Welcome to
| Home | Daftar / Login | Forum | KMU Chat | Hantar Artikel | Arkib | EMail | Tadbir
PM YDP Abdullah Bermesra Dengan Dalang Pembunuh Kejam Lebanon!
Contributed by BigGuyDotCom on Wednesday, September 20 @ 14:30:00 MYT
Topic: KOMENTAR

Hari ini terpapar gambar jelas Perdana Menteri Malaysia , PM YDP Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi bersalaman dan menunjukan kemesraan luar biasa dengan Presiden George W Bush diKedutaan Malaysia, New York, AS dan dipaparkan semua akhbar perdana tanahair.

Kunjungan ini kunun kunun menjelaskan kedudukan dan pandangan Malaysia berkenaan isu konflik berdarah diLebanon baru baru dan pendirian Malaysia dengan usaha PBB agar satu pasukan UNIFIL yang kuat disegerakan, agar kunun kunun pembangunan diLebanon akan dapat diteruskan balik, tanpa ancaman akan tercetus lagi peperangan.

Isu penghinaan Ketua Ugama Roman Katolik, Pope Benedict ke XVI ke atas Rasulullah S.A.W disebuah Universiti diJerman minggu lepas juga disebut agar kunun kununya umat Islam tidak seharusnya diperlekehkan, sewenang wenangnya.

Yang jelasnya, Malaysia selaku Pengerusi OIC dan NAM Jul lalu begitu lambat bertindak dan membuat kenyataan kecaman keatas serangan haram tentera Israel kearah Lebanon, terutama ianya disasarkan bukan kepada penempatan tentera malah kediaman dan pusat perdagangan orang awam. Begitu banyak nyawa orang orang tidak berdosa terutama kanak kanak, wanita dan orang tua, non combattant dikorbankan dalam serangan rakus dan ganas, TANPA HENTI oleh unit unit pesawat tempur, kemudian pasukan elit infantri dan kereta kebal Israel. Kemusnahan fizikal diLebanon begitu dasyat dan infrastruktur diseparuh selatan hampir musnah sama sekali.

AS adalah dalang utama membekalkan Israel dengan senjata, peluru dan maklumat risikan, sehari harian semasa konflik itu. Ini bermakna AS sendiri begitu perlu bertanggung jawab dan bersalah keatas kemusnahan jiwa, nyawa dan harta benda orang orang Lebanon.

Kini, Perdana Menteri Malaysia, PM YDP Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi mengadap George W Bush ditanahairnya sendiri dan bersalaman dengan tangan yang dibasahi dengan darah kanak kanak dan wanita yang tidak berdosa dan dikorbankan dengan rakus diLebanon, Gaza dan Tebing Barat Palestin, hanya 2 bulan dahulu. Dimanakan maruah dan harga diri Pengerusi OIC ini, yang sepatutnya dari awal lagi, bangkit bersuara untuk mewakili 1.6 billion umat Islam yang amat perihatin atas kesengsaraan saudara mereka diLebanon????

PM YDP Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi juga diselubungi dengan krisis keatas skandal yang melanda Scomi, syarikat yang tersenarai diBursa Malaysia dimana anakandanya Dato' Kamaluddin Abdullah mempunyai 17.2% kepentingan saham. Isu skandal pembekalan komponen membuat senjata nuklear SCOPE kepada Libya, penahanan BSA Tahir awal 2004 dan terbaru, CEO dan 4 orang eksekutif kanan Mitutoyo Corp, syarikat pembekal peralatan dari Jepun yang  yang ditangkap oleh Polis Tokyo 25 Ogos 2006 berkenaan skandal pembuatan komponen senjata nuklear itu, mendedahkan kepada lebih banyak publisiti buruk kepada kepimpinan PM YDP Abdullah dan Malaysia jika isu ini dibawa dan dibincangkan diKongress Amerika.

Laporan berkenan nama "Abdullah Ahmad Badawi" sebagai salah seorang yang terlibat dalam pemberian kontrak "Oil for Food Programme" semasa zaman pemerintahan Presiden Saddam Hussein di Iraq juga amat banyak diperkatakan dewasa ini.

Kedua dua isu ini dikaitkan kenapa PM YDP Abdullah begitu taksub untuk pergi menemui Presiden George W Bush sejurus peluang keemasan tiba, iaitu tamat menghadiri penyerahan Pengerusi NAM kepada Cuba, walaupun sebelum ini, kekerapan PM YDP Abdullah bertemu Bush adalah rekod baru sebarang Perdana Menteri Malaysia yang lepas lepas menemui mana mana Presiden AS, dalam tempoh masa yang sama.

Apakah hari ini PM YDP Abdullah sudah membiarkan Malaysia menjadi negara dibawah telunjuk AS dan order baru dunia? Dimanakan jatidiri dan maruah Malaysia, seluruh rakyatnya, Bangsa Melayu dan Ummah, jika PM YDP Abdullah kini sudah menjadi 'alat' AS, satu rejim yang pro Zionis????



 
Related Links
· More about KOMENTAR
· News by tengkudin


Most read story about KOMENTAR:
Menteri Penerangan dan Ketua Pengarah RTM Patut Dipecat!


Article Rating
Average Score: 0
Votes: 0

Please take a second and vote for this article:

Excellent
Very Good
Good
Regular
Bad


Options

 Printer Friendly Printer Friendly


Associated Topics

KOMENTAR

The comments are owned by the poster. We aren't responsible for their content.

No Comments Allowed for Anonymous, please register
Tetamu di talian

Online Now:
01: ajakq     02: donaldaqu     03: cranell     04: megat1204     05: tunmaharezzax     06: BNPilihanku     07: hakeem85     08: cikguKHAN     09: amar     10: Samurai     11: esamanja    

Laman ini dibangunkan dan dikelolakan oleh
MYKMU NET Web Team
KUMPULAN MENYOKONG UMNO
WebMaster : webmaster@mykmu.net
editorial: demokrasimalaysia@yahoo.com
All logos and trademarks in this site are property of their respective owner. The comments are property of their posters, all the rest



PHP-Nuke Copyright © 2005 by Francisco Burzi. This is free software, and you may redistribute it under the GPL. PHP-Nuke comes with absolutely no warranty, for details, see the license.
Page Generation: 0.18 Seconds