Welcome to
| Home | Daftar / Login | Forum | KMU Chat | Hantar Artikel | Arkib | EMail | Tadbir
Kaca Mata Disiplin UMNO: Antara Zaharin Dan Johari Baharom
Contributed by BigGuyDotCom on Friday, September 29 @ 02:12:05 MYT
Topic: KOMENTAR

Majlis Tertinggi UMNO hari ini (28/09/06) bersetuju sebulat suara untuk memecat Setiausaha UMNO Bahagian Tun Razak, Saudara Zaharin Md Yassin, kerana kesalahanya mengkritik Kepimpinan UMNO dan bersekongkol dengan Pembangkang, dalam menaja dan/atau menjadi sebahagian dari penganjur Majlis Dialog Tun Dr Mahathir Mohamad bersama Media Alternatif, Kelab Century, Taman Malawati, Akhir Jun lepas.

Ini adalah sebahagian dari 22 tuduhan yang dikemukakan Lembaga Disiplin UMNO ke atas seorang veteran aktivis Pemuda UMNO dizaman Dato Suhaimi Kamaruddin dan Dato Seri Anwar Ibrahim itu.

Difahamkan, Lembaga Disiplin UMNO mencadangkan bahawa keahlian UMNO Zaharin digantung. Selepas meniliti keputusan Mesyuarat Pengurusan UMNO, Majlis Tertinggi UMNO mengambil keputusan memecat keahlian UMNO beliau. Juga difahamkan Zaharin HANYA layak untuk membuat rayuan selepas tiga tahun. Menurut PM YDP Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, Presiden UMNO yang mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO petang tadi, tindakan ini diambil kerana tuduhan keatas kes Zaharin ini AMAT SERIOUS dan PERLU TINDAKAN KERAS.

Ini berikutan amaran Kepimpinan Tertinggi UMNO bahawa laman web dan blog yang sering mengkritik Kepimpinan PM YDP Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, Kerajaan dan Kepimpinan UMNO akan diambil tindakan, sebulan dahulu.

Yang menghairankan, Majlis Tertinggi UMNO hari ini mengambil tindakan keras keatas seorang ahli UMNO yang membuat laman blog sendiri untuk menyuarakan pendapat, secara ulasan pengarang. Kejadian lain dimana seorang Ketua Bahagian UMNO, YB Dato' Johari Baharum, MP Kubang Pasu merangkap Timb Menteri Keselamatan Dalam Negeri, berkempen negatif dan secara terang terang, mengesa Perwakilan Cawangan UMNO Kubang Pasu agar JANGAN UNDI keatas mantan Presiden UMNO, YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad, Jumaat 8 Sept 2006 1030 malam diKelab Golf Darulaman, Jitra, Kedah. Kesalahan ini dibuat bersama sama YBhg Tan Sri Osman Arof, ahli Lembaga Disiplin UMNO dan mantan Menteri Besar Kedah dan Timb Ketua Bahagian Kubang Pasu dan YBhg Dato Saad Man, mantan Naib ketua Bhg UMNO Kubang Pasu yang dikini diGANTUNG keahlian kerana kesalahan salahlaku politikwang, jelas menunjukan bahawa pemimpin pemimpin ini melakukan usaha yang AMAT TIDAK BERETIKA.

NAMUN begitu, pemimpin yang menyalahi etika dan moral kemanusiaan dibiarkan TANPA TINDAKAN, TETAPI pemimpin kecil yang mengkritik, di HUKUM SEBERAT BERATnya! Inilah nilai "Jangan berkerja untuk saya, tetapi bekerjalah bersama saya" dan "Islam Hadhari" yang Kepimpinan Presiden UMNO cuba terapkan keatas seorang veteran Pemuda UMNO yang dikatakan menganjur Majlis Dialog dengan mantan Presiden UMNO, yang sering dihalang untuk bercakap didalam paltform UMNO kepada ahli akar umbi UMNO sendiri!

Apakah budaya baru yang PM YDP Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, Presiden UMNO dan Kepimpinan Majlis Kerja Tertinggi UMNO cuba tunjuk dan terapkan, secara tersurat dan tersirat dengan KEPUTUSAN KERAS MEMECAT KEAHLIAN UMNO Zaharin Md Yassin ini????


 
Related Links
· More about KOMENTAR
· News by kuntakinte


Most read story about KOMENTAR:
Menteri Penerangan dan Ketua Pengarah RTM Patut Dipecat!


Article Rating
Average Score: 0
Votes: 0

Please take a second and vote for this article:

Excellent
Very Good
Good
Regular
Bad


Options

 Printer Friendly Printer Friendly


The comments are owned by the poster. We aren't responsible for their content.

No Comments Allowed for Anonymous, please register
Tetamu di talian

Online Now:
01: ajakq     02: donaldaqu     03: cranell     04: megat1204     05: tunmaharezzax     06: BNPilihanku     07: hakeem85     08: cikguKHAN     09: amar     10: Samurai     11: esamanja    

Laman ini dibangunkan dan dikelolakan oleh
MYKMU NET Web Team
KUMPULAN MENYOKONG UMNO
WebMaster : webmaster@mykmu.net
editorial: demokrasimalaysia@yahoo.com
All logos and trademarks in this site are property of their respective owner. The comments are property of their posters, all the rest



PHP-Nuke Copyright © 2005 by Francisco Burzi. This is free software, and you may redistribute it under the GPL. PHP-Nuke comes with absolutely no warranty, for details, see the license.
Page Generation: 0.13 Seconds