Cuba bandingkan dari segi keuntungan, keuntungan sesaham, pertumbuhan keuntungan, saiz capital dan aset backing setiap saham antara kedua2 syarikat ini.
Jelas Avenue lebih dari semua segi. Tetapi bukan pengurusan Avenue yang akan mengetuai syarikat avenue baru. Pengerusinya bekas polis Tan Sri Shamsuri dan CEO mereka Tengku Zafrul pun telah resign.
Selepas ini Kalimullah, Lim Kian Onn dan David Chua akan menguasai 22.74% syarikat avenue yang tergabung. Manakala kerajaan (MOF) yang menguasai 29.5% dalam Avenue Capital akan turun kepada 15.4%.
Paid-up capital syarikat avenue (baru) naik dari RM388 juta ke RM955 juta.
Bersama dengan ECM Libra (1%) dan Pantai (7.4%), kumpulan penyamun ini akan kuasai lebih 31% saham avenue baru. Ini tidak termasuk saham 3% dalam ECM yang akan di tukar ke avenue kepunyaan commission agent terkenal Malaysia bernama Khairy Jamaluddin, menantu PM (position official dalam kerajaan).
Dengan penguasaan syarikat avenue baru, penyamun2 ini, yang jelas tidak pandai berniaga (kalau di lihat performance ECM Libra), akan memulakan rompakan dan perogolan syarikat GLC ini beramai2.
Ada banyak isu-isu lain yang ada yang lebih pakar boleh terangkan. Yang hairannya:
1. Kenapa Securities Commission biarkan penilaian yang salah di luluskan?!
2. Kenapa Bursa Malaysia biar saja insider trading berleluasa pada saham ECM?!
3. Kenapa Kementerian Kewangan dan EPU membenarkan penggabungan ini?!
4. Kenapa tidak ada Mandatory General Offer?
5. Kenapa tidak ada proses kelulusan privatisation syarikat GLC oleh EPU?!