Welcome to
| Home | Daftar / Login | Forum | KMU Chat | Hantar Artikel | Arkib | EMail | Tadbir
Kesan Tindakan Presiden UMNO Mengubah Minit Mesyuarat Asal MKT UMNO 28 Sept 2006
Contributed by BigGuyDotCom on Saturday, November 04 @ 07:34:41 MYT
Topic: RENCANA


Dikatakan dalam Mesyuarat MKT UMNO 28 Sept 2006, Presiden UMNO telah 'mengarahkan' Sekretariat untuk mengeluarkan 3 helai dari Minit Mesyuarat Asal MKT UMNO merakamkan dengan jelas bagaimana MKT UMNO membincangkan dengan terperinci dan mengarahkan YAB Dato' Seri Mahadzir Md Khalid, Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah dan YB Dato' Johari Baharum, Ketua Bahagian UMNO Kubang Pasu, untuk menghalang dengan apa cara sekalipun usaha mantan Presiden UMNO YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menjadi berjaya dipilih sebagai Perwakilan UMNO Kubang Pasu kePerhimpunan Agung Tahunan UMNO 15-17 Nov 2006 diPWTC, Kuala Lumpur pada Pemilihan Perwakilan UMNO Kubang Pasu di Dewan Wawasan, Jitra, 9 Sept 2006.


Ahli MKT UMNO YB Dato' Seri Utama Dr Rais Yatim telah menegur Presiden UMNO PM YDP Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi kerana 'arahan' tersebut adalah menjadi kesalahan moral dan etika, sebagai badan penguasa tertinggi UMNO. Namun begitu, PM YDP Abdullah tetap berdegil agar Minit Mesyuarat itu diubah. Dalam mesyuarat itu juga menyaksikan bagaimana Blogger Zahrin Md Yassin dipecat dari UMNO walaupun Lembaga Disiplin UMNO mendapat dan mencadangkan Zahrin hanya digantung keahlianya.

Sekarang ini apakah kesan tindakan MKT UMNO mengeluarkan dan mengubah Minit Mesyuarat MKY UMNO? Apakah akan berlaku, jika mantan Presiden UMNO, YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad atau wakilnya (mana mana ahli UMNO) membuat laporan kepada Lembaga Disiplin UMNO akan kesalahan ini, yang sudah tentu menyalahi Perlembagaan UMNO, yang sepatutnya MKT UMNO pertahankan dahulu dari kepentingan politik seorang pemimpin yang begitu insecure?

Sudah tentu tindakan Presiden UMNO ini akan dilihat sebagai membelkangkan kepentingan dan hak ahli, terutama mantan Presiden UMNO Tun Dr Mahathir, sehingga MKT UMNO sanggup membincangkan dan mengarahkan untuk usaha mengahalang beliau, terlaksana sehingga ingin menutup 'jejak' dengan sanggup pula mengubah Minit Mesyuarat MKT UMNO!

Persoalnya sekarang, mampukah Lembaga Disiplin UMNO mengheret Presiden UMNO PM YDP Abdullah ke meja tirbunal dan didengari kes ini dengan adil dan saksama, agar keadilan boleh diperolehi? Sanggupkah ahli ahli MKT UMNO bermula dari Timb Presiden UMNO YAB Dato' Mohamed Najib Tun Razak, Setiausaha Agung UMNO YB Dato' Radzi Sh Ahmad, ahli ahli MKT UMNO terutama YB Dato' Seri Utama Dr Rais Yatim dan Setiausaha Kerja UMNO Brig Gen (B) Hussainay Hashim tampil kedepan memberi keterangan dalam tribunal khas itu? Bagaimana pula kedudukan MKT UMNO? Bolehkah seluruh MKT UMNO diheret kerana 'bersekongkol' dengan Presiden UMNO PM YDP Abdullah dalam dakwaan yang amat serious ini? Apa akan berlaku jika Presiden UMNO PM YDP Abdullah didapati bersalah? Apa akan berlaku jika keseluruhan MKT UMNO didapati bersalah kerana bersengkongkol?

Ada berpendapat Lembaga Disiplin UMNO boleh menjadi 'pentadbir' parti UMNO sementara Perhimpunan Agung Luar Biasa diadakan untuk memilih Presiden UMNO dan/atau MKT UMNO baru.

Yang nyatanya, perkara ini TIDAK PERNAH BERLAKU dalam 60 tahun sejarah UMNO. 5 orang YDP/Presiden UMNO sebelum ini TIDAK PERNAH mengarahkan dan/atau terlibat dalam usaha mengubah Minit Mesyuarat MKT UMNO. Tiada precedent dalam kes sebegini untuk UMNO.

Setelah mantan Presiden UMNO berjaya dihalang dari mewakili UMNO Bhg Kubang Pasu ke Perhimpunan Agung Tahunan UMNO kurang 11 hari dari sekarang, ianya tidak menghalang Tun Dr Mahathir dari terus bersuara lantang mengkritik Kepimpinan Tertinggi UMNO hari ini. Keadaan menjadi lebih intensif lagi sehingga ujud usaha untuk meredakan 'persengketaan' kedua dua Pemimpin Utama Negara itu, yang giat dipacu oleh Mubarak. Pertemuan diatur dan Tun Dr Mahathir menysusun 19 isu isu yang dibangkitkan selama ini kepada PM YDP Abdullah.

Selepas Pertemuan diadakan 22 Okt 2006, maka Tun Dr Mahathir masih lagi dilihat sebagai meneruskan kritikan pedas kearah Kepimpinan UMNO sehingga Menteri Menteri Kabinet dan beberapa Pengerusi Perhubungan UMNO memberikan reaksi amat keras kepada Tun Dr Mahathir, akhirnya PM YDP Abdullah juga bergerak kearah itu.

'Permainan' seterusnya ialah apabila pada Mesyuarat MKT UMNO 2 Nov 2006, Presiden UMNO mengumumkan bahawa Tun Dr Mahathir akan dibiarkan untuk terus mengkritik dan buat masa ini, MKT UMNO memutuskan TIADA TINDAKAN YANG AKAN DIAMBIL. Ramai yang melihat ini usaha PM YDP Abdullah dan MKT UMNO agar tidak lagi bersifat reaktif kepada kritikan yang dilemparkan. Ini sebenarnya hanya indah khabar dari rupa. Pada hari yang sama MKT UMNO ini, Ketua Pemuda UMNO Petaling Jaya Utara yang merancang untuk membuat sidang media mengecam usul memecat Tun Dr Mahathir oleh Ketua Pemuda Terengganu dan Kedah diberikan tekanan apabila Ketua Pemuda UMNO Selangor dan Naib Ketua Pemuda UMNO sendiri menelefon beliau agar membatalkan sidang media tersebut.

Walaubagaimanapun, sudah timbul ura ura bahawa beberapa Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri yang mungkin melibatkan Pulau Pinang, Kedah, Perak, Negeri Sembilan dan Melaka sedang mengatur (secara sulit) Perwakilan Perwakilan  yang akan berucap dalam Perhimpunan Agung Tahunan UMNO 14-17 Nov ini diPWTC akan mengusulkan bahawa mantan Presiden UMNO YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad diambil tindakan, TERMASUK DIPECAT dari UMNO. Apabila ini berlaku, semangat yang akan dijana oleh pelbagai spin sementara PAT 11 hari lagi oleh "spinmaestroes" akan sampai kemuncak dan perasaan akan dimainkan dalam masa PAT itu, oleh Perwakilan Perwakilan terpilih. Maka dengan itu, tindakan akan dimabil keatas Tun Dr Mahathir atas desakan Perwakilan dan ini akan dirakam sebagai kehendak Perwakilan UMNO dan bukan MKT UMNO, termasuk Presiden UMNO atau wakilnya.

Ini muslihat jahat yang amat cilik yang dikatakan sedang diusahakan oleh orang orang tertentu yang hendak sangat melihat Tun Dr Mahathir diam!

Mungkin kesan Mesyuarat MKT UMNO 28 Sept 2006 akan berangkai untuk mengheret UMNO kepada keadaan negatif yang lebih buruk lagi. Persoalanya sekarang, mampukan Perwakilan UMNO mengahalang usaha jahat ini (jika benar dirancang dan akan dilaksanakan) atau mereka akan leka di'main'kan dengan pelbagai spin dan 'gula gula' yang akan ditawarkan?

Siapa sebenarnya Iblis, sekarang ini????




 
Related Links
· More about RENCANA
· News by kuntakinte


Most read story about RENCANA:
PETISYEN: Pak Lah Letak Jawatan atau Panggil Perhimpunan Khas


Article Rating
Average Score: 0
Votes: 0

Please take a second and vote for this article:

Excellent
Very Good
Good
Regular
Bad


Options

 Printer Friendly Printer Friendly


The comments are owned by the poster. We aren't responsible for their content.

No Comments Allowed for Anonymous, please register
Tetamu di talian

Online Now:
01: pang5     02: donaldaqu     03: mohdnasir     04: motobot     05: BNPilihanku     06: dukeofmontecristo     07: darth-anwar    

Laman ini dibangunkan dan dikelolakan oleh
MYKMU NET Web Team
KUMPULAN MENYOKONG UMNO
WebMaster : webmaster@mykmu.net
editorial: demokrasimalaysia@yahoo.com
All logos and trademarks in this site are property of their respective owner. The comments are property of their posters, all the rest



PHP-Nuke Copyright © 2005 by Francisco Burzi. This is free software, and you may redistribute it under the GPL. PHP-Nuke comes with absolutely no warranty, for details, see the license.
Page Generation: 0.11 Seconds