perintah depa nak sokong,macam manusia tak dak telok hingggakan nak beza mana salah mana betoi puk tak reti.
Demi menyelamatkan 'UMNO' sesungguhnya,pakdolah, berundurlah.
cawangan felda Dkedah.
|
|
|
Re: Kemelut Kepimpinan Perlis: Satu Lagi Sebab Mengapa Paklah Perlu Berundur (Score: 1) by HangLipat on Friday, March 14 @ 22:26:15 MYT (User Info | Send a Message) | YM Tengku Razaleigh tolong lah tarik pak lah turun....kami rayu!!
|
|
|
Re: Kemelut Kepimpinan Perlis: Satu Lagi Sebab Mengapa Paklah Perlu Berundur (Score: 1) by mat_bt on Friday, March 14 @ 22:26:31 MYT (User Info | Send a Message) | Kawan2 KMU dan ahli umno semua......
Apa dah jadi PM pakdolah ni'watikah'tak laku,leceh betoi dok tunggu nak buat apalagi,undur....lah.
Tun yang dihormati'PERJUANGAN BELUM SELESAI' kesian nasib umno,nasihat Tun amat diperlukan lani.
Datok Mukhriz syabas,sikap datuk amat berlainan dengan sikap2 banyak datuk2 melayu yang bergelar datuk,depa hanya tau tunggu mana perintah depa nak sokong,macam manusia tak dak telok hingggakan nak beza mana salah mana betoi puk tak reti.
Demi menyelamatkan 'UMNO' sesungguhnya,pakdolah, berundurlah.
cawangan felda Dkedah.
|
|
|
Re: Kemelut Kepimpinan Perlis: Satu Lagi Sebab Mengapa Paklah Perlu Berundur (Score: 1) by knizams on Friday, March 14 @ 22:33:09 MYT (User Info | Send a Message) | Sekarang ni, Pak Mertua Khairy nak suruh PEMUDA ambik tindakan pada mukhriz pulak. Betul2 diktator. Setaraf Hitler dah pucuk pimpinan. Hishamudin bangang pun menjilatlah.... konon dibelakang tidoLAH
|
|
|
Re: Kemelut Kepimpinan Perlis: Satu Lagi Sebab Mengapa Paklah Perlu Berundur (Score: 1) by ikankarin on Friday, March 14 @ 23:09:04 MYT (User Info | Send a Message) | Satu lagi pembohongan dari Lah Dol yang Khairy dan pemimpin Umno yang mmg korup dan takut masa depan mereka susah dan getir. Jika dilihatkan kesungguhan Shahidan yang pulun diPerlis bagi kemenangan mutlak BN, kita harus beri tepukan gemuruh, hingga biji mata merah tak cukup tidur, tapi bayangkan sekiranya pengorbanan beliau di tolak mentah selepas menang oleh Lah Dol, walaupun kebanyakan ahli UMNO tidak menyukai Pak Dan Kassim.
Perkembangan ini menambahkan parah BN di Perlis. Malunya Umno yang senang dijual beli seperti perjudian. Dah sampai masanya UMNO Perlis menolak kepimpinan Lah Dol yang masih lena dibawah ketiak Jen.Musyuk
|
|
|
Re: Kemelut Kepimpinan Perlis: Satu Lagi Sebab Mengapa Paklah Perlu Berundur (Score: 1) by uncle_pejmbps on Friday, March 14 @ 23:15:24 MYT (User Info | Send a Message) | by fsksm on Friday, March 14 @ 21:03:20 MYT (User Info | Send a Message) salam...
mungkin orang ramai tidak tahu menahu tentang keperibadian shahidan yang sebenarnya... klau dia bleh mempertikaikan peranan institusi diraja merubah watikah perlantikan dia sebagai mb, kita juga bleh mempertikaikan kenapa dia menukar nama calon parlimen arau dari nama dr mastika kepada ismail kassim?
itu kebenarannya...
salam bro..
sedikit pembetulan...senarai nama calon memang membariskan Ismail Kasim..bukan Mastika...cuma setelah geng2 radzi kacau maka shahidan cadangkan supaya ismail ditukar dengan mastika..tetapi pak lah tak setuju dan diteruskan dengan ismail..watikah calon dari awal2 lagi nama Ismail... |
|
|
Re: Kemelut Kepimpinan Perlis: Satu Lagi Sebab Mengapa Paklah Perlu Berundur (Score: 1) by melz on Friday, March 14 @ 23:29:30 MYT (User Info | Send a Message) | im sorry but i am really happy isa samad is not n9 mb.....he is useless! just come to n9 what can u c? nothing accept his huge house in nilai, pd etc etc. and excessive lodging activity. i am sorry...but totally disagree with isa samad, nothing to pity about and i think one of the pig they forgot to shoot is him.
|
|
|
Re: Kemelut Kepimpinan Perlis: Satu Lagi Sebab Mengapa Paklah Perlu Berundur (Score: 1) by Cikgu_Nora (cikgu.nora@gmail.com) on Friday, March 14 @ 23:33:43 MYT (User Info | Send a Message) | Awat yang PakLah langsung tak leh wat apa-apa dalam kes pelantikan Menteri Besar? Nampak sangat orang dah tak heran dengan pandangan dia. Watikah dah jadi cam kertas sampah jek. Lepas ni kita tengok pulak apa yang bakal berlaku kat negeri Terengganu.
Umno semakin gawat! Paklah tak nak ngaku dia salah! Walhal first rule of leadership, everything is your fault Pak Lah! |
|
|
Re: Kemelut Kepimpinan Perlis: Satu Lagi Sebab Mengapa Paklah Perlu Berundur (Score: 1) by nazrul_hilmi on Friday, March 14 @ 23:52:12 MYT (User Info | Send a Message) | Alangkah jeleknya pak lah membuang seorang MB berkelulusan PhD seperti Dr. Shahidan Kassim dan digantikan oleh BAGHAL tunggangan Radzi Sheikh Ahmad (pembakar jambatan 1987).
Tidak lengkap lagikah kemusnahan yg hendak dilakukan pak lah anak-beranak terhadap UMNO dan BN? adakah nak tunggu BN kalah parlimen & semua negeri baru pak lah nak mengaku salah, wahai pak lah????? |
|
|
Re: Kemelut Kepimpinan Perlis: Satu Lagi Sebab Mengapa Paklah Perlu Berundur (Score: 1) by Ke_RIS on Saturday, March 15 @ 00:00:23 MYT (User Info | Send a Message) | | Berani ke Shahidan tu? Selama ni mengipas je kerja dia. |
|
|
Re: Kemelut Kepimpinan Perlis: Satu Lagi Sebab Mengapa Paklah Perlu Berundur (Score: 1) by Ke_RIS on Saturday, March 15 @ 00:08:47 MYT (User Info | Send a Message) | | Si flip flop tu mesti tengah tidur. sekarang masalah parti. lepas ni pasal nak lantik menantu. lepas tu nak naikkan minyak ke tak. tidur je LAH |
|
|
Re: Kemelut Kepimpinan Perlis: Satu Lagi Sebab Mengapa Paklah Perlu Berundur (Score: 1) by dodollahlagi on Saturday, March 15 @ 00:09:11 MYT (User Info | Send a Message) | | limkitsiang ingin pulau majlis perlantikan mb perak hang semua kata lks dap biadab dengan sultan melayu. sekarang shahidan pulak tak puas hati dengan istana. ini juga biadap. |
|
|
Re: Kemelut Kepimpinan Perlis: Satu Lagi Sebab Mengapa Paklah Perlu Berundur (Score: 1) by mydsx on Saturday, March 15 @ 02:42:30 MYT (User Info | Send a Message) | knp la umno dah jadi mcm ni .. aku sedih betul . ramai kawan ku dah meyokong parti lain tapi aku tetap sokong umno .. pak lah patut berundur jgn jadikan umno mangsa keadaan .. kita org melayu harus bersatu ..
|
|
|
Re: Kemelut Kepimpinan Perlis: Satu Lagi Sebab Mengapa Paklah Perlu Berundur (Score: 1) by sewa7 on Saturday, March 15 @ 06:11:51 MYT (User Info | Send a Message) | | Masalah besaq, patutnya sebelum PRU12 lagi dah bising, nih skrg baru nak bising takdak gunanya. baik muhasabah diri lagi bagus. |
|
|
Re: Kemelut Kepimpinan Perlis: Satu Lagi Sebab Mengapa Paklah Perlu Berundur (Score: 1) by spongeBob on Saturday, March 15 @ 08:57:38 MYT (User Info | Send a Message) | Untuk pengetahuan, Shahidanlah org pertama yg mengeluarkan kenyataan menyokong penuh Paklah mengekalkan jawatan PM selepas sahaja memenangi Perlis. Shahidan perlu berhenti sikap membodek keterlaluannya terhadap Paklah dan bangun menentang secara gentleman. Tp melihat kepada gayanya, beliau masih dgn tabiat utk terus membodek dan menjilat Paklah. Semoga beliau sedar dan bangun membantu Dato Mukhriz.
|
|
|
Re: Kemelut Kepimpinan Perlis: Satu Lagi Sebab Mengapa Paklah Perlu Berundur (Score: 1) by evolution_trojan04 on Saturday, March 15 @ 09:08:24 MYT (User Info | Send a Message) | saya setuju amat .. keadaan di n9 huru hara.. dengan menjatuh tan sri isa samad.. yang semua org tau tan sri isa jatuh bukan semata2z politik wang.tetapi disebab politik KJ di n9 tergugat.. selain itu faktor kekalahan di n9 juga ialah sebab kan calon. calon yg di pilih mat hassan n pak lah telah menyikirkan org2x tan sri isa yang pengundi suka dengan calon tersebut. tempat yg ditukar calon tersebut 70% kalah.. saper nak tangungjawab?
Menyokong Datuk Seri Shahidan Kassim
Cukuplah
Pak Lah! Penghinaan terhadap Tun Dr. Mahathir, Datuk Ibrahim Ali, Tan
Sri Isa Samad, Datuk Zaid Ibrahim, dan terbaru Datuk Seri Shahidan
Kassim. Tidak lama lagi mungkin Datuk Seri Idris JUsoh pula. saya juga menyokong kenyataan dato seri shahidan yg berkata politik nie lain ada lah kite di bawah n ada kala kite di atas..
hidup Tun Mahathir, Hidup Shahidan Kassim, Hidup Tan Sri Isa Samad. Hidup Idris Jusoh
tuan2x lihat kuasa setiausaha agong lg tinggi dari paklah.surat pak lah xlaku.
|
|
|
Re: Kemelut Kepimpinan Perlis: Satu Lagi Sebab Mengapa Paklah Perlu Berundur (Score: 1) by freemalay99 on Saturday, March 15 @ 10:17:44 MYT (User Info | Send a Message) | Ya Tuhan kami, keluarkan pemimpin kami yang dholim dari penduduknya ini, dan berilah kami pelindung dari
sisi Engkau dan berilah kami penolong dari sisi Engkau. Amin.
|
|
|
Re: Kemelut Kepimpinan Perlis: Satu Lagi Sebab Mengapa Paklah Perlu Berundur (Score: 1) by semangatnaning74 on Saturday, March 15 @ 10:55:55 MYT (User Info | Send a Message) | Cukup la...jangan bagi malu UMNO lagi WOI!!!!, Rakyat sekarang dah bijak menilai...bukannya mcm dulu??? Pengawai Kerajaan terutamanya org UMNO kat Selangor seperti pengawai DBP pun dah byk beralih sokongan pda Barisan Alternatif....Kanapa aku kata begini krna depan aku dia org berbual kutuk Pak Lah, Kutuk Tun..Hentam TV1, 2 & 3...serta media BN. Pengawai tu kata...kat Perak lain-lain parti berebut kuasa untuk berkerja (Tak apa la..lain2 Parti - PAS, PKR & DAP) tapi kat Perlis serta Trengganu sama Parti (UMNO) sama MELAYU berebut kuasa untuk dapat kerja?? Malu la..katanya lagi ...Bila Pinang tiada DEB ketua UMNO kecoh sebab dah tak masuk krna kerja-kerja tender terbuka bukannya lantik terus lagi...knapa bila kat Johor (WPI) DEB tak dilaksanakan org UMNO duduk menikus....Knapa tak buat bantahan...Apa UMNO buat utk org Melayu kat Pinang semasa GERAKAN memerintah....??? Pengawai tu siap suruh Pak Lah tunjukkan FAKTA bukti org melayu maju disana. pengawai tu kata DASAR yg ada sekarang masa zaman TUN & Pak Lah mesti dipinda...jgn Tunggu Melaka, Johor, NS diperintah oleh pembangkang baru nak KECOH???? Tengok Di Malaysia kaum mana yg majoriti kuasi BANDAR??? Bukankah ini DASAR yg dibuat oleh UMNO??? Singpore jadi hak milik cina, tunku yg lepaskan...Tunku parti mana??? bukankah parti UMNO???
|
|
|
Re: Kemelut Kepimpinan Perlis: Satu Lagi Sebab Mengapa Paklah Perlu Berundur (Score: 1) by paloi on Saturday, March 15 @ 11:11:40 MYT (User Info | Send a Message) | Teman haram tak kesah pun sapa MB perlih dan ganu. Tapi teman nak tengok le rakyat terengganu dan perlis menghormati sultan/raja mereka. Dan untuk hardcore amno jgn ler nak biadap dan kurang ajar mcm lim kit siang. Kome semua mau sultan/raja jadi rubber stamp jer ke? Ikut cakap amno? MB mcm haramjadah pun ikut jer.
Konon amno menyokong Sistem Raja Berpelembagaan tapi amno sendiri pun tak hormat raja. Bila raja mula buka mulut atau ambik keputusan tidak menyebelahi amno, mula le kata raja mencampuri urusan kerajaan. poooorah le org amno.
|
|
|
Re: Kemelut Kepimpinan Perlis: Satu Lagi Sebab Mengapa Paklah Perlu Berundur (Score: 1) by Serikandi on Saturday, March 15 @ 11:34:03 MYT (User Info | Send a Message) | baru jer baca paper utusan... yang pak lah kata dia tidak iktiraf Datuk Dr. Md Isa Sabu sebagai MB.. ermm.... konfius tul... and yg terbaru...pak lah gesa pemuda ambil tindakan terhadap mukhriz sebab surat yang dihantar oleh beliau tentang meminta pak lah meletakan jawatan... nampaknya siapa sahaja yang menetang pak lah pasti akan di ambil tindakan... pemimpin jenis apa ek ini? tidak boleh menerima teguran... |
|
|
Re: Kemelut Kepimpinan Perlis: Satu Lagi Sebab Mengapa Paklah Perlu Berundur (Score: 1) by windofchange on Saturday, March 15 @ 12:59:24 MYT (User Info | Send a Message) | | yeahhh.. jom kita reramai KUBURKAN UMNO.... |
|
|
Re: Kemelut Kepimpinan Perlis: Satu Lagi Sebab Mengapa Paklah Perlu Berundur (Score: 1) by nordin on Saturday, March 15 @ 13:08:42 MYT (User Info | Send a Message) | Kalau nak diikutkan trend sekarang, sudah pasti negeri Perlis pun tak ada bezanya dengan negeri-negeri lain di utara Semenanjung yang dilanda tsunami perubahan politik, namun rakat Perlis masih pandang muka Shahidan sebab itu mereka masih mengekal Perlis dibawah BN.
Shahidan patut sedar sejak dari awal lagi Dolah sudah tidak begitu berminat dengan dia (Shahidan) kerana termakan hasutan kawan baik dia si Radzi tu sehingga terpaksa Shahidan pergi berulang kali menyembah Dolah untuk mendapatkan persetujuan tentang pencalonan di Perlis. Dolah berpura-pura bersetuju dengan Shahidan kerana mahu memperkudakan Shahidan hanya untuk mengekalkan BN di Perlis, sambil memejamkan mata perbuatan kawan baik dia si Radzi tu untuk mengenepikan Shahidan.
Jika Dolah seorang yang berintrigriti tinggi dan memegang pada janji, sudah tentu dia akan menghalang usaha mana-mana pihak nak menjatuhkan Shahidan termasuk rakan baik dia si Radzi tu, sekarang sudah nampak jelas samada dia sememangnya bersubahat dengan Radzi secara diam atau kuasa dia sudah tidak laku lagi sampai Raja pun tak hormat pilihan dia yang sepatutnya mewakili suara rakyat. Ini bermakna sultan-sultan sendiri pun sudah tahu bahawa Dolah bukanlah pilihan rakyat dan tidak layak mewakili suara rakyat dan sebab itu mereka mahu membuat pilihan sendiri tampa memperdulikan lagi kuasa yang ada pada Dolah ni.
Apa lagi yang Dolah mahu tunggu sekarang bila rakyat dan raja-raja pun sudah tidak menghormati dia lagi. Kepada Shahidan, berhentilah dari membodek Dolah lagi, kalau janji dengan Tun pun Dolah boleh engkar inikan pula janji dengan bekas menteri besar. |
|
|
Re: Kemelut Kepimpinan Perlis: Satu Lagi Sebab Mengapa Paklah Perlu Berundur (Score: 1) by puterakayang on Saturday, March 15 @ 15:16:12 MYT (User Info | Send a Message) | | kepada DSSK teruskan melawan dengan penuh semangat juang dan tanpa kenal erti mengalah ke atas lawan2 yg secara terangan mahu menjatuhkan DS, semoga berjaya DS, kami rakyat perlis terus menyokong agenda pembangunan dan kebajikan yg telah DS laksanakan di perlis sejak 3 penggal yg lepas.. pastikan usaha radzi sheikh untuk menjatuhkan datuk seri digagalkan! |
|
|
Re: Kemelut Kepimpinan Perlis: Satu Lagi Sebab Mengapa Paklah Perlu Berundur (Score: 1) by mizani on Saturday, March 15 @ 15:31:33 MYT (User Info | Send a Message) | Kalau setakat Perlis negeri kecil, Pak Lah tak boleh kawal bagaimana beliau boleh mengawal scenario politik Malaysia yang berbagai warna dan pecahan ? BN akan jadi pembangkang di negeri yang BN menang ? Pelik tapi benar di bawah Pak Lah.
Situasi Malaysia memerlukan seseorang yang kuat dan teguh macam Dr M dan Tun Razak dulu. Saya rasa Pak Lah tidak mempunyai karisma sedemikian.
Oleh itu saya menyeru kepada ahli-ahli UMNO supaya bersatu dan tegakkan satu pendirian untuk menggantikan Pak Lah. Janganlah menunggu dan berdiri di belakang Pak Lah kerana lebih lama maka lebih lama lebih berpecahlah UMNO lagi. Kestabilan Malaysia terletak di tangan anda. |
|
|
Re: Kemelut Kepimpinan Perlis: Satu Lagi Sebab Mengapa Paklah Perlu Berundur (Score: 1) by t_teja1 on Saturday, March 15 @ 16:32:17 MYT (User Info | Send a Message) | Ni nak tanya. You all dok bising kat laman tapi nak keluar dan buat demonstrasi suruh Pak Lah letak jawatan macam Badrul Hisham/PKR buat bagi bantal kat Pak Lah tu tak berani pulak! Macamana ni?????
Bukankah kita bersatu teguh, bercerai roboh????
Nak harap menteri2 besar nak ke depan, wasaalam lah!
Mukhriz dah letak leher dia kat atas chopper pun takde sapa backing dia.. patut KMU buat satu pengumuman utk menghimpun semua ahli2 UMNO utk membuat demo besar2an pada hari Sabtu. Kalau KMU tak nak buat at least support bila ada poster yg dah ke depan utk membuat perhimpunan.
I am just bloody disappointed.
Yang kita tahu Pak Lah tak siuman, pengundi bagi isyarat lain, dia tak malu muka tembok Cina kata benda lain. Just watched the TV last nite! |
|
|
Re: Kemelut Kepimpinan Perlis: Satu Lagi Sebab Mengapa Paklah Perlu Berundur (Score: 1) by mmwallet on Saturday, March 15 @ 16:54:15 MYT (User Info | Send a Message) | |
|
|
Re: Kemelut Kepimpinan Perlis: Satu Lagi Sebab Mengapa Paklah Perlu Berundur (Score: 1) by serling (serling@yahoo.com) on Saturday, March 15 @ 17:37:07 MYT (User Info | Send a Message) | MENANG PUN SUSAH.... ?
Kalah susah, menang pun susah Kepada shahidan diberi watikah Sebegitu penjelasan oleh pak lah Tapi md isa sabu angkat sumpah
Dua watikahkah pak lah berikan Satu buat mat isa, satu shahidan Tambah SUA UMNO beperanan Hebat radzi jika benar demikian
Adakah pak lah main sendiwara Radzi direstu melakukan agenda Lempar batu, sorok tangan gaya Libatkan istana tidak manis cara
Bahaya SUA UMNO mewarnai Kerja radzi lampaui kerja parti Hal MB Perlis cetus kontroversi Dilihatkan Rajalah putus sendiri
Bagi rakyat jelata bangsa melayu Penjelasan pak lah buatkan ragu Seolah Raja Perlis sebegitu mahu Adakah pak lah sendiri bercelaru
serling [15.03.08] sabtu ... p/s: -AGENDADAILLY:15.03.08:sabtu “Krisis MB Perlis: Menang pun susah...“
|
|
|
Re: Kemelut Kepimpinan Perlis: Satu Lagi Sebab Mengapa Paklah Perlu Berundur (Score: 1) by afaizbesah on Saturday, March 15 @ 22:19:17 MYT (User Info | Send a Message) | Nampaknya vote menunjukkan paklah kena letak jawatan sama dengan vote di website saya http://www.1informative.com . Saya rasa inilah yang terbaik untuk meredakan kemelut politik tanah air. Kalau boleh Khairy sekali yang pada saya punca utama kenapa Pak Lah tidak disukai.
|
|
|
Re: Kemelut Kepimpinan Perlis: Satu Lagi Sebab Mengapa Paklah Perlu Berundur (Score: 1) by knizams on Saturday, March 15 @ 23:06:50 MYT (User Info | Send a Message) | Aku cadangkan Pak Lah pecat je Raja Perlis. Sebab dia suka pecat org yg tak sebulu dgn dia. hahahahaha
|
|
|
Re: Kemelut Kepimpinan Perlis: Satu Lagi Sebab Mengapa Paklah Perlu Berundur (Score: 1) by kedahkusayang on Sunday, March 16 @ 20:45:50 MYT (User Info | Send a Message) | pak lah dah tak layak memeimpin dah. dah lama dah... kalau kita nak harap pak lah nak perbaiki maruah UMNO yang telah terang-terangan dirosakan oleh pak lah dan kuncu pembodeknya. ibarat pepatah mengatakan "harapkan pagar, pagar makan padi"
tunggu dan lihat.. kalau kita semua biarkan UMNO di tangan pak lah... ibarat kita membiarkan tikus membaiki labu...
mengapa baru sekarang pak lah nak insaf (entah ya.. entah tidak). nak buat itu nak buat ini... dan apa yg kita lihat dan kita dengar semasa temuramah beliau dgn TV3 petang tadi... nampaknya beliau masih bermegah-megahan dengan kuasa yang masih dimiliki... walaupun kuasa yang ada boleh diibaratkan sudah dipenghujung julai. hanya menunggu MT goyangkan pokonya saja pasti Lah jatuh tersungkur. tapi apa yg kita nampak sekrang MT UMNO macam dok tambah baja supaya pokok tersebut semakin kukuh julainya. sekarang ni, kalau kita nak kembalikan maruah UMNO dan BN... kita kena tebang pokok tua ni dan semai pokok baru atau stidak-setidaknya kita "bonsai"kan ia supaya tunas baru yg lebih indah dapat tumbuh.
|
|
|
Re: Kemelut Kepimpinan Perlis: Satu Lagi Sebab Mengapa Paklah Perlu Berundur (Score: 1) by toksagor on Sunday, March 16 @ 23:01:29 MYT (User Info | Send a Message) | Inilah masalahnya apabila org yang pernah membakar bendera UMNO dan menyebabkan UMNO haram satu masa dulu diterima kembali ke pangkuan UMNO. Dah tu diberi pula kedudukan penting dalam parti. Sifat serangga pemusnah dalam dirinya masih belum habis. Org sebeginilah yang menyebabkan kucar kacir dalam UMNO. Dalam saat begini kita seharusnya bersatu dan meletakkan segala kepentingan kepada parti, tapi dia menjalankan jarumnya untuk kepentingan peribadi. Bangun Shahidan dan Mukhriz. Kami ada bersamamu. Mari kita tegakkan kebenaran.
|
|
|
Re: Kemelut Kepimpinan Perlis: Satu Lagi Sebab Mengapa Paklah Perlu Berundur (Score: 1) by affab on Monday, March 17 @ 11:47:04 MYT (User Info | Send a Message) | assalammualaikum & salam sejahtera... saya sebagai anak jati perlis menyokong tindakan peribadi datuk mukhriz mahadthir... selain daripada itu saya menyokong dengan sepenuh hati tindakan DYMM Raja Perlis dengan menyingkirkan pemimpin yang tidak berguna seperti dato seri shahidan bin kasim (DSSK)... untuk pengetahuan semua penyingkiran DSSK bukan lah berpunca dari dato seri radzi, ini adalah keputusan DYMM Raja Perlis. sesiapa yang berani mempertikaikan keputusan DYMM Raja Perlis adalah seorang rakyat yang derhaka... selain daripada itu, seluruh rakyat perlis juga amat berbesar hati dengan perlantikan Datuk Dr. Mat Isa Sabu... akhir kata ingatlah pesanan Tun Mahathir "BERHENTI KETIKA DI KEMUNCAK"...
p/s : kepada DSSK, jangan dok pandai pandai kata orang fasik & munafik, hang sedaq dulu diri hang tu, ni diri sendiri pun macam setan, lagi mau bagi statement mcm tu...
|
|
|
Re: Kemelut Kepimpinan Perlis: Satu Lagi Sebab Mengapa Paklah Perlu Berundur (Score: 1) by umnokampung on Monday, March 17 @ 14:48:34 MYT (User Info | Send a Message) | Dato'Seri Shadidan..
Saya rasa ada baiknya Dato' Seri bertanyakan pendapat atau nasihat Dr Asri (Mufti Perlis) dalam hal yang Dato' Seri dahapi. Saya rasa mungkin pandangan Dr Asri boleh menenangkan dada Dato' Sei yang marah itu.
|
|
|
Re: Kemelut Kepimpinan Perlis: Satu Lagi Sebab Mengapa Paklah Perlu Berundur (Score: 1) by lipan_angkasa on Monday, March 17 @ 15:02:56 MYT (User Info | Send a Message) | Sudah la...ini cuma permasalahan kecil berbanding masalah negara.. untuk DSSK.. Yang baik dari mu aku puji Yang buruk darimu aku caci biasalah perihal manusia nampak yang buruk dari yang mulia malang benar nasib kau... menang melawan musuh... kalah ditendang rakan.... biasalah perihal manusia.... yang buruk saja diperhatikan~!! sekian
|
|
|
Re: Kemelut Kepimpinan Perlis: Satu Lagi Sebab Mengapa Paklah Perlu Berundur (Score: 1) by nazrymurat on Monday, March 17 @ 15:39:00 MYT (User Info | Send a Message) | Kemelut la ni adalah oleh orang melayu sendiri. Kita amat angkuh dengan kejayaan kita. Semakin tinggi darjat semakin jauh kita lupa tempat berpijak. Tambah pulak taksub dengan politik kita, akhirnya lupa dengan kalam allah. Cuba kita tengok DAP vs MCA. .. Yang saya tau..kita dok berkelahi, bertengkar..depa jugak yang untung. |
|
|
Re: Kemelut Kepimpinan Perlis: Satu Lagi Sebab Mengapa Paklah Perlu Berundur (Score: 1) by baby85 on Tuesday, March 18 @ 00:43:27 MYT (User Info | Send a Message) | Pada pendapat saya, Pak Lah tak boleh melakukan perkara sebegini, "flip flop" dalam melaksanakan sesuatu keputusan. Kita semua dah tahu bahawa Dr Md Isa Sabu telah dilantik menjadi MB Perlis pada jam 530 petang tadi. Pak Lah sebagai seorang pemimpin jika ingin terus dihormati mestilah membuat sesuatu keputusan dengan terang dan jelas. Janganlah macam acuh tak acuh...
Saya rasakan Tun sepatutnya tidak ambil GENG SEMANGAT 46 ni masuk balik ke UMNO kerana ideologi mereka berbeza...tengok apa dah jadi sekarang??? Malaysia sedang menuju kehancuran!!! Saya sedih dan malu dengan keadaan politik di Malaysia sekarang. Kenapa dibiarkan sampai begini??? Sesuatu perlu dilakukan segera jika tidak HANCUR negara yang kita kasihi ini........Bangunlah bangsaku dan bersatu demi negara tercinta, Malaysia... |
|
|
Re: Kemelut Kepimpinan Perlis: Satu Lagi Sebab Mengapa Paklah Perlu Berundur (Score: 1) by HidupBadawi on Tuesday, April 01 @ 19:46:15 MYT (User Info | Send a Message) | Tidak ku sangka yg kita smua gitu mudah terpengaruh daripda kata2 pemimpim yg telah bersara. Bukankah lebih baik jika kita letakkan keadaan sekarang seperti ini:
Pemimpin-pemimpin dulu yg kita anggap hero kita telah mengambil 20tahun utk merosakkan negara kita sedikit demi sedikit, sedangkan Yang Berhormat, Abdullah Badawi hanya diberi 4 tahun untuk membaik pulihkan kesemuanya.
Dibawah Yang Berhormat, banyak kes kes rasuah dibawah Tun telah diselesaikan. Bukankah ini satu pekara yg baik?
Setiap pemimpin mempunyai cara tadbir yg berbeza, jadi, bagilah Abdullah masa. Abdullah memberi kita "freedom of speech". Hidup Badawi!
|
|
|
Re: Kemelut Kepimpinan Perlis: Satu Lagi Sebab Mengapa Paklah Perlu Berundur (Score: 1) by entahapaentah on Wednesday, April 02 @ 10:29:39 MYT (User Info | Send a Message) | askum smua. maybe orang luar kenal shahidan sbgai seorang yang baik,tapi sebagai anak jati perlis,ramai penduduk perlis yang mahukan perubahan kepimpinan negeri perlis kecuali pengampu,kroni2nya.Ramai yang kecewa bila mendengar perlantikan semula shahidan kassim kerana pemimpin yang sudah 3penggal berkuasa ini tidak membawa apa2 perubahan dari segi kemajuan negeri.tiada idea segar untuk memajukan negeri.Projek seperti timah tasoh,resort bukit air,resotren "sangkar"nya,semuanya akhirnya terbengkalai.Yang dapat dilihat hanyalah mini putrajaya yang dibinanya untuk pjbt MB dan kerajaan yang lain.Projek yang memanfaatkan rakyat tidak dapat dilihat.Sedara boleh datang ke Kangar dan lihat sendiri keadaannya.tidak layak sama sekali dipanggil bandar,lebih sesuai dipanggil pekan sahaja.Perubahan pucuk pimpinan perlis membawa kegembiraan kepada segenap masyarakat perlis yang dahagakan kemajuan dan pembanggunan.Tindakan Raja Perlis amatlah munasabah sebagai melaksanakan isi hati rakyat jelata.kita tidak boleh mempercayai 100% akhbar kerana bukan smuanya tepat.datang sendiri ke perlis dan tanyalah penduduk perlis.Diharap perlis dapat membangun seiring kemajuan negara. |
|
|
Re: Kemelut Kepimpinan Perlis: Satu Lagi Sebab Mengapa Paklah Perlu Berundur (Score: 1) by DEE79 on Wednesday, April 02 @ 17:06:52 MYT (User Info | Send a Message) | Sebagai rakyat biasa saya hanya mampu melihat dan mendengar aktiviti2 orang politik, sedara-mara mereka, dan sewaktu dengannya berjuang entah untuk apa...
Realiti nya rakyat mahu PERPADUAN, KEAMANAN dan PELUANG... untuk menjalani hidup sehari-hari...
Kami bersyukur dgn semua nikmat yg tuhan berikan...
Tapi kami tidak mahu dalam lifetime kami melihat kejatuhan MELAYU .... tidak kira parti politik apa pun....
Setakat ini kemahuan saya ialah PAK LAH mengundur diri dengan ikhlas dan lapang dada... tapi HOW?
Mungkin saya tidak seberani Dato Mukhriz menulis surat peribadi... Tapi jika ada sumbangan yg boleh disertai.. saya berbesar hati untuk terlibat sama....
dan INGATLAH
TIADA SIAPA YG DAPAT MENGUBAH NASIB BANGSA NYA KECUALI BANGSA ITU SENDIRI
|
|
|
Re: Kemelut Kepimpinan Perlis: Satu Lagi Sebab Mengapa Paklah Perlu Berundur (Score: 1) by incur on Tuesday, March 18 @ 23:12:12 MYT (User Info | Send a Message) | Pak Lah, lebih turun dari di tarik turun! Samada Shahidan bermasalah atau tidak, Shahidan telah menjalankan TUGAS dengan BERJAYA sebab PERLIS tak di jajah oleh PEMBANGKANG! Bagaimana KUTIPAN sokongan terhadapa Mat Isa boleh berlaku melainkan ada orang yang menggerakkan benda ini. Berbalik kepada kenyataan Pak Lah, orang yang keluar parti tak akan di terima semula (Sebenarnya ianya termaktub dlm perlembagaan parti), soalannya siapakah RADZI? Pernah keluar parti tak????????? Dato Najib, adakah anda akan mewarisi UMNO yang lemah selepas ini? Bertindaklah sebelum parah! MUKRIZ berani,.......................... yang lain nak tunggu UMNO dan NEGARA HANCUR?
|
|
|
Re: Kemelut Kepimpinan Perlis: Satu Lagi Sebab Mengapa Paklah Perlu Berundur (Score: 1) by sambal on Wednesday, March 19 @ 19:06:54 MYT (User Info | Send a Message) | Rasanya orang-orang kuat Pak Lah dah ramai takda...mungkin sudah tiba masanya Pak Lah berundur.....apa yang berlaku hari ini menunjukkan kepimpinan UMNO tidak lagi diyakini oleh orang Melayu dan raja Melayu dan rakyat Malaysia. Pertukaran kepimpinan secara mendadak bukanlah sesuatu yang sihat..Tradisi UMNO semua Presiden meletakkan jawatan dalam perhimpunan agong...rasanya Pak Lah takkan memecah tradisi dan akan meletakkan jawatan secara terhormat dalam Perhimpunan Agong.....berilah peluang kepada beliau dan Pak Lah pula berilah pelung kepada Dato Seri Najib membetulkan keadaan parti
|
|
|
Re: Kemelut Kepimpinan Perlis: Satu Lagi Sebab Mengapa Paklah Perlu Berundur (Score: 1) by PakSkekhAmat on Friday, March 21 @ 13:05:09 MYT (User Info | Send a Message) | Shahidan nie pun satu, dulu dia jadi pecacai Pak Lah dok tumpang mengata kat Tun. Bila dah jatuh tersungkoq, baru nak terhegeh2 cari Tun. Seorang pemimpin yang tak dak pendirian. Patut dari dulu lagi hang bangkit lawan Pak Lah tu. Bila la nie hang baru nak lawan, maka nampak sangat la hang lawan Pak Lah sebab nak kuasa, bukan nak selamatkan UMNO.
Betoi cakap la, ikut hati aku, memang menyampah meluat tgk perangai org mcm tu. Orang macam nie bukan boleh buat baik, cuma boleh jadi penumpang yang satu hari nanti akan merosakkan parti sebab memperjuangkan kepentingan peribadi. Kalau Pak Lah ada Khairy, Shahidan ada Mail adik kesayangan dia. 2 x 5....tak guna seduit.
Bukan maksud aku suka Radzi. Radzi kalau nak banding dgn Shahidan lagi teruk. Tapi ada dua persamaan kedua2 orang nie, SOMBONG, ANGKUH, LUPA TUHAN bila ada kat atas. |
|
|
|
|